اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saturday, September 6, 2014

KWSP KESAL LAPORAN SULIT DIBOCORKAN DALAM MEDIA!!!

 


KWSP Tidak Terlibat Rundingan Bentuk Bank Mega


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak terlibat dalam sebarang perbincangan mengenai cadangan penggabungan yang akan mewujudkan bank terbesar di negara ini.

Bank-bank yang terlibat adalah CIMB Group Holdings Bhd, RHB Capital Bhd dan Malaysia Building Society Bhd.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, KWSP berkata ia hanya telah meminta lembaga pengarah RHB supaya mempertimbangkan kedudukan kumpulan itu sebagai penjaga hak dan simpanan 14 juta rakyat Malaysia yang bekerja, yang layak bersuara dalam menentukan masa depan pelaburan mereka.

"Kami kesal dengan tindakan pihak-pihak ini yang dilihat meletakkan KWSP dalam kedudukan yang tidak baik dan secara terdahulu telah menghalang perbincangan yang adil dengan pemegang saham yang mempunyai hak sebenar untuk membuat penentuan.

"Keadaan unik ini memerlukan pertimbangan yang teliti dan berhati-hati kerana apa-apa sahaja keputusan yang berlawanan akan menganggu KWSP dalam menjalankan mandat perkhidmatannya kepada rakyat Malaysia," katanya.


Kenyataan KWSP itu merupakan maklum balas kepada artikel akhbar The Star dan The Edge Financial Daily pada Jumaat yang melaporkan pembocoran maklumat berhubung hak mengundi KWSP bagi penggabungan yang dicadangkan itu.

"Kami terkejut apabila ada pihak-pihak tertentu secara tidak adil telah mengedarkan surat dan perbincangan sulit di peringkat lembaga pengarah kepada pihak media.

"Tindakan mereka ini tidak boleh diterima di bawah undang-undang Malaysia dan dengan jelas merupakan pelanggaran kepada amanah dan tanggungjawab profesional," katanya.

KWSP juga telah meminta supaya tindakan sewajarnya diambil untuk menyiasat perkara ini dan menyelesaikan masalah salah laku ini. ~Mstar

No comments:

Post a Comment