اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saturday, September 6, 2014

VIDEO - UMNO: PENYELEWENGAN AKADEMIK, JUDI, DAN ARAK .

 


Photo: UMNO: PENYELEWENGAN AKADEMIK, JUDI, DAN ARAK .

1. Latarbelakang kelahiran UMNO

UMNO ialah parti yang tertubuh dengan pemimpinnya mengambil kesempatan hasil dari rentetan perjuangan yang dicetus dan dimulai oleh parti-parti lain seperti PKMM, PMS dan Persatuan-persatuan Melayu yang lain. Organisasi-organisai inilah yang mengorak langkah kearah idea penubuhan UMNO pada 1946 disamping peristiwa kemuncak penubuhannya iaitu penentangan ke atas penubuhan Malayan Union (MU). Pemimpin UMNO yang diketuai oleh Onn bin Jaafar telah mengadakan mogok (demonstrasi) jalanan bagi menyatakan penentangan mereka (yang didakwa mewakili orang Melayu) terhadap cadangan penubuhan MU. Sekarang ini Ketua Pemuda UMNO yang bernama Khairy Jamludin menyifatkan mereka yang berdemonstrasi sebagai berok-berok jalanan. Oleh itu tidak salah lah bila kita menyatakan bahawa datuk nenek Khairy adalah berok-berok yang mengasaskan demonstrasi ini. UMNO dipimpin oleh mereka yang dididik oleh Barat dan idea penubuhan UMNO tidak pernah mengandungi matlamat menegakkan agama Islam apa lagi Negara Islam. Perlu di teliti bahawa UMNO juga ditubuhkan BUKAN bertujuan untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu (semasa itu). Kita melihat perjuangan UMNO sebagaimana yang didakwa ialah KONONNYA untuk menyatupadu danmrempertingkatkan ekonomi orang Melayu. Tetapi hakikatnya UMNO bukan memperjuangkan orang Melayu tetapimemperjuangkan orang atau pemimpin UMNO. Adapun orang melayu bukan UMNO telah dijadikan ‘pariah’ yang boleh dan perlu dikorban pada bila-bila masa yang mereka suka.

2. UMNO DAN MALAYAN UNION

UMNO- Parti politik yang lahir hasil dari asbab pengenalan ‘Malayan Union’ (MU)oleh British. Sejarah MU memperlihatkan tindakan politik British untuk menyatukan 3 unit pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu iaituNegeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dalam lingkungan tahun 1945 dibawah satu kerajaan pusat ataupun persekutuan. Rancangan ini telah diumumkan di Britain yang ketika itu dikuasai oleh kerajaan Konservatif pimpinan Winston Churchill semasa Perang Dunia. Pada 20 Januari 1946, kerajaan British telah mengeluarkan satu Kertas Putih yang mengandungi butir-butir mengenai Malayan Union

Di antara cirri-ciri MU ialah:-

(a) Pulau Pinang, Melaka dan 9 buah negeri Melayu akan disatukan di bawah MU.

(b) Singapura akan dipisahkan dari Malayan Union. sebagai tanah jajahan British yang berasingan dan dikenali sebagai Tanah Jajahan Mahkota.

(c) Kerajaan pusat Malayan Union akan ditubuhkan dan terletak di Kuala Lumpur Ia akan diketuai oleh seorang Gabenor British yang berkuasa penuh. Gabenor pula dibantu oleh sebuah Majlis Penasihat Kerja dan Majlis Perundangan. Semua kerajaan negeri terletak di bawah kuasa Gabenor. Kuasa Majlis Mesyuarat Negeri juga dikurangkan.

(d) Walaupun sultan-sultan masih mengekalkan kedudukan mereka, baginda hanya mempunyai kuasa dalam hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu.

(e) Melalui Malayan Union, semua warganegara mempunyai hak-hak yang sama.

(f) Kerakyatan akan diberi kepada golongan berikut:

1. Mereka yang dilahirkan di Malayan Union atau Singapura dan telahbermastautin di

sana sebelum perintah dikuatkuasakan.

2. Mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermastautin di Malayan Union selama 10

daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942.

3. Mereka yang dilahirkan di luar Malayan Union atau Singapura tetapi mempunyai bapa yang merupakan warganegara Malayan Union.

3. UMNO MELAKSANAKAN DASAR-DASAR MU

MU telah secara tidak langsung mengikis kuasakuasa raja melayu dan memberi kuasa penuh kepada Gabenor British. Harold Mc Michael dikatakan telah mengugut Raja-Raja Melayu supaya mempersetujui rancangan MU. Akibat penentangan MU oleh orang-orang melayu, MU telah digantikan dengan ‘Federation of Malaya’ atau Persekutuan Tanah Melayu. Oleh kerana tanah orang melayu sudah berkongsi dengan bangsa-bangsa lain yang asalnya adalah golongan pendatang yang di bawa masuk oelh Inggeris, maka Persekutuan Tanah Melayu akhirnya ditukar kepada Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman pada 16hb September 1963.

Walaupun agak pahit, kita perlu menerima hakikat bahawa bumi yang suatu masa dahulu bernama Tanah Melayu dan dikekalkan oleh Inggeris sebagai Persekutuan Tanah Melayu sudah hilang dari peta dunia. Dan perlu diingati bahawa UMNO lah yang bertanggungjawab menghapuskan nama ‘Tanah Melayu’ dari muka bumi ini. Bukan sahaja nama ‘Tanah Melayu’ malah sekolah melayu juga telah dihapuskan oleh UMNO. Sekarang di Malaysia hanya kaum Cina dan India sahaja dibenarkan mengadakan sekolah masing-masing. Orang Melayu hanya tinggal sekolah pondok yang amat daif, dan terpinggir dari perhatian UMNO. Malah suatu masa dahulu di awal tahun 2000, UMNO di bawah rejim Dr Mahathir sekali lagi membuat cubaan untuk menghapuskan sekolah-sekolah pondok dengan kempen-kempen agresif serta fitnah kononnya pondok melahirkan golongan pengganas dan ekstrem agama.

Dalam tahun 1988, UMNO dibawah Dr Mahathir telah menghina Raja-Raja Melayu dengan jelas sekali melalui media cetak dan elektronik. Pindaan Perlembagaan yang menghapuskan imuniti adalah salah satu bukti UMNO melaksanakan dasar MU yang menghakis kuasa raja. Bukan itu sahaja, Raja-Raja juga mempunyai kuasa yang terbatas dalam hal ehwal agama Islam. Kerajaan Pusat yang mempuyai sumber kewangan yang kukuh telah menggunakan senjata wang dan kuasa untuk mengawal kuasa Raja dan agama Islam itu sendiri.

4. PENYELEWENGAN AKADEMIK

Pada pesta konvokesyen UM pada 10hb – 15hb Ogos 2009, Raja Nazrin Shah selaku Pro Canselor UM, dalam ucapannya antara lain meminta para graduan berhati-hati dengan gerakan yang berasaskan kepada sentimen emosi dan penyelewengan akademik. Beliau mengingatkan para graduan agar tidak terlibat dalam gerakan sedemikian antaranya ialah gejala mentafsir undang-undang secara melulu dan emosi. Menenepikan perlembagaan dan kecenderungan pihak-pihak tertentu menggunakan perasaan untuk mencapai objektif perjuangan mereka. Siapakah yang dimaksudkan oleh Pro Canselor itu. Jawapannya adalah relative dan subjektif. Sebagai Raja dan mungkin bertindak sebagai ‘ahli akademik’, beliau tidak dilazimkan untuk berpihak pada mana-mana golongan. Tetapi sejarah Tanah Melayu dan Malaysia tidak mencatatkanwalaupun seorang Raja Melayu yang menjadi pemimpin untuk menentang penjajah atau menyokong gerakan Islam tanah air. Raja-raja Melayu kebanyakannya cenderung menyokong UMNO walaupun mereka sedar UMNOlah yang menghakis kuasa mereka pada tahun 1983 dahulu. Raja-raja Melayu juga sedar bahawa UMNOlah yang menghina mereka dengan secara biadap dan kurang ajar dalam tahun 1990an dahulu. Tetapi mereka tetap menyokong atau tidak menentang UMNO. Sebagaimana kebanyakan kenyatan Raja-Raja Melayu, kenyataan-kenyataan Pro Canselor itu boleh diandaikan merujuk parti pembangkang dan dalam konteks ini kepada demonstrasi jalanan atau ada pihak yang menghina mana-mana Raja atauPerlembagaan Persekutuan.

Jika kita meninjau perkembangan politik Negara sejak merdeka hingga kini, adalah mustahil untuk menyatakan PAS adalah parti yang menghina perlembagaan atau institusi Raja apalagi agama Islam. Pada tahun 1983 dan 1993, kita menyaksikan detik bersejarah Negara dimana Dr Mahathir yang mewakili UMNO telah meminda Perlembagaan bagi mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja sebagaimana yang dikehendaki oleh Perlembagaan itu sendiri. Tetapi oleh kerana UMNO dan Mahathir adalah parti samseng, mereka telah meletak undang-undang dalam tangan mereka. Sehingga sekarang, perangai samseng UMNO tidak pernah berubah.

Persoalan sama ada Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara atau tidak, bukan lagi menjadi polemic akademik. Hanya ahli akademik yang naïf dan tidak bijak sahaja yang boleh menyatakan bahawa Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi Negara. Jadi, undang-undang manakah yang tertinggi? Jawapannya mudah sahaja. Undang-Undang dari mulut pemimpin UMNOlah yang tertinggi. Selama ini, UMNO menjadi juara dan pemimpin dalam kes-kes perlanggaran Perlembagaan Persekutuan. Dari institusi mahkamah, polis, SPRM, SPR dan lan-lain jentera kerajaan termasuk Dewan Undangan Negeri telah diurus secara mengenepikan Perlembagaan. Mahkamah telah menjadi ‘Kangaroo Court’. Integriti hanya menjadi retorik UMNO.

Bagaimana seseorang itu boleh menyatakan Perlembagaan itu undang-undang tertinggi apabila Fasal 4(1) membenarkan apa jua undang-undang lain yang diluluskan oleh parlimen sebagai sah?? Fasal 3 hingga 10 yang menjadi mercutanda pengiktirafan hak-hak asasi manusia SEMUANYA tidak berguna? Kebebasan bersuara disekat dengan pelbagai akta seperti Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan lain-lain. Kebebasan beragama juga disekat apabila UMNO menghalang PAS Kelatan dari melaksanakan hokum Islam yang menjadi agama anutan orang-orang PAS dan lain-lain orang Melayu bukan UMNO. Kebebasan berhimpun secara aman hanyalah di atas kertas sahaja dan sebut sahaja apa lagi kebebasan yang dinyatakan dalam Fasal 3 hingga 10 itu – semuanya dicanggah dan dirobek oleh undang-undang ciptaan UMNO.

Sejarah negara telah diubah. Para pelajar dihidangkan dengan fakta KONONNYA para pemimpin UMNO adalah pejuang kemerdekaan. Peranan pertubuhan-pertubuhan atau parti-parti politik sebelum kewujudan UMNO seperti PKMM, MPAJA, Hizbul Muslimin dan lain-lain telah digelap, disisih atau diketepikan. Hakikat sebenarnya ialah UMNO telah dilantik oleh Inggeris durjana untuk menjadi pewaris mereka bagi meneruskan pemerintahan ‘Westminster’ apabila mereka kembali ke British. Apa bukti UMNO perjuang kemerdekaan? Berapa orang pemimpin UMNO terkorban dalam perjuangan menentang British? Persoalan ini bukan bermakna tuntutan atau perjuangan kemerdekaan memerlukan kematian. Ia bermaksud rakyat yang bukan UMNOlah yang merela dan berkorban nyawa demi menuntut kemerdekaan. Ini merupakan suatu bukti kesucian dan keikhlasan perjuangan mereka.

Setelah British merasa kecut dengan kebangkitan orang Melayu bermula dengan gerakan Hizbul Muslimin pimpinan Abu Bakar Baqir dari Gunung Semanggol, British mula menyusun strategi politiknya yang agak konservatif sewaktu itu. Mereka sudah tidak dapat menahan arus kebangkitan rakyat yang sudah terbuka minda mereka. Hasilnya tertubuhlah PKMM,MPAJA, AWAS, API dan lain-lain antaranya bertujuan untuk menghalau British dari Tanah Melayu. UMNO tiada dalam kamus perjuangan ini.

Perkembangan global seperti Perang Dunia Kedua (1939 – 1945) memberi impak yang sangat efektif kepada gerakan kemerdekaan. Jepun telah berjaya membuka minda rakyat di Asia Tenggara (khususnya) tentang kepalsuan wirid British bahawa mereka adalah bangsa yang hebat. Jepun juga berjaya menggerakkan rakyat agar bangkit menentang penjajah British. Oleh kerana British sudah tidak mampu berhadapan dengan situasi ini secara bersendirian, mereka terpaksa mencari parti yang boleh mereka peralatkan/pergunakan bagi memenuhi tuntutan para pejuang kemerdekaan tersebut. UMNOlah satu-satunya parti kepercayaan British untuk maksud ini.

Selain penyelewengan akademik dari sudut sejarah, UMNO juga menyelewengkan fakta dari disiplin ilmu yang lain.Fakta bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pendokong kepada penubuhan Bank dan Universiti Islam telah diselewengkan. Begitu juga sumbangan-sumbangan oleh para pemimpin parti politik bukan UMNO telah disembunyikan.

5. UMNO DAN JUDI

Firman Allah s.w.t dalam surah Al Baqarah: 219 yang bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu tentang minuman khamr iaitu arak dan judi. Katakanlah keduanya itu berdosa besar dan ada juga manfaatnya pada manusia. Tetapi dosanya (bahayanya) lebih besar dari manfaatnya.”

UMNO dan judi adalah sinonim. Loteri Kebajikan Masyarakat yang diwujudkan semasa pemerintahan Tunku Abdul Rahman kekal sehingga sekarang walaupun dengan penjenamaan semula seperti 4 Nombor Ekor, Sports Toto dan sebagainya. UMNO telah menganugerahkan kepada Lim Goh Tong tanah di Genting Highland untuk industry judi yang terbesar di Asia Tenggara. Hasil negara sebahagiannya adalah dari hasil judi. Misalnya pada tahun 2008 Kerajaan UMNO APCO 1 Malaysiamengutip cukai judi sebanyak RM 2.32 bilion. Walaubagaimanapun pendapatan cukai judi negara pada tahun 2009 telah merosot iaitu sebanyak RM 1.199 bilion. Inilah antara bukti bagaimana sayangnya UMNO kepada industry judi yang mereka katakan memberi hasil yang tinggi kepada negara. DIsamping itu dikatakan tauke-tauke judi juga menjadi penyumbang kepada belanja pilihanraya BN/UMNO. Industri sukan pula banyak ditaja oleh syarikat-syarikat judi di mana syarikat-syarikat pengendali acara sukan dan pembekal alatan sukan sudah tentunya bukan terdiri dari syarikat milik PAS atau PKR.

6. UMNO DAN ARAK

Sebagai parti nasional yang glamour dan dominan, UMNO sentiasa mendabik dada dan sentiasa secara bongkak mendakwa mereka adalah parti Melayu yang memperjuangkan Islam. Islam UMNO berlainan dari versi Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Islam mengharamkan arak dan judi tetapi UMNO menghalalkannya. Kilang arak di Petaling jaya dan Shah Alam menjadi mercu tanda 1 Malaysia bahawa inilah negara Islam versi UMNO. Malah Malaysia adalah antara negara yang hebat dari segi penggunaan arak. Akhbar milik MCA, The Star pada 22 Mei 2011 menyiarkan statistik tahun ini yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bahawa Malaysia menduduki "ranking Top 10" peminum arak paling ramai di dunia. WHO turut menjelaskan, Malaysia membelanjakan US$500 juta (RM1.5 bilion) untuk alkohol dengan kadar penggunaan per kapita sebanyak 7 liter, manakala penggunaan beer di Malaysia pula mencecah 11 liter per kapita.

7. KESIMPULAN

Kepada pengamal tegar doktrin ‘Machiavelian’ mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamt politik mereka. Apa yang paling ditakuti oleh UMNO ialah Islam tulen itu sendiri dan kesedaran berpolitik di kalangan orang Melayu. Rakyat yang faham tentang Islam sebagai ‘way of life’ akan menentang UMNO. Rakyat yang tahu sepakterajang politik juga akan menentang UMNO.Oleh sebab itulah UMNO telah, sedang dan akan terus membuat rancangan bagi membendung kedua-dua elemen ini dari dikuasai oleh orang Melayu khususnya. Apabila mereka berjaya menyempitkan fahaman Islam,rakyat akan dapat menerima Islam liberal/progresif yang ditaja oleh mereka. Apabila mereka berjaya meracuni fikiran rakyat bahawa politik itu kotor dan jangan campur halehwal politik, senanglah UMNO menjalankan makarnya menipu rakyat dengan strategi politik untuk mengekalkan kuasa dan merompak hasil ekonomi negara. Untuk berbuat demikian proses pembebalan minda rakyat perlu diteruskan agar rakyat akan berfikiran apabila harga barang turun – itu akan membebankan mereka, apabila UMNO terhapus – Melayu akan hilang di dunia, apabila rakyat kaya – negara akan muflis, apabila judi dan arak tiada – negara akan bankrap dan sebagainya.


1. Latarbelakang kelahiran UMNO

UMNO ialah parti yang tertubuh dengan pemimpinnya mengambil kesempatan hasil dari rentetan perjuangan yang dicetus dan dimulai oleh parti-parti lain seperti PKMM, PMS dan Persatuan-persatuan Melayu yang lain. Organisasi-organisai inilah yang mengorak langkah kearah idea penubuhan UMNO pada 1946 disamping peristiwa kemuncak penubuhannya iaitu penentangan ke atas penubuhan Malayan Union (MU). 
Pemimpin UMNO yang diketuai oleh Onn bin Jaafar telah mengadakan mogok (demonstrasi) jalanan bagi menyatakan penentangan mereka (yang didakwa mewakili orang Melayu) terhadap cadangan penubuhan MU. Sekarang ini Ketua Pemuda UMNO yang bernama Khairy Jamludin menyifatkan mereka yang berdemonstrasi sebagai berok-berok jalanan. 
Oleh itu tidak salah lah bila kita menyatakan bahawa datuk nenek Khairy adalah berok-berok yang mengasaskan demonstrasi ini. UMNO dipimpin oleh mereka yang dididik oleh Barat dan idea penubuhan UMNO tidak pernah mengandungi matlamat menegakkan agama Islam apa lagi Negara Islam. Perlu di teliti bahawa UMNO juga ditubuhkan BUKAN bertujuan untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu (semasa itu). 
Kita melihat perjuangan UMNO sebagaimana yang didakwa ialah KONONNYA untuk menyatupadu danmrempertingkatkan ekonomi orang Melayu. Tetapi hakikatnya UMNO bukan memperjuangkan orang Melayu tetapimemperjuangkan orang atau pemimpin UMNO. Adapun orang melayu bukan UMNO telah dijadikan ‘pariah’ yang boleh dan perlu dikorban pada bila-bila masa yang mereka suka.

2. UMNO DAN MALAYAN UNION


UMNO- Parti politik yang lahir hasil dari asbab pengenalan ‘Malayan Union’ (MU)oleh British. Sejarah MU memperlihatkan tindakan politik British untuk menyatukan 3 unit pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu iaituNegeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dalam lingkungan tahun 1945 dibawah satu kerajaan pusat ataupun persekutuan. 
Rancangan ini telah diumumkan di Britain yang ketika itu dikuasai oleh kerajaan Konservatif pimpinan Winston Churchill semasa Perang Dunia. Pada 20 Januari 1946, kerajaan British telah mengeluarkan satu Kertas Putih yang mengandungi butir-butir mengenai Malayan Union

Di antara cirri-ciri MU ialah:-

(a) Pulau Pinang, Melaka dan 9 buah negeri Melayu akan disatukan di bawah MU.

(b) Singapura akan dipisahkan dari Malayan Union. sebagai tanah jajahan British yang berasingan dan dikenali sebagai Tanah Jajahan Mahkota.

(c) Kerajaan pusat Malayan Union akan ditubuhkan dan terletak di Kuala Lumpur Ia akan diketuai oleh seorang Gabenor British yang berkuasa penuh. Gabenor pula dibantu oleh sebuah Majlis Penasihat Kerja dan Majlis Perundangan. Semua kerajaan negeri terletak di bawah kuasa Gabenor. Kuasa Majlis Mesyuarat Negeri juga dikurangkan.

(d) Walaupun sultan-sultan masih mengekalkan kedudukan mereka, baginda hanya mempunyai kuasa dalam hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu.

(e) Melalui Malayan Union, semua warganegara mempunyai hak-hak yang sama.

(f) Kerakyatan akan diberi kepada golongan berikut:

1. Mereka yang dilahirkan di Malayan Union atau Singapura dan telahbermastautin di

sana sebelum perintah dikuatkuasakan.

2. Mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermastautin di Malayan Union selama 10

daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942.

3. Mereka yang dilahirkan di luar Malayan Union atau Singapura tetapi mempunyai bapa yang merupakan warganegara Malayan Union.

3. UMNO MELAKSANAKAN DASAR-DASAR MU

MU telah secara tidak langsung mengikis kuasakuasa raja melayu dan memberi kuasa penuh kepada Gabenor British. Harold Mc Michael dikatakan telah mengugut Raja-Raja Melayu supaya mempersetujui rancangan MU. Akibat penentangan MU oleh orang-orang melayu, MU telah digantikan dengan ‘Federation of Malaya’ atau Persekutuan Tanah Melayu. 
Oleh kerana tanah orang melayu sudah berkongsi dengan bangsa-bangsa lain yang asalnya adalah golongan pendatang yang di bawa masuk oelh Inggeris, maka Persekutuan Tanah Melayu akhirnya ditukar kepada Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman pada 16hb September 1963.

Walaupun agak pahit, kita perlu menerima hakikat bahawa bumi yang suatu masa dahulu bernama Tanah Melayu dan dikekalkan oleh Inggeris sebagai Persekutuan Tanah Melayu sudah hilang dari peta dunia. Dan perlu diingati bahawa UMNO lah yang bertanggungjawab menghapuskan nama ‘Tanah Melayu’ dari muka bumi ini. 
Bukan sahaja nama ‘Tanah Melayu’ malah sekolah melayu juga telah dihapuskan oleh UMNO. Sekarang di Malaysia hanya kaum Cina dan India sahaja dibenarkan mengadakan sekolah masing-masing. Orang Melayu hanya tinggal sekolah pondok yang amat daif, dan terpinggir dari perhatian UMNO. Malah suatu masa dahulu di awal tahun 2000, UMNO di bawah rejim Dr Mahathir sekali lagi membuat cubaan untuk menghapuskan sekolah-sekolah pondok dengan kempen-kempen agresif serta fitnah kononnya pondok melahirkan golongan pengganas dan ekstrem agama.

Dalam tahun 1988, UMNO dibawah Dr Mahathir telah menghina Raja-Raja Melayu dengan jelas sekali melalui media cetak dan elektronik. Pindaan Perlembagaan yang menghapuskan imuniti adalah salah satu bukti UMNO melaksanakan dasar MU yang menghakis kuasa raja. Bukan itu sahaja, Raja-Raja juga mempunyai kuasa yang terbatas dalam hal ehwal agama Islam. Kerajaan Pusat yang mempuyai sumber kewangan yang kukuh telah menggunakan senjata wang dan kuasa untuk mengawal kuasa Raja dan agama Islam itu sendiri.

4. PENYELEWENGAN AKADEMIK

Pada pesta konvokesyen UM pada 10hb – 15hb Ogos 2009, Raja Nazrin Shah selaku Pro Canselor UM, dalam ucapannya antara lain meminta para graduan berhati-hati dengan gerakan yang berasaskan kepada sentimen emosi dan penyelewengan akademik. Beliau mengingatkan para graduan agar tidak terlibat dalam gerakan sedemikian antaranya ialah gejala mentafsir undang-undang secara melulu dan emosi. 
Menenepikan perlembagaan dan kecenderungan pihak-pihak tertentu menggunakan perasaan untuk mencapai objektif perjuangan mereka. Siapakah yang dimaksudkan oleh Pro Canselor itu. Jawapannya adalah relative dan subjektif. Sebagai Raja dan mungkin bertindak sebagai ‘ahli akademik’, beliau tidak dilazimkan untuk berpihak pada mana-mana golongan. 
Tetapi sejarah Tanah Melayu dan Malaysia tidak mencatatkanwalaupun seorang Raja Melayu yang menjadi pemimpin untuk menentang penjajah atau menyokong gerakan Islam tanah air. Raja-raja Melayu kebanyakannya cenderung menyokong UMNO walaupun mereka sedar UMNOlah yang menghakis kuasa mereka pada tahun 1983 dahulu. Raja-raja Melayu juga sedar bahawa UMNOlah yang menghina mereka dengan secara biadap dan kurang ajar dalam tahun 1990an dahulu. 
Tetapi mereka tetap menyokong atau tidak menentang UMNO. Sebagaimana kebanyakan kenyatan Raja-Raja Melayu, kenyataan-kenyataan Pro Canselor itu boleh diandaikan merujuk parti pembangkang dan dalam konteks ini kepada demonstrasi jalanan atau ada pihak yang menghina mana-mana Raja atauPerlembagaan Persekutuan.

Jika kita meninjau perkembangan politik Negara sejak merdeka hingga kini, adalah mustahil untuk menyatakan PAS adalah parti yang menghina perlembagaan atau institusi Raja apalagi agama Islam. 
Pada tahun 1983 dan 1993, kita menyaksikan detik bersejarah Negara dimana Dr Mahathir yang mewakili UMNO telah meminda Perlembagaan bagi mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja sebagaimana yang dikehendaki oleh Perlembagaan itu sendiri. 
Tetapi oleh kerana UMNO dan Mahathir adalah parti samseng, mereka telah meletak undang-undang dalam tangan mereka. Sehingga sekarang, perangai samseng UMNO tidak pernah berubah.

Persoalan sama ada Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara atau tidak, bukan lagi menjadi polemic akademik. Hanya ahli akademik yang naïf dan tidak bijak sahaja yang boleh menyatakan bahawa Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi Negara. Jadi, undang-undang manakah yang tertinggi? 
Jawapannya mudah sahaja. Undang-Undang dari mulut pemimpin UMNOlah yang tertinggi. Selama ini, UMNO menjadi juara dan pemimpin dalam kes-kes perlanggaran Perlembagaan Persekutuan. Dari institusi mahkamah, polis, SPRM, SPR dan lan-lain jentera kerajaan termasuk Dewan Undangan Negeri telah diurus secara mengenepikan Perlembagaan. Mahkamah telah menjadi ‘Kangaroo Court’. Integriti hanya menjadi retorik UMNO.

Bagaimana seseorang itu boleh menyatakan Perlembagaan itu undang-undang tertinggi apabila Fasal 4(1) membenarkan apa jua undang-undang lain yang diluluskan oleh parlimen sebagai sah?? Fasal 3 hingga 10 yang menjadi mercutanda pengiktirafan hak-hak asasi manusia SEMUANYA tidak berguna? Kebebasan bersuara disekat dengan pelbagai akta seperti Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan lain-lain. 
Kebebasan beragama juga disekat apabila UMNO menghalang PAS Kelatan dari melaksanakan hokum Islam yang menjadi agama anutan orang-orang PAS dan lain-lain orang Melayu bukan UMNO. Kebebasan berhimpun secara aman hanyalah di atas kertas sahaja dan sebut sahaja apa lagi kebebasan yang dinyatakan dalam Fasal 3 hingga 10 itu – semuanya dicanggah dan dirobek oleh undang-undang ciptaan UMNO.

Sejarah negara telah diubah. Para pelajar dihidangkan dengan fakta KONONNYA para pemimpin UMNO adalah pejuang kemerdekaan. Peranan pertubuhan-pertubuhan atau parti-parti politik sebelum kewujudan UMNO seperti PKMM, MPAJA, Hizbul Muslimin dan lain-lain telah digelap, disisih atau diketepikan. Hakikat sebenarnya ialah UMNO telah dilantik oleh Inggeris durjana untuk menjadi pewaris mereka bagi meneruskan pemerintahan ‘Westminster’ apabila mereka kembali ke British. Apa bukti UMNO perjuang kemerdekaan? 
Berapa orang pemimpin UMNO terkorban dalam perjuangan menentang British? Persoalan ini bukan bermakna tuntutan atau perjuangan kemerdekaan memerlukan kematian. Ia bermaksud rakyat yang bukan UMNOlah yang merela dan berkorban nyawa demi menuntut kemerdekaan. Ini merupakan suatu bukti kesucian dan keikhlasan perjuangan mereka.

Setelah British merasa kecut dengan kebangkitan orang Melayu bermula dengan gerakan Hizbul Muslimin pimpinan Abu Bakar Baqir dari Gunung Semanggol, British mula menyusun strategi politiknya yang agak konservatif sewaktu itu. Mereka sudah tidak dapat menahan arus kebangkitan rakyat yang sudah terbuka minda mereka. Hasilnya tertubuhlah PKMM,MPAJA, AWAS, API dan lain-lain antaranya bertujuan untuk menghalau British dari Tanah Melayu. UMNO tiada dalam kamus perjuangan ini.

Perkembangan global seperti Perang Dunia Kedua (1939 – 1945) memberi impak yang sangat efektif kepada gerakan kemerdekaan. Jepun telah berjaya membuka minda rakyat di Asia Tenggara (khususnya) tentang kepalsuan wirid British bahawa mereka adalah bangsa yang hebat. Jepun juga berjaya menggerakkan rakyat agar bangkit menentang penjajah British. 
Oleh kerana British sudah tidak mampu berhadapan dengan situasi ini secara bersendirian, mereka terpaksa mencari parti yang boleh mereka peralatkan/pergunakan bagi memenuhi tuntutan para pejuang kemerdekaan tersebut. UMNOlah satu-satunya parti kepercayaan British untuk maksud ini.

Selain penyelewengan akademik dari sudut sejarah, UMNO juga menyelewengkan fakta dari disiplin ilmu yang lain.Fakta bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pendokong kepada penubuhan Bank dan Universiti Islam telah diselewengkan. Begitu juga sumbangan-sumbangan oleh para pemimpin parti politik bukan UMNO telah disembunyikan.

5. UMNO DAN JUDI

Firman Allah s.w.t dalam surah Al Baqarah: 219 yang bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu tentang minuman khamr iaitu arak dan judi. Katakanlah keduanya itu berdosa besar dan ada juga manfaatnya pada manusia. Tetapi dosanya (bahayanya) lebih besar dari manfaatnya.”

UMNO dan judi adalah sinonim. Loteri Kebajikan Masyarakat yang diwujudkan semasa pemerintahan Tunku Abdul Rahman kekal sehingga sekarang walaupun dengan penjenamaan semula seperti 4 Nombor Ekor, Sports Toto dan sebagainya. UMNO telah menganugerahkan kepada Lim Goh Tong tanah di Genting Highland untuk industry judi yang terbesar di Asia Tenggara. Hasil negara sebahagiannya adalah dari hasil judi. 
Misalnya pada tahun 2008 Kerajaan UMNO APCO 1 Malaysiamengutip cukai judi sebanyak RM 2.32 bilion. Walaubagaimanapun pendapatan cukai judi negara pada tahun 2009 telah merosot iaitu sebanyak RM 1.199 bilion. 
Inilah antara bukti bagaimana sayangnya UMNO kepada industry judi yang mereka katakan memberi hasil yang tinggi kepada negara. DIsamping itu dikatakan tauke-tauke judi juga menjadi penyumbang kepada belanja pilihanraya BN/UMNO. Industri sukan pula banyak ditaja oleh syarikat-syarikat judi di mana syarikat-syarikat pengendali acara sukan dan pembekal alatan sukan sudah tentunya bukan terdiri dari syarikat milik PAS atau PKR.

6. UMNO DAN ARAK

Sebagai parti nasional yang glamour dan dominan, UMNO sentiasa mendabik dada dan sentiasa secara bongkak mendakwa mereka adalah parti Melayu yang memperjuangkan Islam. Islam UMNO berlainan dari versi Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Islam mengharamkan arak dan judi tetapi UMNO menghalalkannya. Kilang arak di Petaling jaya dan Shah Alam menjadi mercu tanda 1 Malaysia bahawa inilah negara Islam versi UMNO. 
Malah Malaysia adalah antara negara yang hebat dari segi penggunaan arak. Akhbar milik MCA, The Star pada 22 Mei 2011 menyiarkan statistik tahun ini yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bahawa Malaysia menduduki "ranking Top 10" peminum arak paling ramai di dunia. WHO turut menjelaskan, Malaysia membelanjakan US$500 juta (RM1.5 bilion) untuk alkohol dengan kadar penggunaan per kapita sebanyak 7 liter, manakala penggunaan beer di Malaysia pula mencecah 11 liter per kapita.

7. KESIMPULAN

Kepada pengamal tegar doktrin ‘Machiavelian’ mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamt politik mereka. Apa yang paling ditakuti oleh UMNO ialah Islam tulen itu sendiri dan kesedaran berpolitik di kalangan orang Melayu. Rakyat yang faham tentang Islam sebagai ‘way of life’ akan menentang UMNO. Rakyat yang tahu sepakterajang politik juga akan menentang UMNO.Oleh sebab itulah UMNO telah, sedang dan akan terus membuat rancangan bagi membendung kedua-dua elemen ini dari dikuasai oleh orang Melayu khususnya. Apabila mereka berjaya menyempitkan fahaman Islam,rakyat akan dapat menerima Islam liberal/progresif yang ditaja oleh mereka. 
Apabila mereka berjaya meracuni fikiran rakyat bahawa politik itu kotor dan jangan campur halehwal politik, senanglah UMNO menjalankan makarnya menipu rakyat dengan strategi politik untuk mengekalkan kuasa dan merompak hasil ekonomi negara. 
Untuk berbuat demikian proses pembebalan minda rakyat perlu diteruskan agar rakyat akan berfikiran apabila harga barang turun – itu akan membebankan mereka, apabila UMNO terhapus – Melayu akan hilang di dunia, apabila rakyat kaya – negara akan muflis, apabila judi dan arak tiada – negara akan bankrap dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment