اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, September 9, 2014

PKR mohon ampun, ingatkan Najib supaya jujur


HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: PKR hari ini memohon ampun kepada Sultan Selangor jika tindakan parti itu mematuhi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan amalan (convention) yang diikuti sejak 1957 dalam soal pemilihan calon Menteri Besar Selangor mengguris perasaan baginda.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) berkata, PKR dan Pakatan Rakyat tegak atas prinsip keluhuran perlembagaan serta menjunjung sistem raja berpelembagaan dan demokrasi berparlimen.

Perkara ini, ujarnya jelas dalam perlembagaan PKR dan kenyataan muafakat bersama pimpinan Pakatan Rakyat.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Anwar mengulangi pendirian PKR untuk menjunjung kedaulatan Raja-raja Melayu, dan institusi raja berperlembagaan.

"Ini juga telah ditegaskan dalam warkah-warkah Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KEADILAN kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor," jelas beliau.

Mengulas kritikan Perdana Menteri terhadap PKR dan DAP dalam isu perlantikan Menteri Besar Selangor, beliau berkata Dato’ Seri Najib Razak telah bersama dengan pemimpin Umno sejak 1983 dan 1993 dalam menyokong pindaan perlembagaan bagi menjelaskan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong selaras dengan prinsip raja berperlembagaan.

"Kenyataan Dato’ Seri Najib semalam adalah keterlaluan kerana menafikan pendirian KEADILAN yang tuntas menjunjung kedaulatan undang-undang dan sistem raja berperlembagaan," katanya.

Menurut Anwar, Najib sedia maklum  bahawa dalam sejarah pemerintahan Umno sejak merdeka hingga kini, parti itu dan BN (dahulunya Perikatan) hanya mengemukakan satu nama Ahli Dewan Negeri atau Ahli Parlimen untuk jawatan Ketua Menteri, Menteri Besar, atau Perdana Menteri.

"Selaku Perdana Menteri, Dato Seri Najib sewajarnya jujur dengan pendirian parti beliau dan Kerajaan BN dan tidak menyerang KEADILAN kerana mematuhi amalan yang sama," ujarnya.

  - HARAKAHDAILY, 9/9/2014

No comments:

Post a Comment