اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, September 9, 2014

Hukum Karma Buat Wan Azizah, Presiden PKR

 

Presiden PKR FIRMAN ALLAH SWT :

Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.( Surah Al Israa'. Ayat 37 )
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah.” (Hadis riwayat Muslim)
Saya mulakan catatan ini dengan firman Allah swt. dari Surah Al Israa'. Ayat 37 bagi mengingatkan diri sendiri dan pembaca sekelian agar kita sama-sama mendapat faedah dari pengertian ayat tersebut dan In Shaa Allah dilimpahi hidayahNya.

Kematangan dalam berpolitik tidak diukur daripada jawatan yang disandang seseorang. Anda boleh saja kumpulkan beberapa sahabat, kawan rapat dan kenalan dan kemudiannya tubuhkan sebuah parti politik sepertimana yang pernah dilakukan oleh Datuk Zaid Ibrahim suatu ketika dahulu.

Bersama parti yang telah anda tubuhkan itu, anda angkatlah diri sendiri untuk menjadi presidennya. Atas sifat presiden, anda juga bebas untuk melantik datuk, nenek, suami, isteri, anak waima cucu anda untuk menjawat apa-apa jawatan yang parti anda olahkan.

Anda telah pegang jawatan presiden, anda lantik sajalah suami atau isteri anda sebagai ketua tak umum atau ketua umum dan anda tetapkan tiada pertandingan untuk jawatan itu.! Pendek kata ikut suka andalah kerna ramai ahli parti yang anda tubuhkan itu adalah ibarat lembu dicucuk hidung. Anda kata A, mereka jerit A. Anda kata B, mereka lolongkan B. Kalau mereka tidak ikut melolong sepertimana lolongkan anda, anda pecat sajalah mereka. Anda kan presiden!!

Hampir lapan bulan lamanya anda membiarkan pemimpin kiri, kanan, atas dan bawah dari parti anda bukan hanya mengkritik secara tidak sopan, malahan menghina, memalukan dan menfitnah Tan Sri Khalid Ibrahim. Tidak cukup dengan hinaan dan fitnah yang dilakukan oleh pemimpin kiri dan kanan, atas dan bawah dari parti anda, anda sendiri turut serta dalam pesta menghina dan mengaibkan Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah banyak membantu rakyat Selangor melalui pentadbirannya yang cekap, amanah, telus dan berwibawa.
Mungkin kerna kesombongan dan kebiadapan anda bersama pemimpin kiri, kanan atas dan bawah dari parti anda, maka Allah swt. membalasnya dengan kritikan tepat  terhadap anda oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kini anda kata anda terguris. Rupanya anda seorang wanita yang punya perasaan. Di manakah perasaan dan pertimbangan anda semasa anda bersama pemimpin kiri, kanan atas dan bawah (terutamanya Pengarah Tragedi anda, Rafizi Ramli) dari parti anda saban hari menghina dan menghasut rakyat untuk membenci Tan Sri Khalid melalui sebaran fitnah yang amat keterlaluan?

Dari sebuah portal berita dalam talian saya petik berita berkaitan anda seperti di bawah:

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui beliau sedikit terguris dengan kritikan dan "serangan peribadi" yang dibuat presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap beliau.

Bagaimanapun beliau tidak marah dan menganggap komen bahawa beliau "tidak berkelayakan" menjadi menteri besar, sebagai teguran dan meminta ahli partinya tidak membuat sebarang kenyataan balas.

"Saya sedikit terguris dengan serangan peribadi yang dibuat terhadap saya walaupun saya menghormati pendapat Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai kebolehan dan kemampuan saya.

"Walau bagaimana pun, tidak timbul kemarahan dan saya menerimanya sebagai teguran agar boleh memperbaiki diri Insya-Allah," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.


Kerajaan Rakyat


No comments:

Post a Comment