اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, September 9, 2014

ADAKAH INI BUKTI YANG PENDAPATAN PURATA RAKYAT NEGARA INI SUDAH MELEPASI RM5,900 SEBULAN SEPERTI KATA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI??????

 






Sedikit bingkisan.... Hasil menjejaki kemiskinan

Keluarga ini dijumpai semasa program Ops Kemiskinan mukim Dengkil pada 5-7 september baru-baru ini. Tinggal di bawah talian elektrik bervoltan tinggi, bersempadan dengan Cyberjaya dan Putrajaya. Si ayah tidak sihat akibat lumpuh, maka isterilah yang mengambil alih menguruskan semua urusan termasuk menjaga 5 orang anak yang berusia 2-14 tahun.

Semasa kami sampai, anak-anak sedang lahap memakan nasi kosong beserta air kosong. Si kakak yang berumur 10 tahun sedang menyuapkan nasi kepada si bongsu. Dek kerana kemiskinan dan kesihatan ayah, anak yang berusia 2 tahun belum didaftarkan lagi kelahirannya.

Pernah berjalan kaki ke sekolah sejauh 8 kilometer. Si ibu bertegas, walau macamana sekali pun, pendidikan anak kena utamakan.

Pada hari yang sama bantuan segera sebanyak RM500 telah diserah. Insya Allah bantuan lain akan menyusul kemudian dengan segera.

Nota: Pihak LZS telah pun mendapat persetujuan seorang pemilik tanah bersebelahan yang budiman, yang mengizinkan untuk LZS membina rumah untuk keluarga ini. Terima Kasih Ustaz Razali.

SEBAB TU DOK PELIK PENING GARU KEPALA MACAM MANA MENTERI UMNO KATA PENDAPATAN PURATA RAKYAT NEGARA INI MELEBEHI RM5,900 SEBULAN?????

Angka awal Kajian Pendapatan Isi Rumah 2014 yang dijalankan kerajaan menunjukkan taraf hidup rakyat negara ini meningkat dengan purata pendapatan isi rumah melepasi RM5,900 sebulan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, ia pencapaian ketara berbanding hasil kajian pada 2012 yang merekodkan purata pendapatan isi rumah RM5,000 sebulan.

“Daripada segi meningkatkan ekonomi, kita sudah berjaya dan dibuktikan dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 6.3 peratus pada separuh pertama tahun ini.

“Namun, perkembangan ekonomi semata-mata tidak mencukupi kerana kita juga mesti memastikan ia dapat dirasai rakyat, daripada segi gaji yang lebih tinggi yang mesti selari dengan produktiviti,” katanya pada sidang media di luar acara Simposium Ekonomi Global 2014 di sini, semalam.

Nisbah gaji kepada KDNK di Malaysia berkembang 33.6 peratus tahun lalu berbanding 29.3 peratus pada 2008.

Menyentuh mengenai Rancangan Malaysia ke-11, Abdul Wahid berkata, kerajaan kini berada pada kedudukan yang baik untuk membentangkan rancangan pembangunan itu di Parlimen Mei tahun depan berikutan penyelesaian pelarasan awal dengan 12 kerajaan negeri.

“Hanya tinggal Sabah. Saya akan menemui Ketua Menteri dan kabinet negeri minggu depan,” katanya.

Simposium tiga hari bermula Sabtu itu dianjurkan Kiel Institute for the World Economy dan dihoskan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Simposium sebelum ini berlangsung di Istanbul, Turki dan Rio de Janeiro, Brazil dan pertama kali berlangsung di Malaysia. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment