اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, December 17, 2014

Kes individu sokong IS dipindah ke Mahkamah Tinggi


BERNAMA | 


SHAH ALAM: Mahkamah Majistret di sini membenarkan permohonan pihak pendakwaaan untuk memindahkan kes empat individu termasuk pasangan suami isteri yang didakwa memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Negara Islam (IS), ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
  
Bagaimanapun, tiada tarikh ditetapkan untuk sebutan kes itu di mahkamah tinggi berkenaan.
  
Pada prosiding hari ini, kes terhadap Muhammad Fadhil Ibrahim, 24 dan Nazhatulshima Sahak, 44, dijalankan di hadapan Majistret Norshakinah Ahmad Kamarudin.
  

Pertuduhan ke atas Muhammad Na'eem Apandi, 24, dan Amir Azlan Zainudin, 48, iaitu suami Nazhatulshima, dilakukan di hadapan Majistret Ellyana Razali.
  
Mengikut pertuduhan, keempat-empat mereka cuba memberi sokongan kepada kumpulan militan itu dengan cara membeli tiket penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) ke Istanbul, Turki.

Mereka didakwa hendak memasuki Syria melalui Istanbul untuk manfaat kumpulan berkenaan.
  
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran  Hakim Sdn Bhd, Jalan Zirkon E7/E, Seksyen 7 di sini, kira-kira  10.50 malam pada 13 Okt lepas.
  
Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz mengendalikan pendakwaan yang dibuat mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment