PETALING JAYA : Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan mendesak Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang Rafizal Abdul Rahim menarik balik kenyataannya fitnahnya dan memohon maaf kepadanya secara terbuka dalam masa tujuh hari.
Khairuddin berkata, sekiranya Rafizal tidak berbuat perkara sedemikian, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.
Katanya, kenyataan Rafizal yang mendakwa beliau tidak pernah menghadiri
program yang melibatkan UMNO bahagian dan negeri merupakan suatu fitnah
yang terbesar dilakukan oleh Ketua Pergerakan UMNO negeri itu.
“Sayalah orang yang tinggal di Kuala Lumpur yang rajin balik ke bahagian saya hampir setiap minggu. Saya ingin nasihatkan Rafizal bahawa kenyataan kolotnya sudah tidak relevan lagi di zaman sekarang.
“Kini kita sedang menghadapi dunia yang semakin terbuka dan amat
mencabar. Kita mesti berani dikritik dan menerima pandangan rakyat
sekiranya kita mahukan UMNO terus disayangi,” katanya dalam satu kenyataan kepada Free Malaysia Today.
Khairuddin turut mempersoalkan tindakan Rafizal yang meminta beliau meninggalkan UMNO dan seolah-olah parti itu miliknya.
Khairudin Bakal Saman Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang?
Khairudin Bakal Saman Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang?
“Rafizal ingat UMNO ini hak beliau?Siapa beliau nak suruh saya
tinggalkan UMNO? Hakikatnya Rafizal adalah seorang budak hingusan dan
baru di dalam arena politik. Politik beliau adalah politik mengampu
pemimpin.
“Teguran saya amat ikhlas demi untuk menjamin agar UMNO terus diterima serta disayangi rakyat seakhir zaman. Ini yang harus jadi pedoman serta asas perjuangan kita,” tegasnya.
Khairuddin berkata, beliau juga telah bersedia terhadap apa jua bentuk
tindakan disiplin ke atasnya sekiranya tindakannya melanggar etika
parti.
Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Badan Perhubungan UMNO negeri
didesak mengambil tindakan terhadap Khairuddin kerana mengkritik
pimpinan UMNO di negeri itu.
Ketua Pergerakan UMNO negeri, Rafizal Abdul Rahim
berkata, UMNO negeri perlu mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan
isu Khairuddin yang menggunakan portal propembangkang untuk menyerang
UMNO negeri dengan pelbagai tohmahan.
Menurutnya, UMNO negeri tidak sepatutnya mengambil sikap tunggu dan lihat kerana tindakan Khairuddin itu secara terang-terangan membawa imej buruk kepada UMNO
Khairuddin
baru-baru ini menerusi satu temubual portal Malaysiakini mendakwa
pemimpin negeri yang dipilih oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak melantik pemimpin yang ‘tidur’
Beliau turut mencetuskan kontroversi apabila turut membuat laporan polis
di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur terhadap 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) dan anak syarikatnya kerana menjalankan
perniagaan yang boleh dipersoalkan serta mahu siasatan terperinci dan
komprehensif dilakukan bagi mengenal pasti punca masalah syarikat itu.
No comments:
Post a Comment