اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saturday, January 10, 2015

AG enggan jawab isu surat Zahid


 


  Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail enggan mengulas mengenai isu yang timbul berhubung surat sokongan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai individu disyaki anggota kongsi gelap 14K.


Gani mengelak soalan tersebut ketika ditanya selepas pelancaran persidangan Legal Year 2015 di Putrajaya hari ini yang menghimpunkan para hakim, peguam dan pegawai kehakiman.

“Saya tidak akan kata apa-apa (hari ini). Biarlah hari ini jadi acara untuk mahkamah.

"Jika tiak, (jika) anda tiba-tiba muncul dengan perkara lain, anda memperkecilkan urusan mahkamah.

"Saya akan jawab bila anda temui saya di masa lain,” katanya ketika ditemui Malaysiakini.

Gani juga enggan mengulas apabila ditanya dalam sidang media sebelum itu, dan menegaskan bahawa beliau hanya ingin memfokuskan pada acara hari ini.

Beliau ditanya sama ada Menteri Dalam Negeri merujuk Pejabat Peguam Negara sebelum Zahid mengemukakan surat mendakwa individu digelar raja judi Paul Phua bukan anggota kongsi gelap 14K.

Kita Tengok Siapa Yang Akan Bungkus! Lutfi: Saya masih ketua pengarang Harakah 9:43AM - 10 Jan 2015 - mk Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman menegaskan bahawa beliau masih lagi memimpin redaksi lidah parti PAS itu dan tidak pernah dipecat atau digantung tugas. Bagaimanapun, beliau tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan berhubung isu permintaan ahli lembaga pengarah lidah rasmi PAS itu supaya beliau meletakkan jawatan, katanya kepada Malaysiakini. Katanya, soal mengenai keperluan beliau untuk meletak jawatan akan dibincangkan dalam mesyuarat ahli lembaga pengarah Harakah yang akan diadakan pada pertengahan Februari depan."Saya tak nak keruhkan lagi suasana. Saya cuma nak beritahu yang saya masih lagi berkhidmat sebagai ketua pengarang kumpulan Harakah. "Selepas perkara ini timbul, saya ada buat pertemuan dengan Pengarah UrusanHarakah Dr Rosli Yaakob untuk berbincang mengenai perkara ini," katanya ketika dihubungi. Selain itu, Lutfi memberitahu, tawaran 'pencen illat' dengan bayaran separuh gaji oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tidak boleh dilaksanakan kerana kriterianya tidak mencukupi. Ini kerana, doktor yang merawatnya memberitahu, penyakit yang dihidapinya mempunyai tanda positif untuk pulih memandangkan pencen illat hanya boleh diberikan kepada individu yang mempunyai cacat kekal. "Apabila berjumpa dengan Dr Rosli, dia maklumkan pada saya, sekiranya tak cukup kriteria, saya akan terus bertugas. Harakah dan Dr Rosli memberi jaminan akan memberi keutamaan dan perhatian dari segi kebajikan saya."Kes saya berbeza dengan dua pengarang (Tarmizi Md Jam dan Roslan Hamid) kerana saya kakitangan tetap. Mereka bekerja secara kontrak," katanya lagi. Ketika ditanya mengenai tahap kesihatannya kini dan adakah beliau boleh bertugas, Lutfi berkata keadaannya kini bertambah baik. Namun, Lutfi berkata, beliau tidak mempunyai masalah sekiranya di letakkan jawatan yang bersesuaian sekiranya tahap kesihatannya tidak mengizinkan. "Saya amat memahami sekiranya kesihatan saya tak mengizinkan. Saya pun tak akan gagahi juga. Walaupun komitmen nak beri sumbangan pada parti tinggi, tapi saya tak akan sama sekali meletakkan diri saya ke peringkat meyusahkan Harakahdan parti. "Sekiranya tak mampu, saya rasa tak ada masalah kalau nak diletak dalam post yang lebih sesuai," katanya. Ditanya adakah isu perletakan jawatan ini ada kaitan dengan penyiaran artikel Che Samsudin Othman atau Dinsman yang dikatakan mengkritik ulama dalam PAS, Lutfi berkata perkara itu di luar pengetahuannya. "Saya tak bertugas masa itu. Saya tak boleh nak kaitkan permintaan berhenti dengan pergolakan parti atau dengan artikel Dinsman atau apa-apa. "Saya merasakan isu ini boleh selesai secara kekeluargaan," tambahnya lagi. Posted by mountdweller at 6:09 PM

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

No comments:

Post a Comment