اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saturday, January 10, 2015

Kejutan Dari Bukit Aman

Kejutan Dari Bukit Aman. Ketua polis negara hari ini mengambil contoh kejadian di Paris menyatakan sokongan kepada keputusan kerajaan mengekalkan Akta Hasutan 1948 susulan kenyataan Putrajaya perlunya meningkatkan langkah keselamatan bagi mengelak kejadian serupa berlaku di negara ini.

Tan Sri Khalid Abu Bakar, dalam tweetnya hari ini, meminta rakyat Malaysia mengambil pengajaran dari apa yang berlaku di Paris di mana serangan “a la militant” berlaku di Paris  pada Rabu.

"Ambil lah ikhtibar kejadian di Paris. Itu lah sebab nya kita memerlukan Akta Hasutan dan @PDRMsia tidak akan membiarkan penghasut agama...," katanya menerusi satu postingnya di laman sosial Twitter pagi ini.

Dalam kejadian yang disifatkan Presiden Perancis Francois Hollande sebagai "serangan pengganas" itu, tiga orang bersenjata api dan bertopeng melepaskan tembakan di pejabat Charlie Hebdo sehingga menyebabkan 12 orang terbunuh dan tiga lagi cedera parah.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, insiden seumpama itu tidak boleh diambil mudah dan ancaman itu boleh berlaku di mana-mana negara.

"Apa yang dilakukan di Paris bukan ajaran Islam. Tindakan mereka adalah salah dari sisi agama," katanya.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata semalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini mengambil langkah berjaga-jaga dan meningkatkan tahap keselamatan negara susulan serangan yang berlaku di Paris dan Australia.Kejutan Dari Bukit Aman.

Katanya, biarpun setakat ini tiada sebarang ancaman yang diterima, namun PDRM tetap mengambil langkah memantau aktiviti kumpulan dan individu tertentu di negara ini.

Di Sydney, pada 15 Disember lalu, dua tebusan dan seorang lelaki bersenjata kelahiran Iran terbunuh setelah polis Australia bertindak menyerbu sebuah kafe bagi menamatkan pengepungan lebih 16 jam oleh suspek yang menawan 17 orang sebagai tebusan.

Khalid menerusi akaun Twitternya juga menambah, undang-undang seperti Akta Hasutan berupaya membantu polis membanteras masalah pelampau dari awal.

"Paris attack – Laws like the Sedition Act will surely help @PDRMsia nip the problem in the bud before it escalates. Think bef saying..., (Serangan Paris – Undang-undang seperti Akta Hasutan pasti akan membantu PDRM mengekang masalah ini daripada awal sebelum jadi lebih teruk. Fikir sebelum berkata-kata)," katanya.

Khalid juga mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak membuat kenyataan berunsur fitnah dan menghasut yang akan hanya menyebabkan tindakan boleh diambil terhadap mereka.

"Hati2 lah dalam memperkata kan sesuatu. Jgn 'berkata kata' yg akan mengundang @PDRMsia mengambil tindakan. Berani cakap berani lah tanggung."

Pada November, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga presiden Umno, mengumumkan ketika persidangan agung tahunan parti itu yang undang-undang zaman penjajah itu akan dikekalkan setelah meneliti maklumbalas dari berbagai pihak.

Beliau bagaimanapun memberi jaminan yang perubahan akan dibuat terhadap beberapa peruntukan di bawah akta itu.

Najib mengumumkan rancangan memansuhkan akta itu pada bulan Jun 2012, untuk digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional. Akta Hasutan 1948 setakat ini dipinda lima kali dengan yang terakhir pada tahun 1975.

Kebelakangan ini, terdapat ramai di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat, aktivis sosial dan badan bukan kerajaan menyeru akta itu dimansuhkan memandangkan ramai yang dikenakan undang-undang itu termasuk ahli politik.

Bagaimanapun, rancangan Najib memansuhkan akta itu menerima bantahan pemimpin Umno dan kumpulan sayap kanan Melayu. Kejutan Dari Bukit Aman. ~malaysian insider
 
Mahkamah Persekutuan akan keluar notis keputusan rayuan kes liwat Anwar

Notis keputusan rayuan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dikeluarkan dua minggu sebelum tarikh penghakiman. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Januari, 2015.Notis keputusan rayuan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dikeluarkan dua minggu sebelum tarikh penghakiman. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Januari, 2015.Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan notis kepada pihak pendakwaan dan pembelaan tidak lama lagi berhubung tarikh keputusan mahkamah tertinggi itu berhubung rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.
Katanya, beliau tidak dapat menyatakan bila notis itu akan dikeluarkan tetapi menyatakan ia (notis) akan dikeluarkan dua minggu sebelum tarikh penghakiman.
"Kami akan mengeluarkan notis dua minggu sebelumnya dan bukannya dua minggu dari hari ini. Inilah sahaja yang dapat saya beritahu anda," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Tahun Undang-Undang 2015 di Putrajaya, hari ini.

Ditanya sama ada notis itu akan dikeluarkan sebelum Tahun Baharu Cina, beliau enggan mengulas dan hanya berkata mahkamah masih berada dalam tempoh tiga bulan iaitu amalan standard yang ditetapkan untuk menyiapkan penghakiman itu. Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusannya berhubung rayuan Penasihat PKR itu selepas mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan yang berlangsung selama seminggu pada November tahun lepas.
Arifin mempengerusikan panel lima hakim bersama-sama Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan tiga Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdul Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali mendengar rayuan itu.
Pihak pendakwaan turut mengemukakan rayuan balas untuk menambah tempoh hukuman penjara Anwar. Bagaimanapun perkara itu hanya akan didengar sekiranya Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan.
Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Pada 9 Januari, 2012, Mahkamah Tinggi membebaskan dan melepaskan Anwar daripada pertuduhan itu atas alasan mahkamah tidak mempunyai keyakinan 100% terhadap integriti sampel yang diambil daripada mangsa untuk ujian DNA.
Mahkamah memutuskan sampel itu mungkin diusik sebelum sampai ke Jabatan Kimia untuk analisis.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan dalam mensabitkan Anwar terhadap pertuduhan liwat itu, memutuskan hakim terkhilaf dalam dapatannya berhubung sampel itu yang dibuat berdasarkan keterangan dua pakar yang merupakan saksi pihak pembelaan. – Bernama, 10 Januari, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mahkamah-persekutuan-akan-keluar-notis-keputusan-rayuan-kes-liwat-anwar#sthash.MhBnqhWI.dpuf

No comments:

Post a Comment