DENGAN keadaan yang amat gawat akibat rempuhan
banjir besar, ribuan rumah musnah, terutama di Pantai Timur, ada yang
terperangkap, terkorban dan kelaparan, nyatalah malapetaka itu
menimpakan kerosakan yang sangat besar.
Rakyatlah yang sangat menderita di mana ia akan berterusan memakan masa yang lama, kerana bukan mudah untuk meneruskan kembali kehidupan.
Bagi rakyat yang ditimpa malapetaka banjir itu, hanya cucuran air mata ketika melihat rumah dan harta benda mereka yang musnah, terutama di Gua Musang, Kuala Krai, Manik Urai dan kawasan lain yang musnah.
Ratusan ribu orang yang terperangkap, lapar dan dahaga tidak terkirakan lagi, hospital bergelap, tiada bekalan elektrik dan bayangkan bagaimana hendak merawat pesakit di dalam gelap, atau hanya lampu kecil di tangan. Namun dengan gigih kakitangan hospital bertungkus lumus juga untuk merawat pesakit.
Di samping itu, ternyata pelbagai golongan rakyat Malaysia umumnya telah menunjukkan simpati yang amat sangat kepada mangsa banjir itu, di mana pelbagai bantuan dari seluruh negara telah dihantar untuk menolong mangsa. Ini adalah manifestasi kemanusiaan yang sangat tinggi.
Selangor, negeri kaya yang diperintah oleh Pakatan Rakyat berjanji akan menyalurkan bantuan kewangan tambahan sehingga RM5 juta lagi bagi membina semula rumah baru untuk keluarga miskin di negeri yang terjejas teruk akibat bencana tersebut. Ini dinyatakan oleh Menteri Besarnya Mohamed Azmin Ali.
Katanya, pihaknya akan menerima sumbangan sebanyak RM5 juta daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sektor swasta dan perniagaan pada Jumaat ini dan beliau menjangkakan jumlah itu akan meningkat lebih banyak dalam tempoh seminggu akan datang untuk diberikan kepada mangsa banjir.
Katanya, setakat ini Selangor sudah menyumbangkan sebanyak RM1.5 juta kepada mangsa banjir - RM1 juta untuk Kelantan, RM100,000 masing-masing kepada Terengganu, Pahang dan Perak serta RM200,000 kepada Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor (Pantas) yang turun padang membantu mangsa banjir.
Adapun banjir besar yang melanda ini sewajarnya menjadi renungan dan muhasabah semua pihak, bagaimana ia terjadi, sebab musababnya, bagaimana keadaan apabila rakyat biasa ditimpa malapetaka seperti ini.
Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob menangkis kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengaitkan bencana banjir buruk dengan kegiatan pembalakan tidak terkawal di Kelantan.
Jika dakwaan itu benar sekalipun, katanya, ia mungkin berpunca daripada kegiatan penerokaan (pembalakan) haram.
“Kejadian pembalakan yang tidak terkawal jika berlaku mungkin disebabkan penerokaan haram yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerajaan akan melaksanakan penguatkuasaan yang lebih tegas dan efektif dalam hal ini,” kata Menteri Besar itu.
Ustaz Datuk Ahmad Yakob membangkitkan beberapa piawai dan syarat pembalakan yang menurutnya sudah dipenuhi oleh kerajaan negeri Kelantan.
Menurut beliau, faktor lain termasuk fenomena limpahan air hujan yang berlebihan juga menyumbang kepada bencana tersebut, yang menyebabkan sehingga 275,000 hilang tempat tinggal.
Ketika sibuk-sibuk menghadapi banjir besar ini timbul cadangan supaya kepimpinan PAS dan Umno di negeri itu mengenepikan fahaman politik mereka dan membentuk kerajaan campuran demi memastikan rakyat Kelantan mampu bangkit menghadapi situasi yang teruk selepas banjir.
Cadangan ini – datng dari tokoh anak Melayu Kelantan, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub - saya kira adalah ikhlas.
Tetapi ada jawaan dari Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang berkata, Kerajaan Persekutuan sepatutnya membayar royalti minyak yang ia berhutang dengan Kelantan supaya kerajaan PAS boleh membina semula negeri itu.
"Apa kata Petronas yang mengaut kekayaan dari laut Kelantan tanpa apa-apa sumbangan selama ini menunjukkan jiwa kemanusiaannya dengan memberikan RM3 billion bagi tujuan itu?" kata Husam dalam satu kenyataannya.
Husam pernah mengetuai kempen menuntut Putrajaya membayar wang royalti kepada Kelantan bagi petroleum yang digali dari perairan negeri itu sama seperti bayaran yang diberi kepada Terengganu.
PAS Kelantan berulang kali mendakwa Putrajaya sengaja menangguhkan pembayaran royalti itu kerana kerajaan negerinya tidak ditadbir oleh Barisan Nasional (BN).
Saya kira, walau apapun keadaan, perpaduan antara Umno dan PAS tidak mungkin akan berlaku dan ia hanya ‘mimpi ngeri’. Saya yakin, pendukung PAS semua peringkat tidak terlintaspun untuk bergabung. PAS telah serasi dengan Pakatan Rakyat. Saya kira, selepas banjir inipun, isu gabungan ini tidak akan berbangkit.
Kini banjir sudah beransur surut, tetapi ribuan mangsa yang berlindung di pelbagai pusat penempatan menghadapi dilema yang sangat berat. Mereka mahu pulang ke rumah masing-masing, tetapi bagaimana keadaan rumah mereka? Ada yang musnah sama sekali dihanyut banjir, ada yang rosak teruk, barang-barang bersalut lumpur, sementara barang elektrik sudah tidak boleh diguna lagi.
Kini pelbagai golongan rakyat, khususnya petugas PAS seluruh negara, datang lagi untuk membantu membersihkan rumah mangsa banjir ini dengan membawa segala peralatan.
Inilah cerminan solidariti dan kemanusiaan dari mereka, lebih-lebih lagi dari Unit Amal, yang sejak awal banjir telah datang bertungkus lunus membantu walaupun menghadapi pelbagai kesukaran.
Yang penting di sini, ialah pihak kerajaan negeri dan Putrajaya sama-sama berfikir dan berusaha (bukan bergabung) untuk membuat persiapan secukupnya cara bagaimana untuk menghadapi banjir di masa akan datang, yang biasanya, tiba setiap tahun.
Segala pemikiran dan idea dengan segala teknologi tinggi, kesungguhan dan segalanya, saya kira, masalah banjir ini boleh ditangani dengan berkesan di masa depan.
Allah s.w.t. membekalkan manusia dengan akal yang mendorong usaha untuk menghadapi segala ujian seperti ini.
- HARAKAHDAILY 1/1/2015

No comments:
Post a Comment