Pada 25 Oktober 2013, Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak telah mengumumkan subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa 26 Oktober.
Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat berkata langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.
"Berdasarkan statistik, terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes," katanya.
Beliau berkata keadaan itu jika tidak dikawal akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, mata buta dan kaki terpaksa dipotong lapor Lidah Rasmi UMNO.
Itu alasan untuk memperbodohkan sambil menakut-nakutkan rakyat saja tu.. macai percayalah..
Antara kebaikkan pemansuhan tersebut ialah ianya dapat mengelakkan kegiatan penyeludupan gula dari negara kita ke negara jiran..
Secara teorinya pemansuhan subsidi gula itu menjadikan harga gula yang dipasarkan di Malaysia dan di lain-lain negara tidak jauh bezanya.
Pemansuhan subsidi juga sepatutnya menjadikan harga gula di pasaran ada kalanya turun dan ada kalanya naik..
Malangnya di negara kita ni.. naik saja tak turun-turun.. biarpun harga gula dunia pada hari ini sekitar 15 cents (US) untuk setiap pound atau 33 cents (US) untuk setiap kilo ataupun Rm1.18 untuk setiap kilo..
Atau sengaja dibuat tak tahu supaya kroni boleh mengaut untung lebih banyak??
Baca ni...
..... Sunyi sepi berita harga gula di Malaysia pada ketika ini. Lebih kuat bunyinya guruh dan titisan hujan di Borneo sekarang ini. Sehingga membuatkan kami tertanya-tanya mengapa dan kenapa sehingga ke hari ini rakyat Malaysia, tidak mendapat tempias disebalik harga gula dunia turun?
Berdasarkan semakan, menunjukkan harga gula dunia dan pasaran antarabangsa telah turun sejumlah 20% sejak Julai 2014 lagi.
- Adakah kalangan yang menjaga paras harga gula di Malaysia hanya pandai bermain dengan kalkulator ketika harga gula dunia naik sahajakah?
- Dan menjadi kaku seribu bahasa tatkala harga gula dunia turun?
Hebat…formula ini. Sepatutnya rakyat Malaysia mendapat manfaat harga gula yang lebih murah sebaliknya Kartel syarikat gula yang terus memonopoli industri gula di Malaysia terus “diam membisu” sambil tersenyum lega harga gula masih kekal utuh sehingga ke hari ini disebalik harga gula dunia turun.
Jikalau anda semak pada carta yang dikongsikan di bawah ini, harga gula dunia mula menunjukkan trend menurun sejak daripada tahun 2011 lagi. Anda perhatikan sesuatu yang pelik telah berlaku di sini..
Harga gula dunia pada hari ini sekitar 15 cents (US) untuk setiap pound atau 33 cents (US) untuk setiap kilo ataupun Rm1.18 untuk setiap kilo.
Tetapi harga gula yang dijual kepada rakyat Malaysia RM2.84 untuk setiap kilo (harga gula di Malaysia yang terkini)
Ini bermakna rakyat Malaysia telah membayar 2 kali ganda kepada kartel syarikat gula di Malaysia bagi “merasa sedikit kemanisan disebalik kepahitan yang dialami mereka” bagi produk yang dikenali sebagai gula yang dijual di Malaysia.
Subsidi gula sudah dihapus pun masih lagi, tidak berubah harga gula di Malaysia?
Sumber dari SINI
No comments:
Post a Comment