Harga kereta akan naik enam bulan daripada sekarang jika trend ekonomi global terus menyaksikan harga minyak mentah lebih rendah dan peningkatan nilai dolar, kata Institut Automotif Malaysia.
“Di pertengahan tahun, jika harga minyak mentah terus menurun dan dolar terus meningkat, dan kita tidak lakukan apa-apa, harga (kereta) akan naik,” kata ketua pegawai eksekutif institut itu M Madani Sahari.
Beliau berkata demikian dalam sesi taklimat media Malaysia Automotive Institute Review and Insight 2014/2015 di Cyberjaya hari ini.
Beliau juga berkata cabaran ekonomi juga memberi kesan terhadap pengilang peralatan asli.
No comments:
Post a Comment