اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Thursday, January 15, 2015

Kerajaan tak serius, KEADILAN kempen turun harga barang

Azuan Ab Rahman


KUALA LUMPUR- KEADILAN kini beralih tumpuan dalam usaha menurunkan tekanan kos hidup rakyat, berikutan tindakan kerajaan mengambil sikap lepas tangan dan tidak serius menurunkan harga barangan.

Naib Presidennya, Rafizi Ramli berkata, walaupun harga petrol dan diesel jatuh namun rakyat masih lagi menunggu perkara sama berlaku terhadap harga barangan dan perkhidmatan.

Turun harga Barang PC

Jesteru beliau bersama beberapa Ahli Parlimen KEADILAN akan menjalankan kempen bersepadu bagi tujuan tersebut.

“Jika kita mahu turunkan harga, kita perlu fokus kepada pelbagai perjanjian dan struktur kos yang menyebabkan kenaikkan harga,” ujarnya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Menurut Rafizi, tindakan kerajaan tidak memadai dan melepaskan tanggungjawab dengan menyalahkan peniaga yang kononnya tidak mahu menurunkan harga.

“Lebih teruk lagi menteri-menteri terbabit membiarkan sahaja aktivis Umno menyebarkan dakyah kononnya harga barangan tidak diturunkan kerana ketamakkan golongan terutama peniaga Cina,” tegasnya menyelar usaha pihak tertentu menyalakan kebencian kaum.

Ahli Parlimen Kapar G. Manivanan dan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen yang hadir sidang media itu berkata, mereka akan turut menyertai kempen tersebut.

“Ini kerja kerajaan, bukan kerja kami, tetapi kita tidak dengar menteri atau kerajaan mahu melakukan itu, jadi kita ambil langkah proaktif untuk tujuan itu.

“KEADILAN menentang sikap perkauman dan tidak bertanggungjawab Umno dan menteri-menteri dalam isu harga barang ini, sedangkan kuasa dan cengkaman UmnoBN dalam kerajaan dan perniagaan sebenarnya boleh digunakan untuk menurunkan harga barang,” kata mereka.

Manivanan, Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN akan mengetuai kempen bagi melakukan semakan harga  dalam sektor runcit seperti makanan, restoran dan lain-lain lagi.

Sementara, Wong Chen yang merupakan Pengerusi Biro Perdagangan dan Industri akan menyasarkan kempen menyemak tarif telekomunikasi, astro dan tarif langganan perkhidmatan internet agar berpatutan dengan mutu perkhidmatan yang diberikan.

Kempen tersebut bakal dilaksanakan dalam masa terdekat, antara yang dirancang adalah mendedahkan pelbagai perjanjian dan struktur kos yang menyebabkan kenaikan harga, tekanan kepada monopoli perniagaan selain mendesak kerajaan menggunakan kuasa untuk menurunkan harga barang. 
 

No comments:

Post a Comment