اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, January 27, 2015

Kini rakyat susah



PendapatOleh SELENA TAY JIRAN penulis yang berasal dari Sarawak telah merungut mengenai harga makanan di restoran di Kuala Lumpur yang semuanya telah mengalami kenaikan harga sejak 1 Januari lalu.
Beliau dan rakan setugas beliau di pejabat berpendapat bahawa kenaikan harga adalah disebabkan oleh ekonomi negara yang sedang berada dalam keadaan yang agak parah kerana penurunan nilai mata wang ringgit.








“Kerajaan terlalu boros, sepatutnya mereka berjimat masa dulu ketika ekonomi negara kita kuat dan kukuh,” ujar beliau.
Beliau berkata kini rakyat yang berpendapatan rendah merasa amat terhimpit sebab susah untuk menjimatkan wang disebabkan oleh kos sara hidup yang semakin meningkat.
Seorang suri rumahtangga yang juga jiran penulis bersetuju bahawa kerajaan yang boros telah membebankan rakyat.
“Kerajaan boros, kita pula yang kena berjimat dan lebih teruk lagi, mereka nak ambil duit kita melalui GST (cukai barangan dan perkhidmatan), langkah yang langsung tidak berprihatin,” kata suri rumah tangga ini yang mempunyai tiga orang anak yang sedang bersekolah dan suaminya seorang kontraktor bebas.
Adakah perdana menteri kita tahu bahawa makin lama makin ramai orang yang sedang merungut menentang perlaksanaan GST?-DD

No comments:

Post a Comment