اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, January 27, 2015

Rosmah, kedi dan Obama



Penulis TamuOleh Hishamuddin Rais

Pada 12 Januari yang lalu agensi berita Bernama melaporkan nasihat daripada Rosmah M
ansor. Nasihat ini muncul dalam program Permata. Nasihat ini diberi kepada anak-anak dan ibu bapa agar menabung dan menyimpan duit dari zaman kanak-kanak. Bila saya terbaca berita saya tidak tahu sama ada saya perlu ketawa atau perlu terberak.

Akhirnya untuk berlaku adil, saya terberak sambil ketawa. Saya lakukan kerana Rosmah baru saja selesai dispekulasikan menggunakan pesawat rasmi kerajaan merayau dan bercanda-canda keseorangan tanpa Najib.


Media baru, Facebook dan Twitter heboh sakan tentang penggunaan jet kerajaan. Malah secara rambang Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Cheng Chung  mengira kos mengelilingi dunia pesawat itu. Dari Hawai ke Indianapolis ke Los Angeles, ke London, ke Dubai ke Bangkok sebelum pulang ke Rembau.

Dikatakan hampir RM500,000 digunakan hanya untuk duit minyak. Ini belum dikira tenaga kerja, sewa tempat parkir dan, dan, dan. Bayangkan berapa ratus ribu butir telur boleh dibeli untuk mangsa banjir?

Apabila Rosmah memberi nasihat tentang jimat cermat ini samalah seperti Raja Bersiong memberi nasihat kepada orang Kedah agar jangan makan banyak hati dan limpa untuk menjaga berat badan.

Walau apa pun, untuk sementara waktu, mari kita lupakan dulu kesah ini. Mari kita selidik dan fahami apakah makna Najib berada dalam padang golf bersama presiden Obama.

Datuk Teng bekas speaker Dewan Undangan Selangor pernah berkata bahawa Najib 'suwey'. Semua yang dilakukan oleh Najib semua akan berakhir dengan malapetaka. Betul ke apa yang dikatakan oleh Teng ini?

Bayangkan betapa gahnya Najib menjadi kedi kepada Obama. Bukan semua perdana menteri dalam dunia ini berpeluang menjadi kedi Obama. Mustahil Ibrahim Ali yang BI-nya kurang 'Anglo' akan dapat menjadi kedi Obama walaupun Ibrahim melaung, menangis dan meronta-ronta. Jelas tugas caddy ini dipilih oleh Obama untuk Najib. Tetapi suwey yang datang. Ketika Najib 'berkedi-kedi', banjir melanggar Kelantan, Pahang dan Terengganu.

Sebaik sahaja gambar Najib berbaju merah jambu sedang memungut bola golf tersebar, Facebook, Twitter dan blog tak senang diam. Heboh, heboh dan heboh. Bukan heboh tentang bola golf tetapi heboh mengutuk dan menganjing Najib. Hashtag #najibsuwey menjadi trend.

Akhbar tersohor Amerika Washington Post yang membocorkan berita Najib menjadi kedi ini pun turut sama bertanya: apakah ini contoh seorang pemimpin Dunia Ketiga. Negara sedang banjir tapi masih sanggup menjadi kedi kepada Obama.

Dengan tak semena-mena tanpa Pakatan Rakyat merancang atau mengupah media antarabangsa seirama serentak mengkritik perangai Najib yang dilihat tidak bertanggungjawab membiarkan rakyat tenggelam dalam banjir.

Sebenarnya menjadi kedi pada Obama atau pun bermain golf dengan sesiapa sahaja bukan satu jenayah. Main golf bukan sama dengan letupan C4. Kayu golf bukan pedang. Najib dikritik dan ditibai tanpa henti kerana dia bercanda-canda ketika banjir sedang melanda. Najib dilihat 'vulgar' dan tidak bertanggungjawab.

Sebenarnya apa tujuan Obama menjemput Najib? Ramai yang meramalkan bahawa Najib ' disogok' dengan bola golf agar bersedia menandatangani perjanjian Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA).

Perjanjian TPPA ini ditentang oleh rakyat Malaysia. Malah ada bahagian-bahagian perjanjian ini tidak diketahui rakyat. Semua dirahsiakan daripada pengetahuan umum. Fasal-fasal rahsia ini satu pekara yang hangat dibincangkan.

Bukan ini sahaja, jika Najib menandatangani TPPA maka dengan serta-merta fasal hak keistemawaan Melayu, hak biasiswa bumiputera, kontrak 'direct nego', budaya kontraktor bumiputerta Melayu-Islam akan tamat. Ini hanyalah beberapa contoh yang akan lupus.

Sebenarnya TPPA ini adalah penjajahan kuasa imperialis kali kedua. Penjajahan datang dengan bentuk perjanjian. Apakah kita lupa Perjanjian Pangkor 1874? Apakah kita lupa Perjanjian Anglo-Dutch Treaty 1824 yang memisahkan bumi Melayu. Apakah kita lupa Perjanjian Anglo-Thai 1909 yang mengagihkan empat wilayah Melayu kepada Siam.

Hakikatnya Malaysia akan hilang kedaulatan. Hukum dan undang-undang Malaysia akan diketepikan dalam pejanjian TPPA.

Biar saya berikan satu contoh yang jelas. Pada ketika ini Sabah dan Sarawak tidak membenarkan peguam Semenanjung beroperasi di Sabah atau Sarawak. Ini untuk menjaga kepentingan bumiputera Sabah dan Sarawak. Dengan TPPA semua peraturan ini akan dilupus. Doktor, peguam dan apa sahaja bentuk pekerjaan wajib dibuka untuk semua warga Pasifik.

Hakikatnya Starbuck boleh membuka kafe di Kuala Klawang, Jelebu. Maka Kak Kiah Itik Salai di Senaling juga boleh buka warung bawah pokok di San Francisco. Perjanjian ini dilihat sama tapi hakikatnya berat sebelah. Pekara inilah yang tidak diterangkan oleh Najib Razak secara tuntas.

Najib Razak sebagai presiden United Malays National Organisation telah tidak berlaku jujur kepada ahli partinya. Jika ahli parti ketuanan Melayu ini tahu dan sedar akan implikasi TPPA maka saya yakin Najib akan disingkirkan. Kerana dengan menandatangani TPPA bermakna Najib mengantung mati falsafah Ketuanan Melayu.

Dalam hal TPPA ini, kepada rakyat Malaysia Najib Razak boleh berbohong. Ia seperti Najib berbohong untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948.

Sebelum saya teruskan, sila renung sejenak: Pada hemat saya Najib dijemput menjadi kedi bukan hanya untuk TPPA. Mustahil sang kedi datang begitu jauh sekali menyeberang lautan. Mustahil yang dipinta oleh Obama hanya TPPA?

Justeru, saya terus membaca dan menyelidiki apa sebenarnya yang diidam-idamkan oleh kuasa imperial Amerika. Pasti satu yang penting jika tidak mustahil Najib diajak menjadi kedi. Justeru untuk memahami ini kita wajib keluar daripada kisah Rosmah membeli belah atau kisah Najib diserang E coli.

Selain TPPA ini ada satu lagi yang maha penting dalam strategi Amerika untuk terus menguasai dunia ini. Umum mengetahui bahawa Amerika mengubah dasar pertahanan. Kini dasar pertahanan Amerika dipanggil Pivot Asia atau Mempasak Asia. Amerika dari tahun lalu telah mula memindahkan bala tenteranya ke Asia. Lebih tepat lagi ke Asia Pasifik dan Asia Tenggara.

Mempasak Asia ini bermakna membuka kembali pangkalan tentera lama seperti di Telok Subic Filipina. Membuka kembali pangkalan tentera di Siam. Memperbesarkan lagi loji, gudang dan gedung membaiki kapal dan peralatan tentera di Singapura. Lapangan terbang Pulau Guam dan Okinawa Jepun menjadi penting. Taiwan menjadi strategik kembali. Jepun yang tertakluk bawah perjanjian pertahanan dengan Amerika wajib dipersenjatai kembali. Pine Gap sarang risikan di tengah-tengah padang pasir Australia akan menjadi pusat terpenting.

Bagaimana dengan sang kedi?

Setelah melihat semua perkembangan ini saya amat yakin Obama dan CIA sedang merancang untuk membuka pangkalan tentera di Malaysia. Pasti sang kedi telah ditanya hal ini.

Pada 16 September tahun lalu, dengan lucah soldadu Amerika mendarat di Kelantan dan Terengganu. Ini hanya permulaan kerana dalam strategi mempasak Asia, Malaysia menjadi penting kerana kedudukan yang betul-betul di selatan China.

Jangan lupa musuh utama, musuh yang dirancang oleh Amerika pada ketika ini ialah China. Ini bukan kerana China membawa ideologi sosialis atau Marxis. China kini ditakrif sebagai musuh Amerika kerana China telah menjadi kuasa ekonomi dunia. Amerika telah jatuh ke tangga kedua.

Seperti yang sering saya terangkan, politik ialah perebutan kuasa. Perebutan kuasa ialah perebutan punca-punca ekonomi. China sedang menandingi keupayaan Amerika dalam bersaing untuk mengepung dan memukal bahan-bahan mentah dari serata pelosok dunia.

Pada hemat saya wilayah yang diidamkan oleh Amerika ialah Pengerang. Inilah wilayah strategik dalam perancangan mempasak Asia. Kenapa saya meramalkan Pengerang sebagai pangkalan bala tentera Amerika?

Kita tidak perlu belajar di Havard atau Westminster untuk memahami kenapa Pengerang dipilih. Wilayah seluas 22,000 ekar ini dikatakan untuk loji pembersihan dan penapisan minyak mentah. Berbelas-belas kampung dan bandar telah dipaksa pindah. Kenapa ini dilakukan? Masuk akal keluasan 22,000 ekar ini hanya untuk syarikat minyak?

Justeru kisah Rosmah bercanda dan membeli belah ini hanya 'diversion' untuk kita sama-sama senyum kambing. Jangan kita terlalai. Rosmah Mansor bukan ajenda Pivot Asia.

Kita jangan terperangkap apabila melihat bola golf. Yakinlah ketika Najib menjadi kedi di Hawaii badan perisik Amerika sedang memerhatikan sama ada Najib ini akan selamat atau tidak. Mereka sedang merisik sama ada perlu disedia seekor lagi kedi baru untuk memastikan pangkalan tentera dapat didirikan di Tanah Melayu.
 
http://www.malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment