اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, March 17, 2015

Kenapa tidak mengaku pernah minta tanah Selangor, soal Azmin pada Putrajaya

  OLEH JAMILAH KAMARUDIN



Selangor sedia pertimbang tawaran Putrajaya jadikan tanah sebagai pajakan, tetapi bukan pemilikan, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Selangor sedia pertimbang tawaran Putrajaya jadikan tanah sebagai pajakan, tetapi bukan pemilikan, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Kerajaan Negeri Selangor sedia mempertimbangkan tawaran Putrajaya untuk menjadikan tanah jajaran sepanjang 26,000km sebagai pajakan tetapi menegaskan sama sekali tidak akan bersetuju dengan syarat baru hak pemilikan tanah, kata Mohamed Azmin Ali.

Menteri besar Selangor itu berkata, masalah yang dihadapi adalah Putrajaya datang dengan cadangan baru, iaitu mahu aset negeri yang terlibat dalam projek perindustrian air.

"Pajakan kita boleh bincang, tetapi jangan letak syarat baru mahu hak milik tanah, itu kita tidak benarkan,"katanya kepada pemberita di Shah Alam, hari ini.

Azmin berkata, pihaknya mempunyai bukti surat daripada Putrajaya dan mempersoalkan motif mereka berubah selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lalu.

"Sekarang dia tidak mengaku pernah minta tanah. Kalau benar dia kata tak minta kenapa dalam surat terbaru dia sebut secara jelas 'kerajaan persekutuan sedia untuk kembali kepada terma asal perjanjian pertama'," katanya.

Azmin minggu lalu mengumumkan pembatalan perjanjian penstrukturan air atas alasan Putrajaya melanggar terma Perjanjian Utama (MoA) yang ditandatangani pada 12 September tahun lepas dan bimbang kedaulatan negeri terjejas.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Seri Maximus Ongkili dalam responsnya di Dewan Rakyat berkata, Selangor enggan menyelesaikan tiga daripada lapan syarat MoA dengan kerajaan pusat termasuk isu tanah.

Azmin berkata, pertemuan dengan Maximus akan diadakan dalam pada masa terdekat bagi membincangkan isu itu selepas berjumpa dengan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof pada Khamis ini. – 17 Mac, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/.



Zack Ahmad Syukur lah MB Selangor tegas dan tidak akan bertolak ansur dengan kehendak Putrajaya. Alhamdulillah.... Semuga Allah SWT memberkati dan merahmati beliau dalam memperjuangkan hak rakyat Selangor. Amin Ya Rabbal Alamin.
 

1 comment:

  1. Alhamdulillah dan syabas kepada MB Azmin kerana pandai mengajar sipenipu dan siperompak yg telah lama bermaharajalela memutar belit dan melunggah wang rakyat.. baru kena buku dgn ruas... baru makhluk2 ini tau langit tingi atau rendah... Syabas MB

    ReplyDelete