اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saturday, March 14, 2015

Muhyiddin Yassin Terkejut Ranking Pendidikan Malaysia Jatuh, Corot Di Peringkat Antarabangsa.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengatakan terkejut apabila mengetahui Malaysia berada di kedudukan corot dalam ujian piawaian antarabangsa meskipun Putrajaya memperuntukkan dana besar dalam sistem pendidikan negara.

Beliau berkata, laporan ujian di peringkat  antarabangsa seperti Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (Pisa) dan Pengajian Antarabangsa Matematik dan Sains (TIMSS) membuktikan prestasi  pelajar Malaysia masih belum cukup cemerlang.

"Isu yang kita hadapi bukan sahaja kementerian namun sebagai menteri pendidikan kenapa dengan sumbangan besar kerajaan dalam bidang pendidikan pencapaian anak kita tidak setinggi berbanding negara maju?

"Pandai, namun diletakkan dalam ujian antarabangsa seperti TIMSS dan Pisa, ia bukan satu rahsia dan kedudukan kita dikatakan satu pertiga di bawah dan bukan di atas.
"Saya selaku menteri pendidikan terperanjat dilapor begitu, namun saya perlu terima walaupun sudah dikatakan baik namun belum cukup baik," katanya ketika berucap melancarkan Majlis Perasmian Karnival Warna Warni di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam hari ini.

Ini merupakan kali pertama timbalan perdana menteri itu memberikan reaksinya mengenai prestasi pendidikan Malaysia dalam ranking piawaian antarabangsa.

Sebelum ini, laporan pendidikan seperti Pisa dan TIMSS mendedahkan rangking Malaysia pada tahap tercorot dan berada di belakang ‎Vietnam.

Dalam ujian Pisa yang dikeluarkan pada Disember lalu, Malaysia menduduki tangga kedua tercorot di Asia Tenggara.

Ini menyebabkan Putrajaya termasuk Muhyiddin dikecam hebat oleh pemimpin Pakatan yang menyifatkan kejatuhan prestasi  sebagai krisis pendidikan negara.

Ketika Bajet 2015, Putrajaya memperuntukkan RM56 bilion kepada kementerian pendidikan, jumlah yang tertinggi berbanding kementerian lain.

‎Muhyiddin dalam ucapannya sebentar tadi berkata, ‎Malaysia antara negara yang melaburkan sejumlah besar dalam sistem pendidikan dan ia turut disahkan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

"Kita dapati Malaysia melabur sejumlah besar dalam pendidikan seperti 21% daripada belanjawan negara untuk bidang pendidikan sama ada pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah hatta di universiti.

"Ini jika hendak dibandingkan negara maju ia setanding atau lebih tinggi daripada itu dari segi perbelanjaan sistem pendidikan.

"Bukan kata tak bernilai ia lebih besar daripada negara maju, lebih besar daripada Amerika Syarikat, ini bukti jelas, kalau ada pihak tuduh kata kerajaan Barisan Nasional tak beri tumpuan kepada pendidikan ini bohong," katanya.

Beliau berkata, disebabkan itu kementerian pendidikan melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan ibu bapa serta pihak guru perlu memahami perubahan untuk sistem pendidikan lebih baik memerlukan masa.

"Siapa boleh tunggu sampai 12 tahun, memang itu lama namun ia hakikat kerana kita tak boleh buat perubahan mendadak ada sesetengah persoal kenapa menteri baru nak ubah semua, mahu itu mahu ini?

"Namun kenyataan kalau nak guna sistem lama maka hasilnya hanya begitu, tapi kalau kita nak buat perubahan kita kena  lakukan sekiranya tidak pelajar akan jadi mangsa sistem pendidikan tidak baik," katanya.

Timbalan presiden Umno itu berkata proses perubahan pendidikan ke arah lebih baik termasuk pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi menggantikan Peperiksaan Menen‎gah Rendah (PMR).

Muhyiddin berkata, ibu bapa tidak perlu risau sekiranya keputusan anak tidak cemerlang dalam ujian itu kerana ia dilihat sebagai penanda aras bagi kerajaan menentukan apakah kelemahan pelajar yang boleh diatasi sebelum menghadapi Sijil Peperiksaan Malaysia.

"Proses perubahan sudah mula berlaku, tapi ada ibu bapa tidak berapa jelas dan kita anjur seminar untuk beri kefahaman kepada mereka.

"Ada persoalan berbangkit  apabila PT3 dilaksana‎kan, mereka menyatakan keputusan anak mereka tidak cemerlang hanya beberapa A saja, namun itu hakikat nampak saja baik, namun realitinya tidak.

"Saya minta ibu bapa sabarlah sedikit, faham apa insiatif kita buat supaya dengan cara begitu, dari 2 tahun lagi kita boleh tentukan apa kelemahan ‎pelajar dan kita perbaiki, ini adalah untuk kebaikan sistem pendidikan negara," katanya. – TMI.
Bossman Najib dan Husni meludahi kabinet 1Malaysia... Rakyat kena tahu duplicity atau klentongan pemimpin2 kerajaan BN. Mereka akan melakukan yang terbaik untuk menegak benang basah dan menipu rakyat. Beberapa hari yang lalu, Husni Hanadzliah , menteri kewangan 2 menyatakan bahawa wang RM950 juta yang diketepikan untuk 1MDB adalah standby credit bukan pinjaman atau bailout. Silalah nyatakan apa bezanya- bila RM950 juta benar2 digunakan oleh 1MDB? Bila ia digunakan bagaimana? Ia akan jadi hutang. Dan hutang lah yang diakui oleh CEO 1MDB Arul Kanda yang mengesahkannya. Ia nya pinjaman dengan terma dan syarat pinjaman komersial. Siapa yang cakap benar dan siapa yang tipu? Dan saya mahu semua pembaca tahu bahawa Husni ini lagi seorang pemimpin umno yang tidak bertulang belakang- The Oracle of Syed Putera pernah beritahu saya, bahawa Husni tidak akan berani buat keputusan apa2 kecuali mendapat clearance dari boss. He’s a weak fellow. Dan jika Husni buat kenyataan bahawa RM950 juta adalah standby credit- mestilah istilah itu dipersetujui oleh Bossman Najib. Dan Bossman Najib, satu Malaysia dah tahu- orang nya blur. Bahkan, sebelum itu apabila ahli parlimen Pakatan Rakyat seperti Rafizi Ramli mendedahkan bahawa perbendaharaan telah menyuntik RM950 juta kepada 1MDB- yang sudah membebankan negara dengan potential bailout berbilion Ringgit, orang tidak percaya dan menuduh Rafizi membuat fitnah dan pembohongan. Yang paling vocal dan keras mengutuk pendedahan Rafizi Ramli itu ialah Syed Ali Al-Habshee yang sememangnya berkerja dan beroperasi sebagai pengampu Najib dan Rosmah. Itulah kerja nya sebagai sumbangan untuk dapat bisnes dan kontrak dari kerajaan BN. Malah dia adalah seorang dari dua yang menggerak dan menganjurkan himpunan ikrar taat setia dan sokongan kepada Najib tempoh hari . ya- itulah maksud himpunan solidarity bersama Najib. Ianya himpunan menjeritkan sokongan dan ikrar taat setia tenggelam atau berenang bersama Najib. Kepada saya, tenggelam bersama itu kurang, berenang menyelamakan diri masing2 itu tabiat UMNO. Bila datang ujian, orang UMNO akan lari. Oleh kerana ianya bukan anjuran rasmi parti UMNO tapi dianjurkan oleh 2 orang yang mahu menempah dan mengekalkan relevance- yang lagi satu Fatmi Salleh, ramai ketua bahagian dan pemimpin UMNO tidak hadir. Jadi, ada kebenaran nya, jika kita tidak perlu membaca lebih mendalam terhadap ketidakhadhiran ramai ketua bahagian dan pemimpin UMNO. Lagi pun antara yang hadhir itu- 135-154 orang, bukan semua nya ketua bahagian. Walau tidak ada secara fisikal, mereka bersatu secara spiritual yakni disatukan oleh kegiatan mengebas harta benda negara. Dalam hal ini, mereka tetap bersatu dan sikap mereka dalam kes 1MDB ini membayangkan betapa kuat nya kegiatan tersebut. Mereka akan mempertahankan hak untuk melarikan wang rakyat sampai ke tetesan darah terakhir. Sekarang apabila Husni Hanazliah sudah pun mengesahkan bahawa memang benar RM950 juta disediakan untuk 1MDB mana nak taruh muka Tuan Syed ini? Orang UMNO bukanya tahu apa angkara durjana yang pemimpin mereka lakukan dalam kamar2 pejabat masing2. Saya hendak ulangi kenyataan yang selalu saya buat- tidak berkurangan lansung keMelayuan kita kalau kita tidak bersama sokong UMNO. Banyak kali kita katakana kita tukar wadah bukan tukar aqidah. keMelayuan dan keIslaman kita tidak bergantung kepada UMNO. Quran menyuruh kita bertolongan antara satu sama lain melakukan yang maaruf dan kebaikan dan bantu membantu meningkatkan ketaqwaan dan keimaman. Quran tak suruh kita tolong menolong melakukan kejahatan dan kemungkaran. Itulah sebab nya, sikap orang Melayu yang berfikiran moden dan jauh ialah mesti menempatkan kesetiaan kepada pemimpin itu sebegai kesetiaan yang bersyarat atau Qualified loyalty. Marilah kita bersama sama menempa sikap dan ufuk mental yan g baharu. Apa yang jadi pada negara kita sekarang? Setiap GLC, setiap kementerian nampak macam sarang perompak2 dan lanun menyamun harta benda rayat. Meraka macam nak angkut segala nya macam kasim baba dalam cerita P Ramlee. Nanti tidak ada apa lagi yang tinggal dalam negara kita. Apa sudah jadi kepada menteri2 UMNO ini? Ujud sebagai pengampu dan pencuci berak bossman Najib? Standby credit, loan atau apa sahaja nama yang Husni hendak beri dan orang UMNO akan telan ceritanya, menunjukkan dan mengesahkan bahawa 1MDB berada dalam keadaan yang tenat. Tapi kes RM950 juta ini mest diteliti dengan rapi. Bukankah pada 27 februari lalu, Jabatan Perdana Menteri menyetakan bahawa cabinet menolak permohonan menyuntik RM3 billion kedalam 1MDB? Tolak RM3 billion- tapi kalau suntik Rm1 billion atau 4 billion boleh? Ertinya, kenyataan Husni itu menunjukkan bahawa Najib dan Husni mencelakakan kabibet seolah olah mengatakan- pergi mampuslah, aku nak guna RM950 juta ke, 3 juta ke, 4 juta ke- aku punya pasal lah. System berkerajaan secara cabinet tidak dihormati lagi. Menteri2 kewangan sekarang bersikap dan berkelakukan sebagai despotic mandarins. Ia menunjukkan bahawa najib dan Husni tidak ada kejujuran dan integrity. Ia juga membuktian bahawa kita rakyat Malaysia akan menanggung beban 1MDB.- Mohd.Ariff Sabri bin Hj. Abdul Aziz@sakmongkol ak47 Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Dua amaran dalam masa seminggu oleh Dr M, dan ianya boleh menjadi lebih buruk buat Najib Dalam kurang dari seminggu selepas menjamin sokongan dari 160 ketua bahagian Umno, presiden parti dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berdepan kritikan baru daripada orang lama Umno sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan ini menimbulkan persoalan sekali lagi adakah gelombang sokongan telah beralih daripada perdana menteri. Mahathir mengulangi kegusaran beliau ke atas dakwaan penyelewengan kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dengan memberi amaran bahawa Barisan Nasional bakal berdepan kekalahan pada pilihanraya umum akan datang jika Putrajaya gagal untuk menjernihkan dakwaan yang dibuat ke atas buah fikiran Najib itu, 1MDB. Menulis dalam blognya pada 12 Mac, Mahathir berkata keputusan Najib mengarahkan Ketua Audit Negara untuk melihat pada akaun 1MDB tidaklah mencukupi. Malahan, bekas perdana menteri itu mahu polis melakukan penyiasatan forensik ke atas dakwaan yang dibuat kepada beberapa orang yant terlibat dengan pengurusan kewangan 1MDB. Jika gagal berbuat demikian, tambah Mahathir, bakal membuatkan BN kehilangan sokongan dalam PRU akan datang. Beliau turut menegaskan bahawa orang awam akan menyingkirkan BN, walaupun pemimpin Umno menyokong dan berpuas hati dengan penjelasan terhadap 1MDB yang dibuat Najib. Mahathir adalah pengkritik tegar terhadap 1MDB, yang sebelum ini telah meminta Najib untuk menjelaskan bagaimana 1MDB dapat memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Beliau sekali lagi berkata bahawa, tiada keperluan langsung untuk dana berdaulat 1MDB yang mana telah mengumpul hutang sebanyak RM42 bilion dalam masa lima tahun beroperasi. Dana ini dimiliki penuh oleh Kementerian Kewangan, di mana Najib adalah menterinya. Beliau juga adalah pengerusi lembaga penasihat 1MDB. Awal minggu ini, kerajaan telah melanjutkan ‘standby credit’ sebanyak RM950 juta kepada 1MDB, menimbulkan persoalan adakah kerajaan sedang menggali lebih dalam ke dalam perangkap 1MDB. Mahathir turut menghentam apa yang dipanggil pusaka keluarga Najib, terutamanya terhadap anak tiri Najib, Riza Aziz yang memasuki Hollywood dan didakwa membeli hartanah di UK dan AS. Setakat ini, Najib tetap mengatakan bahawa tiada masalah dengan urusan 1MDB dan kerajaan tidak kerugian wang langsung kerana pelaburan awal hanyalah berjumlah RM1 juta. Beliau juga berkata hartanah Riza dibeli melalui pusaka keluarganya, walaupun ‘pusaka’ ini telah dipertikai oleh adik-beradik Najib. Hanya beberapa hari sebelum entri blognya, Mahathir telah memberi amaran hampir serupa kepada kerajaan bahawa cukai barangan dan perkhidmatan yang diilhamkan oleh Najib, yang akan dilaksana pada 1 April, tidak akan diterima baik oleh rakyat. Beliau telah memberi amaran bahawa BN berdepan risiko tumbang di PRU akan datang dan menggesa rakyat supaya menghantar mesej kepada Najib yang mereka tidak akan mengundinya (BN) jika cukai ini ditambah. Ini menjadikannya dua kali dalam seminggu, Mahathir memberi amarannya kepada Najib. Perepsi umum sekarang jelas sekali menentang Najib. Pentadbiran beliau dalam urusan kewangan negara, terutamanya beliau membenarkan 1MDB bermain-main dengan wang yang dijamin kerajaan, di bawah pengawasan yang teliti. Rakyat mahukan jawapan dan mereka mahu kerajaan berlaku jujur kepada mereka. Memanggil pemeriksaan oleh Ketua Audit Negara ke atas akaun 1MDB sahaja tidak mencukupi. Sebagai orang yang berkuasa, Najib seharusnya mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, pihak polis dan Bank Negara untuk membuka kertas siasatan untuk memeriksa sebarang potensi salahlaku. Apa yang perlu ditakutkan, lebih-lebih lagi apabila orang yang dibelakang kontroversi 1MDB, Jho Low, sendiri telah berkata bersedia untuk bekerjasama terhadap sebarang siasatan? Berdiam diri dan tiada tindakan dari Najib hanya akan membuatkan pengkritik 1MDB, termasuk Mahathir, akan menteruskan serangan mereka, sehingga satu ketika Najib akan bersendirian tanpa sokongan, walaupun beliau tidak bersalah selama ini. Menariknya, blog Mahathir chede.cc telah digantung selepas beberapa jam entrinya mengenai 1MDB. Tiada siapa masih mengaku bertanggungjawab! Posted & copy by RAKYAT MARHAEN at 3/14/2015 09:54:00 PTG E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

No comments:

Post a Comment