اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, March 10, 2015

PSM: Apa status sebenar kewangan KWSP?


 Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sekali lagi menjadi suara bagi pihak kerajaan (sepatutnya bagi pihak pekerja) apabila meminta kerajaan melanjutkan umur persaraan dari 60 kepada 62.

Terdahulu, umur persaraan wajib perkhidmatan awam di Malaysia ialah 55 tahun sebelum dirombak kepada kepada 58 dan 60 tahun.


Di antara hujah yang dikemukakan CUEPACS ialah:
  • Meniru beberapa negara seperti Thailand, Singapura dan Sri Langka yang menuju negara maju.
     
  • Kos melahirkan pegawai bertaraf tinggi seperti PhD yang mahal serta lama. Tidak berpadanan dengan jumlah masa perkhidmatan selepas berjaya mendapatkan PhD.
Untuk peringkat awal bahasan awam, PSM Kelantan mengutarakan persoalan sumber dan pengurusan ekonomi negara sejak merdeka yang kini menyebabkan kerajaan tidak berani menganggung persaraan ratusan ribu penjawat awam.
  • Sumber ekonomi negara. Sejak merdeka, Malaysia masih bergantung kepada sumber alam (kini petroliam) sehingga 40% KDNK negara. Kita tidak berjaya mencipta peluang dan kehendak baru dalam dunia, di mana pasaran dunia bergantung kepada pengeluaran Malaysia. Seperti gajet IT dan telekomunikasi, persenjataan atau sektor hiburan (filem, animasi, sebagainya). Kita masih memanipulasi alam secara langsung untuk bergantung ekonomi dengannya. Apabila ringgit Malaysia sangat bergantung kepada petroliam, maka sebarang sabotaj harga oleh kuasa dunia akan menyebabkan ringgit jatuh. Ini membuatkan pendapatan import berbanding eksport jatuh.
     
  • Pengurusan ekonomi negara. Sejarah, audit dan mahkamah menyaksikan Malaysia membazir, rasuah dan tiris dana awam setiap tahun sejak puluhan tahun selepas merdeka. Skandal dan pembaziran pengurusan kewangan ini, kini dibincangkan dalam akibat umur persaraan yang terpaksa dianjakkan sehingga 62 tahun.
Umur persaraan yang terlalu lama boleh menyebabkan peluang generasi muda menjadi tepu. Meningkatkan kadar pengangguran lepasan universiti.

Terlalu lama memegang jawatan yang tinggi, di mana sistem jawatan sektor awam tidak boleh dicabar akan membentuk suasana diktator. Suasana kerja, idea baru dan segar dalam sektor awam juga akan merudum.

Dalam bahasan awam ini, PSM Kelantan membangkitkan persoalan mengapa kerajaan takut atau tidak mampu menanggung persaraan penjawat awam? Sedangkan konsep sebenarnya ialah wang persaraan itu adalah wang gaji yang dicarum selama ini.

Kata lainnya, mereka menganggung diri mereka sendiri, dengan diuruskan kerajaan.

Adakah duit gaji pekerja di dalam KWSP atau sebagainya itu telah dibelanjakan (dipinjam) dan kini gagal dipulangkan sehingga membawa kepada cadangan umur bersara wajib ditangguhkan lebih lama lagi?

PSM Kelantan menyeru semua pihak mengambil serius perkara ini, membahaskannya, serta mengemukakan pelan atau cadangan kepada kerajaan.

PSM Kelantan juga mendesak kerajaan berterus terang kepada rakyat status sebenar kewangan KWSP, sistem caruman dan seterusnya ekonomi negara.

KHAIRUL NIZAM ABD GHANI ahli perwakilan Parti Sosialis Malaysia Kelantan.

 Posted on Monday, March 09 @ 22:12:16 MYT by paktam

No comments:

Post a Comment