اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, March 10, 2015

800,000 PATI MILIKI KAD PENGENALAN TIDAK SAH DI SABAH


800,000 Pati miliki kad pengenalan tidak sah di Sabah


Jimmy Wong

Terdapat lebih 800,000 pendatang asing tanpa izin (Pati) di Sabah memiliki kad pengenalan yang tidak disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Terdapat kemungkinan semua dakwaan Jimmy Wong hanyalah rekaan semata-mata kerana tidak puas hati dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) namun Ahli Parlimen Kota Kinabalu itu menegaskan, dia tidak ada sebab untuk mengadakan cerita jika tidak mempunyai bukti kukuh.

"Kenapa mahu reka cerita? Saya pemimpin DAP Sabah dan saya orang Sabah telah lama melihat pendatang-pendatang asing ini dengan senangnya memiliki kad pengenalan Malaysia.

"Mereka bukannya warganegara tetapi kenapa mereka boleh memiliki kad pengenalan dan seterusnya mendapat hak untuk mengundi pada pilihan raya?

"Kami ada bukti bahawa semua kad pengenalan yang mereka miliki tidak didaftarkan dengan JPN dan hal ini mesti diselesaikan segera untuk membersihkan Sabah," katanya kepada MalaysiaGazette di luar bangunan Parlimen pagi tadi.

Tegasnya, semua pendatang asing yang memilik kad pengenalan tidak sah itu bebas menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan, sebagai mana yang dinikmati oleh warganegara Malaysia.

"Sudahlah bebas gunakan kemudahan yang disediakan kerajaan seperti air dan elektrik, mereka tak peduli pun untuk membayar bil yang dikenakan sehinggakan jumlah hutang yang dibuat oleh mereka mencecah RM20 juta.

"Kerajaan seperti tidak berusaha pun untuk dapatkan semua hutang tersebut daripada mereka sedangkan kalau rakyat sendiri yang melakukannya, jangan harap kita boleh senang duduk," ujarnya.

Tambah Jimmy, pembangkang akan terus mendesak supaya kerajaan mengusir semua pendatang asing ini tidak kira dengan apa cara sekalipun, termasuk mendapatkan semula hutang mereka.

"Kita tidak akan berdiam diri sebab masalah ini sudah cukup lama dibangkitkan namun tidak ada tindakan yang diambil sehingga hari ini," katanya. - MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment