اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, March 4, 2015

MAMPUS DAH...RATUSAN DOKUMEN OPERASI 1MDB BOCOR?


Apakah polisi Malaysia di Arab Saudi ditentukan Jho Low, soal DAP


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu perjelaskan kaitan ahli perniagaan Low Taek Jho Low dalam polisi urusan luar negara dengan Arab Saudi, kata Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming.

DAP hari ini menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan kaitan ahli perniagaan Low Taek Jho Low dalam polisi urusan luar negara Malaysia dengan Arab Saudi seperti didedahkan laman sesawang Sarawak Report baru-baru ini.

Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming berkata campur tangan individu tertentu dalam polisi luar negara Malaysia demi kepentingan peribadi merupakan sesuatu "yang amat mengganggu".

"Polisi luar negara Malaysia seharusnya ditetapkan berdasarkan kepentingan rakyat di negara ini.

"Saya menggesa Najib menjelaskan semua pendedahan yang dibangkitkan dalam Sarawak Report pada 28 Februari lalu," kata pemimpin DAP itu dalam satu kenyataan hari ini.

Ong berkata, perdana menteri harus menjelaskan banyak persoalan yang mengaitkan ahli perniagaan itu dan mengesahkan adakah Jho Low diberi kebenaran menggunakan pengaruhnya menetapkan dasar luar negara Malaysia di Arab Saudi.

"Najib membuat lawatan rasmi pertama ke Arab Saudi sebagai perdana menteri pada Januari 2010 (asalnya dijadualkan pada Disember 2009) dan Sarawak Report mendakwa Jho Low dan rakannya bekerja keras dalam persediaan lawatan itu," katanya.

Ong berkata, Sarawak Report melaporkan rakan Jho low, Seet Li Lin menyediakan draf surat Najib untuk dihantar kepada Raja Abdullah.

"Keduanya, pengasas Petro Saudi, Tarek Obaid didakwa menghantar emel pada 13 November, 2009 meminta Najib menyokong tindakan ketenteraan Arab Saudi di Utara Yaman.

Ong berkata draf kenyataan itu disediakan obaid pada 19 November dan Najib mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan kumpulan pemberontak "Houthis" dan menyokong Arab Saudi.

Katanya, Jho low juga didakwa mengaturkan satu wawancara dengan stesen penyiaran Arab Saudi Al-Arabiya News Channel ketika lawatan rasmi perdana menteri ke negara itu.

"Dalam emel yang ditunjukkan Sarawak Report, Wan Ahmad Shihab iaitu pegawai khas kepada perdana menteri menghantar emel kepada Jalam Kashoggi (pengurus besar Al Arabiya News Channel) dan turut dihantar kepada Jho low sebagai permulaan komunikasi untuk persediaan temu ramah yang dijadualkan pada 14 Disember 2009," katanya.

Sebelum ini ketua pengarang dan pengasas Sarawak Report Claire Redcastle Brown memberitahu media pihaknya mempunyai ratusan dokumen mengaitkan penglibatan hartawan itu dalam operasi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Beliau berkata Sarawak Report mengambil masa selama 2 tahun untuk mengumpul dokumen tersebut daripada wartawan lain sebelum mendedahkan penglibatan hartawan tersebut. ~ SUMBER

No comments:

Post a Comment