Sunday, January 4, 2015
Nak Cover Pekung Sendiri Yang Hanyir, Sibuk Persoalkan Bontot Orang Berkudis!
Tak ker bengong namanya memperbodoh khalayak dengan bukti di depan mata?
Aku sendiri pun tertanya-tanya di mana Anwar. Dah jadi kambing takut airkah dia?
Tapi mana lebih utama, kehilangan seorang PM yang bertanggung jawab secara langsung kepada rakyat dengan seorang ketua pembangkang yang selalu menjadi bahan kutukan?
8 pembantu bekas MB diarah kembalikan RM2.6 juta
HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Lapan pembantu mantan Menteri Besar,
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diarah menyerahkan kembali wang pembayaran
gratuiti RM2.6 juta yang diterima mereka kepada Pemerbadanan Menteri
Besar Selangor (MBI).
Pembayaran perlu dilakukan dalam tempoh 14 hari selepas penerimaan surat diutus pengurusan baharu MBI kepada lapan individu itu, lapor Selangor Kini.
Menteri
Besar, Mohamed Azmin Ali berkata MBI mendapati wujud beberapa perkara
yang melanggar tatacara dan peraturan kewangan berhubung pembayaran
berkenaan serta syarat kontrak yang dipersetujui.
Pembayaran perlu dilakukan dalam tempoh 14 hari selepas penerimaan surat diutus pengurusan baharu MBI kepada lapan individu itu, lapor Selangor Kini.
Mangsa banjir juga perlukan khemah, kanvas
HARAKAHDAILY | FOTO WAN ZAHARI
KUALA LUMPUR: Bagi mangsa-mangsa banjir kebanyakan kampung di Manek Urai memerlukan dapur dan gas memasak, periuk dan kuali, selimut dan lapik tidur selain kanvas.
"Itu yang mereka perlukan sekarang seperti disampaikan pada saya dalam pertemuan rumah ke rumah di sini," tulis Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa melalui facebook.
Episod hujan monsun mulai 7 atau 8 Jan
HARAKAHDAILY
Sehubungan itu, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin menasihatkan penduduk yang terdedah kepada risiko banjir musim tengkujuh untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini cuaca.
Beliau juga menasihatkan orang ramai agar tidak menjalankan aktiviti rekreasi atau sukan laut berikutan dengan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora (Kategori Kedua) iaitu Angin Kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) dan WP Labuan dijangka berterusan sehingga Ahad, 4 Januari 2015. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
Saturday, January 3, 2015
Bantuan RM500 juta melalui siapa?
SALMAH MAT HUSAIN
Menurutnya, jika Perhimpunan Bersih yang dianjurkan rakyat, kerajaan Malaysia boleh menempatkan sehingga 6,000 orang anggota polis, kenapa dalam kes banjir di Kelantan kerajaan pusat membisu.
“Pergerakan agensi kerajaan Pusat amat menyedihkan seperti polis dan tentera hingga tidak sampai pada tahap yang sepatutnya.
Tentukan harga petrol seminggu sekali
SALMIYAH HARUN
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, dengan menyelaraskan harga petrol dan diesel kepada harga pasaran setiap seminggu sekali, ini akan dapat menyelesaikan dua masalah utama.
Katanya, rakyat akan dapat menikmati harga petrol yang jauh lebih rendah misalnya harga RON95 bagi minggu ini sepatutnya hanya RM1.87 seliter mengikut pelarasan mingguan dengan ini rakyat tidak perlu membayar cukai tersembunyi yang terlalu tinggi seperti yang berlaku sekarang.
Subscribe to:
Posts (Atom)

