اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, March 26, 2014

682 Lagi Berdepan Hukuman Keras di Mesir


Nuffnang Ads


[MK] Pemimpin Ikhwanul Muslimin yang diharamkan serta 682 lagi dibicarakan pada Selasa atas pelbagai tuduhan, termasuk membunuh.
Ia berlangsung sehari selepas lebih 500 lagi penyokong bekas presiden Mohamed Mursi dihukum mati, lapor Reuters.
Perbicaraan dan hukuman mati beramai-ramai itu – terbesar dalam sejarah moden Mesir – menandakan tindakan keras terhadap Ikhwan menjelang pilihan raya presiden yang dijangkakan dimenangi pemimpin tentera Abdel Fattah al-Sisi.
Pemimpin kanan Ikhwan, Mohamed Badie, 70, dibicarakan di mahkamah yang sama tempat 529 individu dijatuhkan hukuman mati, keputusan yang dikritik kerajaan asing dan kumpulan hak asasi.
Peguam pembelaan memulaukan sesi Selasa di mahkamah selepas mempertikaikan keadilan hakim dan larangan membuat liputan terhadap wartawan.
Protes meletus selepas perbicaraan itu bermula. Polis menembak gas pemedih mata ke arah beratus-ratus penunjuk perasaan.
Gerakan Islam menggesa rakyat Mesir mengadakan protes di seluruh negara pada hari ini.
Tindakan mahkamah Mesir itu turut dikritik Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mendakwa ia bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.
Turut bernada sama Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat. - 26/3/14

No comments:

Post a Comment