UNDANG-UNDANG LAPUK JPJ YANG TIDAK BERSESUAIAN DENGAN CUACA PANAS DI NEGARA INI.
Kebanyakan kereta import sudah sedia digelapkan dibahagian penumpang dan
tempat letak barang. Dalam hal ini seharusnya ada timbang rasa dan
kelonggaran bagi kenderaan MPV kerana kenderaan ini tidak mempunyai
bonet tertutup dan boleh mendedahkan barang yang dibawa kepada risiko
kecurian atau pecah kereta.
Malah konsep rekaan ini telah dikaji oleh negara maju seperti Jepun
kerana telah melihat jauh kehadapan bagi menjamin keselamatan barang dan
juga penumpang. Maka dalam hal seharusnya JPJ boleh bersikap lebih
mesra pengguna.
Dalam konteks penggunaan cermin gelap yang kononnya dijadikan isu besar
oleh pihak JPJ, maka kami amat menuntut JPJ untuk menjawap persoalan
berikut :
• Apakah kesan pemakaian cermin gelap boleh meningkatkan kadar
kemalangan jalanraya ? Jika ada berapakah angka sebenar punca cermin
gelap yang boleh dikaitkan dengan peningkatan kadar kemalangan jalanraya
di negara kita. Apakah dengan menguatkuasakan cermin cerah boleh
dibuktikan pula dapat mengurangkan kadar kemalangan ?
• Adakah JPJ sedar bahawa ada faktor yang lebih utama dan sangat
signifikan iaitu faktor jalanraya di Malaysia yang tidak diselanggara
dengan baik, garisan putih yang pudar di kebanyakkan jalanraya
menyebabkan banyak kenderaan terbabas ? Selain itu faktor keadaan
kenderaan seperti tayar botak, modifikasi terhadap enjin serta sikap
pemandu lebih merupakan sebab utama yang seharusnya diberikan perhatian
oleh JPJ Malaysia.
• Bagaimana pula kenderaan perdagangan seperti van yang mempunyai
penutup besi di keseluruhan bahagian belakang yang bertujuan menutup
barang-barang yang dibawa. Bukankah van ni juga mungkin membawa barang
yang diragui dan mungkin membawa penjenayah ?
• Kenapa bas ekpress boleh menggunakan cermin gelap atau langsir untuk
penumpang mereka yang bagi saya juga adalah kesalahan yang sama ?
• Bolehkah JPJ menjamin keselamatan barang dalam kenderaan MPV selepas
ini jika kenderaan kami dipecahkan kerana pencuri dapat melihat apa yang
ada dalam bonet MPV kami ?
• Apakah ada peraturan yang berbeza kepada orang yang berbeza, umpamanya
kenapa VVIP boleh bercermin gelap sedangkan rakyat biasa tidak boleh ?
Sedangkan sebagai pemimpin dan milik rakyat mereka sepatutnya memasang
cermin cerah untuk kami melihat pemimpin setiap kali mereka berada di
dalam kenderaan.
• Apakah bezanya peraturan ini dengan peraturan di negara lain ? Mengapa
peraturan ini tidak dikuatkuasakan di negara lain ? Adakah negara lain
tidak cerdik atau JPJ kita yang tidak cerdik mencipta peraturan.
Pernahkan JPJ menkaji akta lapuk yang sudah ketinggalan zaman ini dengan
negara lain?
• Adakah JPJ sedar bahawa semakin banyak akta yang mengarut dan
peraturan yang pelik semakin banyak pula kadar kemalangan, dan ianya
bukan berkaitan dengan cermin gelap seperti yang cuba diwar-warkan.
Malah JPJ sudah hilang fokus kepada keutamaan mereka dalam hal-hal yang
boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan atau membantu kerajaan
dalam hal ini. Fikirkan secara inovatif dan matang dalam mencari kaedah
baru atau peraturan yang mesra pengguna. Jika perlu lihatlah kaedah
negara maju dalam usaha mereka mengurangkan kadar kemalangan dan
peraturan yang mereka ada.
• Kenapa JPJ menghalang kreativiti dan hak kami sebagai pemilik
kenderaan dan dalam masa yang sama menghalang rezeki kedai-kedai
aksesori mencari sumber rezeki.
• Adakah adil tindakan JPJ ini kepada rakyat sedangkan slogan kebajikan
rakyat tidak diendahkan atas faktor mempunyai kuasa menyaman dan hilang
pertimbangan budi bicara dalam isu yang amat remeh dan kecil ?
No comments:
Post a Comment