اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Monday, March 31, 2014

Wujud “satu konspirasi sangat licik dan tersembunyi”


'Tarik balik kertas putih tragedi Memali'
mk - 31 Mar 2014

PAS mendesak kerajaan menarik balik kertas putih yang dibentangkan di parlimen sebelum ini berhubung peristiwa berdarah Memali yang mengorbankan 18 nyawa pada 1985.

MP Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata kerajaan perlu berbuat demikian kerana kertas putih berkenaan kini dianggap “meragukan” ekoran pendedahan terbaru bekas menteri dalam negeri Tun Musa Hitam berhubung urutan peristiwa tersebut.

Katanya, pendedahan Musa itu seolah-oleh menggambarkan wujud “satu konspirasi sangat licik dan tersembunyi” dalam tragedi 19 November 1985 itu.

Menurutnya, Musa dalam satu forum di Kota Bharu pada 27 Mac lalu mendakwa Mahathir berada dalam negara ketika peristiwa itu berlaku dan bukannya di luar negara.

Kenyataan berkenaan membuka satu perspektif baru memandangkan kerajaan pada tahun 1987 – semasa bahang kempen pemilihan Umno sedang memuncak – mengumumkan bahawa Musa bertanggungjawab memberi arahan kepada pihak polis untuk melepaskan tembakan.

Musa yang menentang Tun Ghafar Baba kalah tipis dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden itu.

Mahfuz berkata kerajaan juga perlu menjelaskan persoalan baru yang timbul, seperti didakwa oleh Musa.

"Apa yang saya nak sebut di sini ialah apabila Tun Musa Hitam dalam forum itu menyatakan bahawa, bila dia nak beri laporan kepada perdana menteri sewaktu kejadian itu, dia memberitahu, seolah-olah perdana menteri dah tahu, sedangkan yang bertanggung sebagai menteri dalam negeri adalah Tun Musa Hitam.

"Saya melihat bahawa kenyataaan Musa Hitam ini bahawa seolah-oleh peristiwa Memali satu konspirasi sangat licik dan tersembunyi yang sekarang tidak diketahui dan sekarang ini orang mengetahui bahawa Dr Mahathir berada dalam negara.

"Skripnya sudah ada seperti yang disebut oleh Tun Musa Hitam seolah-olah dia (Mahathir) dah tahu dan sebagainya. Saya melihat ini satu konspirasi (dan) menjadi persoalan yang perlu dijelaskan oleh kerajaan," kata Mahfuz.

Mahathir ketika ditanya mengenai perkara itu Sabtu lalu berkata beliau tidak dapat mengesahkan dakwaan Musa dan mendakwa "tidak ingat".

No comments:

Post a Comment