اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saturday, April 12, 2014

Akhirnya.. Bukti MH370 Dirampas Didedahkan

 


Satu panggilan telefon telah dibuat oleh salah seorang anak kapal pesawat MH370 sewaktu pesawat itu terbang serendah 5000 kaki di ruang udara Pulau Pinang pada hari kehilangannya.
Menurut laporan eksklusif akhbar New Straits Times, sumber panggilan tersebut datangnya dari telefon bimbit milik pembantu juruterbang. (Akhbar tersebut telah menamakan pembantu juruterbang tersebut sebagai Fariq Abdul Rahman, sedangkan nama sebenarnya ialah Fariq Abdul Hamid)Setakat jam 9.21 pagi tiada sebarang pembetulan dibuat menerusi portal akhbar tersebut.

Sumber maklumat dari penyiasat kes itu memberitahu NST, setiap maklumat sedang dikumpulkan bagi merungkai apa yang sebenarnya berlaku kepada pesawat tersebut.

Difahamkan pesawat penerbangan dengan 239 penumpang itu terbang pada ketinggian yang cukup rendah bagi membolehkan isyarat telefon bimbit itu dikesan oleh pemancar telekomunikasi di daratan.

Panggilan tersebut walau bagaimanapun terputus sebelum sambungan berjaya dilakukan.

Tambah laporan NST itu lagi, siapa yang dihubungi oleh Fariq tidak berjaya diperolehi kerana enggan didedahkan oleh sumber tersebut.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis telah merekodkan lebih 205 keterangan daripada pelbagai pihak termasuk anggota keluarga penumpang dan anak kapal Malaysia Airlines MH370 bagi membantu siasatan berhubung kehilangan pesawat berkenaan.

Khalid berkata  lebih banyak lagi yang akan dipanggil untuk membantu siasatan dan polis tidak akan mendedahkan hasil keterangan yang diambil bagi mengelakkan gangguan siasatan. ~awani

Addin:

Semasa liqa' pemuda di baling, kedah baru-baru ni. Ada sorang perwakilan pemuda bertanyakan ttg isu MH370 kpd tuan guru presiden pas. Tuan guru menjawab bahawa pesawat tersebut di culik berdasarkan maklumat dari SU politik beliau, dr. ahmad shamsuri mohktar yg merupakan penganalisis jurutera penerbangan yg sering dijemput oleh astro awani..

No comments:

Post a Comment