Saya sukar nak faham lojik ahli parlimen BN terutama dari UMNO. GST- cukai keatas semua pengguna dianggap sebagai suatu yang baik. Lagi sukar saya faham mengapa orang Melayu yang rata2 nya golongan yang relatif miskin dalam negara ini, menerima GST sebagai suatu yang bagus. Mereka kena bayar, tapi mereka suka? Perkiraan apa yang ada dalam kepala rakyat?
GST hanya
bagus kepada kerajaan. Kerana mereka dapat kutip lebih banyak hasil. Menurut mereka,
bila hasil banyak maka banyaklah perbelanjaan akan dilakukan untuk kepentingan
rakyat. Benarkah begitu?
Ini pendustaan
yang paling besar. Cuba kita lihat apa yang dibelanjakan oleh kerajaan BN. Mereka
belanja atas projek yang mengayakan kroni. Lebih banyak ada wang dalam tangan,
maka lebih besar belanja dari pendapatan. Belanja berhemah dan cermat tidak ada
dalam kamus BN dan UMNO. Lagi banyak duit dalam tangan, lebih besar samun,
rompakan dan ketirisan yang dilakukan.
Orang Melayu
yang betegas untuk bayar GST ini- apa kena dengan kepala mereka? Kaya sangatkah
orang Melayu? Incidence of poverty dikalangan orang Melayu mengikut perangkaan
EPU ialah 2.2 iaitu ukuran peratusan orang Melayu yang berada dibawah garis
kemiskinan. Garis kemiskinan ini berapa? RM650 sebulan. Ertinya, terdapat 2.2%
orang Melayu berada dibawah garis kemiskinan. Jika jumlah orang Melayu ialah
15,000,000 maka yang miskin papakedana dan hidup melarat ialah 330,000 orang
Melayu.
Golongan ini
yang menerima BR1M 300. Mereka penerima jika ketua kampong kata OK. Golongan ini
lah yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat RM400 sebulan. Dicampur dengan
RM300 adalah pendapatan bulanan mereka RM700, masih tersangat rendah dari
RM3000 penanda aras layak mendapat BR1M. jika BR1M dapat RM600 untuk satu
tahun, adalah disana tambahan RM50 kepada pendapatan bulanan. Masih jauh
dibawah RM1000 seblan.
Pendapatan bulanan
20% Melayu teratas ialah RM10,666. Pendapatan 40% Melayu yang tengah ialah
RM4123. Manakala pendapatan Melayu yang 40% terbawah ialah RM1686. Makanya
kalau kita campuar pendapatan purata bulanan untk semua kategori orang Melayu,
pendapatan bulanan orang Melayu kesemuanya ialah RM16,475.
Ini bererti
Melayu yang 20% teratas menguasai 65% pendapatan bulanan orang Melayu. Yang dibawah
iaitu 40% terbawah hanya menguasai 10% dari pendapatan purata bulanan.
Mengapa yang
terbawah ini mahu menyokong GST?
Walaupun ada
barangan yang zero-rated atau tidak dikenakan GST, rakyat masih membayar harga
yang tinggi kerana tidak ada yang menyekat pihak peruncit dari mengenakan harga
yang tinggi. Malah GST bersih mereka kena bayar, entah2 dimasukkan kedalam
harga jualan kepada pengguna. Dan oleh kerana pengguna akhir tidak berdaftar
dengan GST, mereka tidak boleh membuat tuntutan daripada kerajaan.
Maka amatlah
hairan kita mengapa orang Melayu yang hidup susah mahu bertegas membayar GST. Malah
ada yang dirasuk oleh UMNO untk tunjuk perasaan dan berdemonstrasi mahu
membayar GST. Kaya sangatkah orang Melayu?
Ini bererti
sudahlah orang Melayu hidup susah, tapi mereka membenarkan UMNO menipu mereka. Sebelum
in, Melayu yang miskin, yang mohon bantuan sana sini, berdemonstrasi dan tunjuk
perasaan mahu bayar PTPTN. Mereka diawarkan pendidikan percuma sehingga
universiti, mak bapak pelajar yang bergantung kepada bantuan dan berpendapatan
rendah, memprotes mahu membayar PTPTN! Apa sudah jadi kepada meraka? Siuman atau
tidak?
Jawapan nya
ialah mereka melihat tentangan kepada PTPTN dan tentangan kepada GST ialah
penentangan kepada sebuah kerajaan Melayu. Ternyata tanggapan sebegini salah. Tapi
UMNO memeperlakukan isu ini sebagai suatu yang dirancang oleh sebuah kerajaan
melayu tapi ditentang oleh kaum lain terutama oleh bangsa Cina. Ini membuktikan
UMNO itu rasis dalam semua perhitungan nya.
Tersembunyi
disebalik kerelaan menerima kesakitan dan penindasan yang dilakukan oleh UMNO,
ialah kerelaaan diperlakukan demikian asal yang melakukan kezaliman dan penindasan
itu Melayu.
Maka seperti
yang pernah saya katakan banyak kali, akan tiba masa nya orang UMNO masuk
kedalam rumah kita, meniduri isteri dan anak2 perempuan kita, orang Melayu rela
sebab penceroboh itu Melayu dan UMNO lagi.
Hidup Melayu!
No comments:
Post a Comment