Kalau saya katakan begini bagaimana pendapat anda:Malaysia pada mulanya
agak liat untuk menandatangani perjanjian TPPA.Bukan sahaja ia mendapat
tentangan daripada rakyat Malaysia, malah kerajaan yang ada pun tahu
akan akibat buruk dengan menandatangani perjanjian ini.Ia disedari
sebagai penjajahan cara baru Amerika.
Lalu Amerika mencipta drama MH370. Mereka seolah-olah datang membantu
lantas mahukan balasannya melalui TPPA.Selain TPPA, Malaysia dilihat
tempat yang paling strategik untuk menyekat China menjadi kuasa besar
baru.Selepas kem tentera di Filippina tiada, Amerika memerlukan kem
pangkalan di laut China Selatan.
Semua ini diselesaikan dengan satu drama MH370. Ada yang beranggapan,
apabila China marah kepada Malaysia kerana rakyatnya yang ramai
terkorban, Malaysia akan memerlukan bantuan Amerika untuk menyeimbangkan
keadaan negaranya yang ditekan oleh China.
Selain semua perkara di atas, Amerika juga sedar tentang lemahnya Najib
dengan pelbagai isu yang melibatkan dirinya sendiri seperti kes
Altantuya.Najib juga dilihat tidak mendapat sokongan politik oleh rakyat
negaranya sendiri, tidak seperti zaman Mahathir dahulu.
Maka, tanpa rela Malaysia menandatangani TPPA...Dan ada yang berkata
MH370 akan ditemui selepas pulangnya Barack Obama, ini kerana drama
penemuan MH370 akan menghilangkan curiga tentang TPPA.Ahhh sungguh licik
mereka dan sungguh mudah kita ditipu!
* Penulis ialah Penyelaras SAMM Kelantan.
No comments:
Post a Comment