Sejak bila Utusan Malaysia jadi jurucakap bagi pihak rakyat Malaysia?
Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama berada di Malaysia hujung minggu ini untuk bertemu beberapa pemimpin serta melawat beberapa tempat, sejak 48 tahun selepas lawatan kali terakhir presiden negara itu ke Malaysia.
Akhbar Umno, Utusan Malaysia berkata rakyat Malaysia lega apabila Obama tidak bertemu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Seperti juga di AS, rakyat Malaysia mahukan pemimpin yang bermoral, bersih dan berwibawa, bukannya ikon yang songsang," kata Awang Selamat dalam ruangannya dalam edisi Ahad Mingguan Malaysia hari ini.
Awang Selamat turut menyindir Anwar yang hanya dapat bertemu Penasihat Keselamatan AS Susan Rice dengan mengatakan perjumpaan itu sekadar menepati dasar keterbukaan negara itu.
Kenyataan itu dikeluarkan akhbar sama yang melaporkan sebelum ini CIA berkemungkinan terlibat dalam kehilangan pesawat MH370.
Namun mari kita jelaskan, bukan Utusan mahupun Umno bersuara bagi pihak rakyat Malaysia.
Malah, bukan juga jurucakap Melayu dan juga jika Pilihan Raya 2013 dan Pilihan Raya Kecil Kajang adalah petunjuk.
Mereka juga tidak bercakap bahasa yang sama dengan Obama.
“Saya percaya, tidak kira sama ada kita berasal dari sebuah kampung terpencil atau bandar raya megah, sama ada kita tinggal di Amerika atau di Malaysia, sebagai manusia, kita berkongsi hasrat yang sama – untuk hidup dengan bermaruah dan aman.
“(Kita ingin) mencorakkan masa depan kita sendiri, boleh mencari rezeki dan bekerja keras untuk menyara keluarga. Dan paling penting, mewariskan kepada generasi akan datang sesuatu yang lebih baik daripada apa yang ditinggalkan untuk kita.
"Inilah aspirasi yang melambangkan era baru 'bekerjasama' antara Amerika Syarikat dan Malaysia. Kita mungkin berbeza sebagai negara, rakyat kita mempunyai harapan dan aspirasi sama. Kita mampu membentuk kekuatan antara kedua-dua negara daripada kepelbagaian etnik. Kita mampu membina harapan dari sejarah dan mengimpikan harapan cerah untuk anak-anak kita," kata Obama dalam ucapan di Istana Negara di Kuala Lumpur malam tadi.
Presiden AS itu berkata, Malaysia akan berjaya dengan kepelbagaiannya, sesuatu yang Umno dan lidah rasminya secara sistematik cuba menafikan dan musnahkan sejak tsunami politik pada 2008.
Amat indah apabila pemimpin negara paling berkuasa melawat Malaysia dan menikmati hospitaliti kita.
Namun, ia tidak penting bagi Obama untuk bertemu Anwar atau tidak, kerana presiden AS itu tidak mengundi di sini.
Malah ia melucukan apabila rakyat Malaysia turut berebut untuk bergambar bersama presiden AS itu.
Obama akan menamatkan lawatannya esok, dan ucapannya akan memberikan kesan atau dibuat endah tak endah.
Namun kita rakyat Malaysia kekal di sini, menentang mereka seperti Awang Selamat yang mahu memecah belahkan hubungan kita dan usaha menjadi rakyat Malaysia yang lebih baik.
~ The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment