اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Thursday, April 24, 2014

Hudud : Impian PAS Berkecai



PETALING JAYA: PAS sama sekali tidak dapat merealisasikan impian untuk melaksanakan hudud di Kelantan kerana ia tidak akan mendapat 148 undi untuk mendapat sokongan dua pertiga apabila rang undang – undang berkenaan hudud dibentangkan semasa sidang Parlimen dalam bulan Jun.

Pada masa sekarang PAS kekurangan 39 undi. Umno dengan sejumlah 88 undi dan undi PAS sebanyak 21 hanya berjumlah 109.

Jumlah 148 ini penting kerana ia merupakan jumlah dua pertiga yang membolehkan pindaan perlembagaan terhadap Perkara 8 dan Jadual Sembilan Perlembagaan Persekutuan dibuat.

Ini kerana Perkara 8 adalah berkaitan kebebasan beragama dan Jadual Sembilan tersebut secara terang menyatakan bahawa kuasa menggubal undang-undang jenayah terletak dalam bidang kuasa kerajaan persekutuan.

Mengimbas kembali isu hudud ini bermula apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyatakan kesediaan kerajaan persekutuan pimpinan BN untuk menyokong usaha mana-mana negeri untuk menguatkuasakan hukum hudud.

Ekoran itu Menteri Besar Kelantan Ahmad Yaakob mengumumkan kesediaan kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hudud. Beliau akan membentangkan satu rang undang-undang persendirian menerusi ahli parlimen PAS dalam sidang Parlimen dalam bulan Jun. Ahli Parlimen Ketereh Annuar Musa merangkap Ketua Umno Kelantan turut menyatakan sokongan terhadap usaha ini.

Dari sejumlah 88 kerusi, Umno mempunyai 14 kerusi di Sabah. Sabah dan Sarawak memegang sejumlah 48 kerusi.

Selain Umno, PBS memegang empat kerusi.UPKO tiga dan PBRS satu. Ketiga – tiga parti ini akan menentang rang undang-undang tersebut.

Di Sarawak pula, PBB di bawah kepimpinan Tan Sri Adenan Satem mempunyai 14 kerusi parlimen. SPDP mempunyai empat kerusi, SUPP satu dan Parti Rakyat Sarawak, enam.

Dalam isu kalimah Allah sebelum ini, bekas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud telah mengumumkan untuk mengekalkan status quo yang membenarkan masyarakat Kristian menggunakan kalimah tersebut. Pengganti beliau, Adenan Satem turut senada dalam hal ini.

Oleh itu, tiada kebarangkalian sama sekali bagi PBB mengundi seperti Umno. Parti – parti Sarawak lain yang turut menganggotai BN akan turut mengikuti langkah PBB.

Di Semenanjung Malaysia, MCA dengan tujuh kerusi Parlimen, MIC empat dan satu kerusi Gerakan akan turut sama menentang hudud.

Di dalam gabungan Pakatan Rakyat, DAP dengan 37 kerusi akan turut sama menentang hudud. Kematian Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh di dalam satu kemalangan minggu lepas nyata membangkitkan semangat ahli parlimen DAP lain untuk meneruskan tentangan mereka terhadap hudud.

Karpal merupakan pengkritik tegar yang menentang pelaksanaan hudud kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Buat masa sekarang hanya PKR sahaja yang belum menyatakan pendirian terhadap hudud meskipun hudud tidak terkandung dalam kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat iaitu Buku Jingga.

Menurut presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, parti beliau masih menanti penjelasan PAS berkenaan perkara ini dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

PKR mempunyai 30 kerusi dan 16 terdiri daripada orang Melayu Islam. Sekalipun ahli parlimen Melayu Islam PKR mengundi untuk pelaksanaan hudud, PAS akan tetap kekurangan 39 undi.

Dalam keadaan sebegini impian PAS untuk melaksanakan hudud akan kekal sebagai impian yang tidak tercapai dalam kenangan. ~fmt

No comments:

Post a Comment