اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Thursday, April 24, 2014

Ayam Terlepas, Tangan Bau Taik!!!

 

Selepas ditolak BN, dua ADUN bekas PKR mungkin kekal sebagai calon Bebas
 

KOTA KINABALU: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang keluar PKR dengan harapan dapat menyertai Barisan Nasional nampaknya harus menjadi calon Bebas – selepas menjadi mangsa persaingan antara parti dalam parti pemerintah itu.

ADUN Kadamaian, Jeremmy Ukoh Malajad dan rakan sejawatannya dari Matunggong Datuk Jelani Hamdan telah menghadap halangan dalam usaha mereka untuk menyertai Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
Dengan pintu PKR kini seolah-olah ditutup bagi mereka, kedua-dua mereka hanya boleh menjadi calon Bebas pro-BN untuk sepanjang penggal yang tinggal.
Walaupun peguam Jelani telah membuat keputusan untuk menjadi calon Bebas, Malajad masih berusaha keras untuk menyertai PBRS, dan menggesa 2,500 orang "penyokongnya" untuk menyertai parti komponen BN itu beramai-ramai.
Malah, Malajad telah berucap dalam majlis di mana para penyokongnya menyertai PBRS, dan memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup.
Difahamkan akibat bantahan keras Parti Bersatu Sabah (PBS), permohonan Malajad untuk menyertai PBRS telah ditarik balik pada saat terakhir.
Untuk rekod, PBRS hanya mempunyai seorang ahli parlimen (di Kurup, Pensiangan) dan ADUN (Sook) – bekas raja pecut Malaysia, Ellron Alfred Angin.
Malajad dikatakan sentiasa bersemangat sejak beliau pulang dari pertemuannya dengan Najib bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman bulan lalu.
Beliau berkata tahun lalu yang dia mahu berada dalam parti pemerintah itu bagi melibatkan diri dalam, dan memimpin, program-program pembangunan di kawasan Kadamaian.
Malajad yang merupakan seorang ADUN bukan BN, tidak mempunyai kuasa ke atas dana pembangunan tahunan bernilai RM1.2 juta bagi menjalankan projek-projek kecil daripada kerajaan negeri di kawasannya sendiri. Penyokongnya mendakwa bahawa pemimpin-pemimpin Umno di Kota Belud kini mengawal dana untuk Kadamaian tahun ini.
Orang-orang kanan beliau juga telah merebut bagi mendapatkan perlantikan politik di peringkat bahagian pilihan raya itu, tetapi tidak berjaya.
Ahli BN yang dikalahkan Malajad dalam pilihan raya umum 2013, Datuk Herbert Timbun Lagadan dari PBS, kurang senang dengan tindakan Malajad ini.
Beliau telah menyatakan secara terbuka jika BN menerima calon-calon pembangkang yang menang, ia adalah bertentangan dengan prinsip mereka.
Pada 21 April, timbalan presiden PBS Datuk Maximus Ongkili mengulangi pendirian parti itu untuk menentang sebarang langkah bagi menerima kedua-duanya.
Maximus juga mengkritik Kurup dan PBRS kerana menyebabkan ketidakstabilan dalam komponen BN Sabah.
Maximus yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air persekutuan juga mengeluarkan kenyataan sinis bahawa adalah wajar bagi PBRS meningkatkan bilangan wakil rakyat mereka, tetapi ia mesti didukung peraturan dan kesopanan .
"Kurup berkata tiada salahnya bagi mana-mana ADUN Bebas menyertai PBRS. Tidak ada rugi baginya, tetapi ia bakal memudarat dan memusnahkan BN. Kurup adalah seorang ahli politik veteran dan beliau harus mengetahuinya dan mengelak daripada menyebabkan ketidakstabilan dalam komponen BN," kata Maximus.
Ia kelihatan seolah-olah hanya ADUN yang tidak dialu-alukan untuk menyertai BN Sabah. Ahli biasa PKR atau pembangkang sentiasa dialu-alukan seperti 2,500 orang penyokong Malajad yang menyertai PBRS minggu lalu di Kota Belud.
Bagaimanapun di Kadamaian dan Matunggong, penduduk di sana berpendapat bahawa tempoh lima tahun ini (satu tahun telah berlalu) mungkin menjadi satu-satunya tempoh bagi Malajad dan Jelani.
"Tidak mungkin PKR akan mencalonkan mereka sekali lagi dalam pilihan raya umum, walaupun jika mereka kembali dan merayu kepada Datuk Anwar Ibrahim, pemimpin PKR. Dan tidak mungkin BN akan mencalonkan mereka sama ada di bawah tiket BN juga," kata seorang pemerhati.
Penamatnya sudah jelas bagi kedua-duanya. Mungkin mereka harus menikmati peluang menjadi ADUN Bebas pro-BN, selagi mereka masih boleh. - sumber

No comments:

Post a Comment