اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Thursday, April 24, 2014

MH370: Beban Terhempap Ke Bahu Petronas Lagi!

 

Hisham: Petronas sedia dapat aset baru SAR 


Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata hari ini Petronas tidak keberatan mendapatkan aset baru bagi operasi mencari pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370, yang memasuki hari ke-47, dan syarikat minyak dan gas itu tidakpun membincangkan soal wang.
    
Bercakap pada sidang media untuk memberi maklumat terbaru mengenai operasi mencari itu semalam, Hishammuddin berkata beliau telah berbincang dengan Petronas berhubung penglibatan badan komersial dalam operasi mencari.
    
"Dalam beberapa hari lagi, kami akan berunding dengan beberapa pihak lain untuk melihat kemungkinan menambah aset yang boleh dibekalkan untuk pencarian di laut dalam," tambahnya.
    
Beliau mengambil perhatian ketika operasi mencari memasuki fasa berikutnya, negara yang tidak dapat turut serta sebelum ini, kini tampil untuk memberi bantuan kepada pasukan mencari dan menyelamat (SAR).
    
"Ini memerlukan aset laut dalam, mungkin Bluefin-21, lebih banyak kenderaan selam yang agak mahal.
    
"Namun saya berterima kasih kerana banyak pihak di luar sana berminat menyertai operasi," kata beliau.
     
Mengenai rancangan untuk menyusun semula kumpulan dan strategi operasi mencari, Hishammuddin menyatakan tindakan itu tidak akan dilakukan segera dan masih terdapat 20 peratus kawasan pencarian yang belum diliputi oleh Bluefin-21.
    
Beliau berkata rancangan itu akan dibincangkan dengan Angus Houston, Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC).    
    
Ditanya sama ada pelantikan Pasukan Penyiasat Antarabangsa, yang diluluskan oleh Kabinet semalam, akan melambatkan siasatan awal, Hishammuddin menjawab:
    
"Tidak. Inilah peluang bagi semua pakar yang telah berhimpun di sini untuk melihat apa yang kita lalui dan bagaimana kaitannya dengan landskap penerbangan pada masa depan."   
    
Menurut menteri itu, apa jua siasatan yang dibuat sebelum ini akan dilaporkan kepada pasukan pakar bebas itu untuk mereka nilai, agar tidak wujud unsur prasangka dan spekulatif.  
    
"Apa yang kita mahu ialah penilaian bebas tentang siasatan yang telah dibuat," kata beliau.  
    
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata DCA telah menghantar laporan awal mengenai nahas itu kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
    
"Kami belum buat sebarang keputusan sama ada akan menyiarkannya kepada media atau orang ramai," katanya. - mk

No comments:

Post a Comment