اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Monday, April 14, 2014

Najib pengecut politik...


Bekas Setiausaha Politik Tun Razak, Tan Sri Abdullah Ahmad (Dollah Kok Lanas) mendakwa rakyat Malaysia ingin kembali kepada era Tun Dr Mahathir Mohamad atau era Tun Razak yang tidak ada pengecut politik.


Katanya, ramai tidak puas hati situasi sekarang – satu kenyataan walaupun pahit- mereka mencari alternatif.

“Ada benar-benar berasa terpinggir, terasing daripada masyarakat materialisme yang amat ketara dan kian berkembang maka mereka makin marah pada clique yang menyalah gunakan kuasa politik untuk terus mengaut kekayaan, “ tulis beliau dalam posting terbaharu kolum mingguannya di akhbar Sinar Harian semalam.

Beliau yang juga bekas ahli parlimen Kok Lanas ditahan di bawah ISA di zaman Tun Hussein Onn bersama Tan Sri Samad Ismail dan Abdullah Majid yang dilabelkan sebagai “Tiga Abdul”.

Katanya, selepas persaraan Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara Sungai Buloh oleh rejim “budak tingkat empat” di Jabatan Perdana Menteri dan konco mereka di Balai Berita di Bangsar, situasi politik baharu muncul.

“Mujurlah usia pemerintahan budak ini tidak lama  kalau tidak negara dan peribumi sudah tentu jadi cagaran jika tidak pun tenggelam,” katanya.

Beliau menambah semenjak pemerintahan 1Malaysia, episod lewat 2003-2008 yang menyedihkan itu tidak disebut langsung kerana episod period itu agak jelik akibat politik egocentric- mementingkan diri sendiri – dan naif amat dominan.

“Rakyat, pegawai kerajaan, orang bisnes dan orang media di bawah telunjuk Ketua Budak dan kroninya,” dakwa beliau lagi.

Dollah Kok Lanas menambah suka duka, Umno-BN terus memerintah.

“Yang berubah hanya perdana menteri sahaja dan pada speaking the form remains, the content varies a bit, that’s all. Kerana bentuk rupa sama, hanya ada sedikit pembaharuan dan perubahan dalam kandungan dan gaya pemerintah maka pengundi, bilangannya meningkat dalam PRU13, nampaknya akan terus meninggalkan parti pemerintah dengan niat tidak akan kembali lagi kepada parti itu,” katanya lagi,

Beliau berkata inilah masalah mesti dihadapi dan diatasi segera oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak.

“Kini ramai rakyat sudah pun mulai bercakap dalam nada positif betapa bagusnya Dr Mahathir, berapa lebih selesa lagi bangsa majoriti ketika Tun Razak Perdana Menteri. Justeru bak kata mat salih, “many hanker for a return to either Mahathir or Tun Razak’s era,” katanya.

Dollah Kok Lanas yang pernah menjadi timbalan menteri sains dan teknologi berkata rakyat menunggu kedatangan pemimpin yang juga pencinta negara, pencinta rakyat biasa.

“Mereka menanti,  seorang murah hati dan mencuba dengan jujur, telus dan tulus memenuhi aspirasi dan aspektasi rakyat miskin. Seorang pemimpin mempunyai keperibadian mulia, tidak ada sifat mementingkan diri, keluarga dan kroni. Seorang benar-benar ingin memodenasikan bangsa dan watan,” tegasnya lagi. - fmt

No comments:

Post a Comment