Kalau Ini Benar-Benar Terjadi, Memang PAS Di Bawah Hadi Telah Kehilangan Arah!
ANGKARA nak pertahankan TSKI, sampai nak pecat pemimpin PAS? Suara dari terengganu memang selalu pelik-pelik.
Mereka
minta PAS pecat YB Khalid Samad dan YB Hanipa Maidin dan beberapa orang
lagi atas alasan menyanggahi pendirian presiden.
Kalau
menyanggahi keputusan Majlis Syura tu aku fahamlah sebab majlis syura
adalah badan tertinggi di dalam PAS. Majlis Syura lebih tinggi dari
Presiden sendiri.
Tapi, kedua-dua pemimpin ini hanya dikatakan tidak sependapat dengan Presiden, maka dicadangkan oleh mereka untuk dipecat saja.
TSKI
belum dipecat oleh PKR. Beliau telah diberi surat tunjuk sebab,
diminta jawab bahkan diminta hadir untuk menjawab beberapa isu yang ada
kaitan dengannya.
Tapi
untuk kedua-dua pemimpin PAS ini belum pun ada surat apa-apa, sudah ada
yang gopoh mahu pecat? Siapa lebih "Syarie" sekarang?
Apapun aku optimis PAS tidak akan bertindak sejauh itu. Itu hanya sikap golongan di Terengganu, bukan mewakili wajah PAS.
No comments:
Post a Comment