Written By canang on Jumaat, 8 Ogos 2014 | 8/08/2014 08:51:00 PTG
Enam buah kapal perang Israel yang membawa 19 tan peralatan perang dilaporkan diberi keizinan oleh kerajaan Inqilab As Sisi untuk berlayar melalui Terusan Suez sejak tiga hari lalu.
Lebih mengejutkan kapal-kapal berkenaan dikawal oleh tentera militia Kudeta bagi menjamin keselamatannya sepanjang perjalanan itu.
Laman web FJP mempertikaikan tindakan bodoh Mesir itu kerana dalam masa yang sama Mesir tidak mengizinkan rakyat Palestin melalui sempadan Rafah untuk mendapatkan rawatan, bekalan ubat-ubatan, makanan dan pelbagai keperluan hidup dalam suasana mereka diserang dahsyat oleh Israel.
No comments:
Post a Comment