Terdapat
teguran yang disampaikan baru-baru ini bahawa “PR tidak bermakna
sekiranya Islam tidak untung”. Ini merupakan satu kenyataan yang tepat pada dasarnya
tetapi perlu diperjelaskan. Ini adalah kerana maksud ‘tidak untung’ itu
boleh menimbulkan kekeliruan lebih-lebih lagi semenjak tersebarnya ‘screen-shot’
Dr. Zuhdi dan kecenderunggan untuk ‘menjentik’ yang bukan Islam. Sudah
pasti yang dimaksudkan dengan untung atau ruginya Islam bukan berhubung
konsep ‘ketuanan’ sesuatu bangsa atau agama Islam ke atas bangsa
atau agama lain tetapi sebaliknya kemampuan menzahirkan keadilan dan
kebaikan Islam untuk semua melihatnya. Atas kesedaran dan kefahaman
itulah maka pendekatan tahaluf siyaasi diamalkan, khususnya selepas
pilihan raya 2008.
KEKURANGAN KITA ATAU PR?
Melalui pembentukan kerajaan bersama di antara PAS, PKR dan DAP; PAS berpeluang untuk memmbuktikan bahawa politik yang berdasarkan prinsip Islam adalah jauh lebih baik dari politik perkauman dan kebangsaan sempit yang dibawa UMNO. Melalui ini adalah diharapkan bahawa masyarakat Melayu khususnya akan kembali kepada politik Islam dan menolak politik perkauman dan kebangsaan sempit yang dibawa UMNO. Sudah pasti keberadaan PAS dalam situasi yang sebegini menguntungkan perjuangan yang berasaskan politik Islam!
Melalui jawatan Exco kerajaan negeri, Ahli Majlis, Ketua Kampung, Nazir dan AJK Masjid yang berjumlah beribu kesemuanya di seluruh Selangor, pimpinan PAS di semua peringkat seharusnya mampu menzahirkan perbezaan dengan kepimpinan UMNO untuk menarik masyarakat Melayu supaya bersama PAS. Ruang dan peluang sebegini, sekiranya tidak mampu dimanfaatkan, maka ianya bukan kekurangan atau kesilapan pendekatan Tahaluf Siyaasi melalui PR tetapi sebaliknya kelemahan diri kita sendiri.
Begitu juga dakwaan bahawa PAS sering diabaikan kecuali semasa ingin mengadakan demonstrasi dan Pilihan Raya. Ini juga suatu kenyataan yang boleh mengelirukan. Ini adalah kerana melalui PR, PAS mendapat keuntungan yang maksima sepertimana yang disebutkan tadi melalui jawatan yang memungkinkan PAS mendampingi masyarakat sepertimana tidak pernah dilakukan sebelum ini. Dan sekiranya dalam keadaan itu, PAS tidak mampu menonjol berbanding parti lain, maka sekali lagi ianya adalah atas sebab kekurangan diri kita sendiri dan bukannya PR.
PENDEKATAN TAHALUF SIYAASI KEPUTUSAN MUKTAMAR
Pendekatan Tahaluf Siyaasi adalah keputusan Muktamar PAS. Oleh yang demikian, saya menyeru bagi yang tidak ingin melaksanakannya, samada supaya boleh bersama UMNO/BN atau bersendirian, untuk keluar dari PAS dan laksanakan apa yang diinginkan. Tetapi tidak perlu untuk menimbulkan masalah di dalam PAS itu sendiri dengan berusaha membawanya ke arah yang tidak diinginkannya.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

No comments:
Post a Comment