Ankara - Presiden Turki yang telah berakhir masa jabatannya, Abdullah Gul, menyampaikan sambutannya di saat upacara pelantikan presiden yang baru, Recep Tayyip Erdogan, Rabu (28/8/2014) semalam.
Dalam sambutannya yang turut didengarkan kepada para tetamu dari luar negera, Gul menyampaikan kata-kata perpisahan dan terima kasihnya kepada seluruh rakyat Turki yang bekerja bersamanya dalam lembaga legislatif, eksekutif, judikatif, dan juga LSM. Beliau juga berterima kasih kepada lembaga-lembaga yang mahu bekerja sama dengannya dalam membangunkan hubungan luar negeri yang baik, dan mewujudkan perdamaian di kawasan.
Lebih lanjut, Gul mengatakan, “Dalam kesempatan ini, aku mempunyai perasaan peribadi yang sangat penting. Kerana aku menyerahkan amanah ini kepada Recep Tayyip Erdogan, presiden ke-12 republik ini. Erdogan adalah saudaraku. Kami adalah teman seperjuangan sejak 40 tahun yang lalu. Oleh kerana itu aku sangat berbahagia kerana menyerahkan amanah ini kepada teman dekat, yang aku tahu keahlian, pengalaman, prestasi, dan semangatnya dalam melayani rakyat negeri ini. Aku juga sangat mengetahui cintanya kepada tanah air dan umat, keyakinannya kepada kebenaran.”
Gul juga menceritakan bahwa selama 14 tahun dirinya bekerja dengan Erdogan dalam banyak posisi. Juga sama-sama mendirikan dan membesarkan parti. Gul sangat bersyukur kerana di dalam 12 tahun terakhir, selama mereka berdua memimpin, bintang Turki bersinar terang di berbagai bidang, seperti politik, sejarah, ekonomi, peralihan sosial, proses demokrasi, keamanan, dan sebagainya. -diterjemahkan dari dakwatuna.com
Erdogan angkat sumpah sebagai Presiden Turki
ANKARA: Perdana Menteri yang melepaskan jawatan, Recep Tayyip Erdogan mengangkat sumpah sebagai presiden semalam bagi membawa era baharu kepada Turki.
Erdogan telah mengangkat sumpah pada jam 11 pagi (7 malam waktu Malaysia) di Ankara. Menteri Luar Ahmet Davutoglu akan mengambil alih tempatnya sebagai perdana menteri.
Ketua negara dari beberapa negara di Eropah Timur, Afrika, Asia Tengah dan Asia Barat hadir pada majlis berkenaan, termasuk Presiden Petro Poroshenko dari Ukraine, lapor agensi berita Anatolia.
Erdogan, yang menjadi Perdana Menteri pada 2003, telah menang dalam pilihan raya presiden pertama negara Turki pada 10 Ogos lalu. Beliau dijangka memegang jawatan presiden selama dua penggal sehingga 2024, yang membolehkannya menyaksikan ulang tahun ke-100 Turki moden pada 2023.
Erdogan menang dengan 52 peratus undi, mengikut kiraan daripada 99 peratus peti undi dan menewaskan pesaing utama beliau, Ekmeleddin Ihsanoglu yang hanya mendapat undian sebanyak 38.3 peratus
Sementara pesaing ketiga, Selahattin Demirtas memenangi 9.7 peratus undi.
Pilihan raya itu menandakan peringkat pertama pelan Erdogan yang bercita-cita tinggi untuk mengubah kerajaan Turki ke satu landskap politik di mana presiden mempunyai kuasa eksekutif dengan dirinya sebagai pemimpin.
Beliau bertekad untuk menggoncangkan sistem politik di negara itu kerana ingin menaikkan presiden sebagai orang nombor satu di dalam sistem itu.
Selepas pengumuman kemenangin itu dilakukan, Erdogan berikrar akan mewujudkan ‘era baru’dalam perhubungan rakyat di Turki.
“Hari ini adalah hari baru. Ia menandakan satu kejayaan, yang mana Turki baru dibangkitkan semula daripada abu.
“Pada hari ini bukan Recep Tayyip Erdogan sahaja yang menang. Kemenangan ini adalah kemenangan seluruh rakyat. dan kemenangan demokrasi,” katanya.
Sebelum ini, jawatan presiden Turki hanya berbentuk perlembagaan dan tidak mempunyai kuasa untuk membentuk hala tuju pentadbiran yang merupakan hak perdana menteri.
No comments:
Post a Comment