اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Friday, August 29, 2014

21 TANDA PEROLEHI HAJI MABRUR





Haji Mabrur adalah haji yang diterima oleh Allah سبحانه وتعالى. Tanda-tandanya banyak. Di antaranya adalah hendaknya nafkah (sumber kos) haji tersebut dari hasil usaha yang halal kerana nafkah menjadi kunci penting dalam kehidupan manusia, terlebih lagi dalam urusan haji.



Bahkan disebutkan bahawa jika seseorang naik haji dengan kos dari hartanya yang halal, maka akan ada penyeru yang berseru, “Bekalmu halal dan kenderaanmu halal, maka hajimu pun mabrur.” Adapun jika dia berangkat haji dari harta yang haram, maka penyeru tadi akan berseru, “La labbaika wala sa’daika” (Bekalmu haram dan nafkahmu haram, maka hajimu tertolak tidak mendapat ganjaran.) Atau dengan seruan yang semakna. Jadi, di antara tanda-tanda haji mabrur adalah jika dikerjakan dengan kos dari nafkah dan usaha yang halal.



Begitu juga, di antara tanda-tandanya adalah jika orang yang berhaji mengerjakan manasiknya sesuai dengan tata cara yang disyari’atkan dan dikehendaki tanpa mengurangkan sedikitpun dan menjauhi segala larangan Allah سبحانه وتعالى di sepanjang mengerjakan haji.



Di antara tanda-tandanya pula adalah jika orang yang berhaji itu kembali dalam keadaan pengamalan agamanya lebih baik daripada sebelum berangkat, iaitu dia kembali dalam keadaan bertaubat kepada Allah سبحانه وتعالى, istiqamah (konsisten) dalam menjalankan ketaatan-ketaatan kepada-Nya, dan terus-menerus dalam keadaan seperti itu. Dengan begitu, hajinya menjadi titik tolak baginya kepada kearah kebaikan, dan selalu menjadi peringatan baginya untuk memeperbaiki jalan hidupnya.

.

Para ulama telah membuat kesimpulan tanda-tanda bila seseorang jemaah haji mendapat “HAJI MABRUR” yang antara lain adalah :

1) Haji Mabrur itu hanya Allah سبحانه وتعالى sahaja yang menentukannya. Tetapi ada tanda-tandanya.

2) Setiap jemaah haji hendaklah membetulkan “niatnya” untuk mendapatkan haji mabrur
sebelum berangkat ke TANAH SUCI.

3) Wang atau belanja yang digunakan untuk menunaikan haji, adalah dengan wang yang halal, kerana Allah سبحانه وتعالى itu tidak menerima kecuali yang halal lagi baik.

4) Niat hajinya ikhlas semata-mata untuk Allah سبحانه وتعالى bukan untuk mendapat gelaran haji dan sebagainya.

5) Seseorang itu ternampak perubahan pada sikap, wajah, akhlak dan cara hidupnya apabila ia kembali dari tanah suci Makkah dan Madinah.

6) Amal ibadatnya bertambah baik dan ia rajin melakukannya berbanding sebelumnya.

7) Seseorang itu tidak lalai dan cuai melakukan amal ibadat kepada Allah سبحانه وتعالى.

8) Seseorang itu terus menjaga solatnya dengan baik dan sentiasa berjemaah di setiap waktu.

9) Dia menjadi seorang yang berakhlak baik seperti bertawaduk, merendah diri, husnuzon, tolong menolong, dermawan, bercakap benar, amanah, jujur, bersedekah dan akhlak-akhlak terpuji.

10) Ibadat hajinya dapat membentuk dan membina akhlak serta peribadi dan cara hidupnya sepanjang hari.

11) Dia menjadi seorang yang benar-benar mukmin sejati dan bertakwa kepada Allah سبحانه وتعالى.

12) Ibadat hajinya memberi kesan positif terhadap sikap dan tingkah lakunya dari segi perjuangan, kegigihan, keadilan dan sebagainya.

13) Seseorang itu selalu mengerjaka ibadat puasa dan puasa-puasa sunat serta ibadat-ibadat lain.

14) Waktu atau semasa mengerjakan haji, dia bercakap-cakap baik dan suka menolong orang, tidak membuat perkara-perkara yang dilarang, serta menyempurnakan rukun-rukun haji, wajib-wajib haji, dan meninggalkan perkara-perkara maksiat.

15) Dia terus meninggalkan apa-apa sahaja perkara maksiat dan dosa apa lagi perkara-perkara makruhpun terus dijuhinya dalam hidupnya sehari-hari.

16) Sifat-sifat jahat dan keji seperti tamak, hasad, dengki, riak, takabur, angkuh, suuzon, bakhil, membazir, boros dan sebagainya terus ditinggakan dalam urusan kehidupannya.

17) Kalau dahulu dia seorang penjudi, pemabuk, penzina, dan sebagainya, tetapi sekarang dia terus meninggalkannya sama ada dosa kecil dan dosa-dosa besar.

18) Di kalangan wanita pula, kalau dahulu dia sering mendedahkan aurat, tetapi sekarang dia terus menutup auratnya sebagaimana dituntut oleh agama Islam.

19) Kesan daripada “Haji Mabrur” yang diterima Allah سبحانه وتعالى itu, seseorang yang baik akan bertambah baik baik lagi dalam urusan hidupnya sehari-hari.

20) Seseorang jemaah untuk mendapat haji mabrur, hendaklah menghayati firman Allah سبحانه وتعالى secara mendalam:

فَمَن فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِي الْحَجِّ ۗ

“Sesiapa yang telah mewajibkan dirinya dengan niat mengerjakan Ibadah Haji itu, maka janganlah melakukan persetubuhan, perkara-perkara fasik (perkara yang dilarang), dan jangan melakukan pergaduhan atau pertengkaran dalam masa mengerjakan haji itu.” (Surah Al-Baqarah Ayat 197)

21) Daripada Abu Hurairah, Nabi ﷺ bersabda:

والْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلاَّ الْجَنَّةُ

“Haji Mabrur” itu tiada balasan (ganjarannya), melainkan syurga.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

.

Ciri-ciri orang yang memperolehi haji mabrur adalah menyebarkan kedamaian, meningkatkan ibadah, dan meninggikan sifat pemurah dan ikhlas hati.

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Shafiqolbu

No comments:

Post a Comment