اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Thursday, September 4, 2014

WALAUPUN DILABEL, TAK PERLU KITA BALAS BALIK KERANA AIB ITU PELABEL AKAN BUKA SENDIRI

 

Sebagai pemimpin kita seharusnya menghormati pandangan orang lain. Kita meraikan diversiti dalam pemikiran. Kita kata:
PAS FOR ALL.
Tagline itu bagai ungkapan keramat yang membuka ruang kepada orang ramai untuk turut serta dalam PAS. Orang ramai ini bermaksud, orang Melayu, Cina, India dan penduduk berbilang kaum di Sabah dan Sarawak.
Bila sudah ramai, pandangan pun berbeza-beza. Ada pro. Ada kontra.
Setiap pandangan dipengaruhi oleh latar belakang pihak yang memberi pandangan. Ada berpendidikan Islam. Ada professional - doktor, peguam, juritera, etc. Ada juga dari kalangan bukan Islam.
Kita raikan semuanya.
Itu yang kita fahami dengan tagline: PAS FOR ALL.
Tapi kenapa timbul kegiatan label-melabel ini? Contohnya:
PELOPOR ISTILAH MUNAFIQ HARAKI
Ekoran daripada label tersebut terus wujud rangkaian tuduhan yang bertali-arus (melalui media sosial) kepada pihak yang memiliki pandangan berbeza. Contohnya seperti berikut:
FITNAH APA INI?
Tuduhan "menghasut" dan "mengawal" TGNA yang dikatakan bertujuan menjatuhkan kepimpinan ulama adalah satu tuduhan yang amat berat. Sehingga kini pihak yang menuduh tidak menunjukkan bukti. Maka jadilah ia fitnah.
Selepas membuat tuduhan "Munafiq Haraki" Khairuddin Aman Razali menghalakan senapangnya kearah 2 ADUN Selangor yang enggan menyokong Khalid Ibrahim:

TULISAN YANG MENDAPAT PENGHORMATAN ISMA
Tulisan itu turut disebarkan oleh media milik ISMA seolah-olah turut meraikannya.
Peguam Zulhazmi Shariff telah menjawab tuduhan Khairuddin Aman Razali. Kalau belum baca sila baca di Blog Gendang Perang di sini atau ke Facebook Zulhazmi di sini.
Label-label lain yang turut dipromosi termasuk Erdogan, Arwarinas, Mr Arrogent, Anwariyun dan Aids Haraki.
Ada di kalangan yang dilabel itu nakal juga. Lalu turut membalas label seperti "Ustaz UG", "Najibrinas" dan Umnorinas...
Walau bagaimanapun, pucuk pimpinan PAS, yakni Mursidul Am, Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada tahun 2009, menyatakan PAS tidak akan berUG dengan UMNO.
Kalau ada yang teringin berpadu dengan UG itu dia sebenarnya syok sendiri.
Oleh itu, tak perlu kita membalas balik label yang dia hamburkan itu. Ini kerana, jika kita bukan "Munafiq Haraki" seperti label yang disebut oleh pelabel, Allah akan membalas di atas kelancangan mulutnya.
PAS TETAP FOR ALL

No comments:

Post a Comment