KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad
Zahid Hamidi hanya cuba meraih populariti dalam Umno apabila
membayangkan kemungkinan mengambil tindakan ke atas Unit Amal PAS
seperti mana badan sukarela lain.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata sikap Zahid itu hanya menunjukkan kedangkalan sendiri, dengan situasi yang menekan berkenaan kedudukan beliau dalam kabinet BN.
"Saya harap kawan saya ini bertenang. Jangan kerana berhadapan dengan suasana ketidaktentuan dalam politik Umno, beliau mengambil tindakan yang hanya membodohkan dirinya sendiri," kata beliau pada satu sidang media, di Pusat Media PAS, pagi tadi.
Dakwa Mahfuz, sememangnya Zahid memang ingin naik lebih tinggi dalam kabinet BN, bagaimanapun dibantah oleh ramai pihak.
"Dia memang hendak naik lebih tinggi, BN memang bantah Zahid diangkat Timbalan Perdana Menteri. Jauh lagi dengan sikap rasisnya...sebab itu dia cari popular dalam Umno.
"Dalam Umno dia memang popular. Umno lihat dia berani lawan gangster, lawan kongsi gelap. Sedangkan hakikatnya dia berhadapan dengan suasana ketidaktentuan karier politiknya," tegas Mahfuz.
Justeru, beliau meminta Zahid agar bertenang dalam menghadapi ujian karier politiknya hari ini.
Desas-desus rombakan kabinet Datuk Seri Najib kini sedang bertiup kencang dan Zahid didakwa bakal disisihkan dari menjaga Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Menteri KDN adalah antara portfolio kanan dalam kabinet dan biasanya dijadikan antara laluan untuk ke jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Dalam pada itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut mengingatkan Zahid bahawa Umno sendiri mempunyai Bridged Kesatria di bawah Pemuda Umno, dan juga Bridged Puteri dalam Puteri Umno.
"Sepatutnya Zahid berterima kasih kerana Unit Amal dan badan sukarela lain bertindak membantu kerja polis. Mereka bukan hendak ambil tugas polis, tapi bekerjasama dengan polis," kata Mahfuz.
Sebelum ini, Zahid dalam kenyataannya menyatakan mana-mana pasukan atau pertubuhan yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) akan dikenakan tindakan sama seperti terhadap PPS di Pulau Pinang semalam.
Semalam, polis menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusi pasukan itu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh kerana ingkar amaran supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas pasukan itu didapati tidak berdaftar dengan ROS.
- HARAKAHDAILY 2/9/2014

No comments:
Post a Comment