اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Thursday, December 25, 2014

Jangan tunggu Kota Bharu hanyut baru bertindak - MERINTIH BANJIR


                                                                              

Marilah kita berbicara lagi soal bencana banjir yang melanda negara pada masa ini. Saya ingin fokuskan lagi kepada negeri kelahiran saya, Kelantan Darulnaim. Dengan air masih naik dan semua bandar utama sudah dijamahi air, dan kini paling teruk di Kota Bharu, masyarakat umum sudah majmuk mengatakan banjir kali ini adalah teruk, parah dan tragis.

Hosptal dimasuki air.
Ukuran umum berbeza dengan perincian pihak berkuasa termasuk kerajaan negeri Kelantan dan Persekutuan sendiri. Pihak kerajaan Kelantan masih beranggapan banjir yang melanda Kelantan ini masih boleh dikawal dan tidak memerlukan kepada tindakan lebih serius, melainkan berdoa.

Mustapa Mohamed satu-satu menteri dari Kelantan pula mengatakan darurat tidak perlu diistyharkan kerana keadaan masih terkawal.

Balai polis digenangi air.
Mungkin pandangan pemimpin itu berbeza dengan pandangan umum dalam menilai kemaraan banjir kali ini. Ia mungkin lebih berbeza lagi dengan pendapat mangsa banjir yang sedang menderita (kelaparan, trauma dan kesejukan) khusunya mereka yang terperangkap di pusat pemindahan banjir atau pun yang berlindung atas buki Bekok di Manek Urai.

Stadium air masuk main bola.
Pendapat Mustapa itu sejalur dengan pendapat MB Kelantan Ahmad Yaakob, yang mengatakan darurat tidak perlu diistyharkan di Kelantan. Sambil merayu agar rakyat Kelantan berdoa dan bermunajak kepada Allah, mungkin satu-satu alternatif terbaik bagi MB itu berusaha untuk mengatasi bebanan banjir dan menyelamatkan rakyat Kelantan dengan cara spritual agama.

Soalnya kenapakah susah sangat untuk mendarutkan Kelantan. Saya membuka protal bencana Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan membaca definiasi darurat. Kata definasi itu darurat ialah;

"Suatu kejadian yang menyebabkan gangguan kepada aktiviti masyarakat dan urusan Negara, melibatkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda, kerugian ekonomi dan kemusnahan alam sekitar yang melangkaui kemampuan masyarakat untuk mengatasinya dan memerlukan tindakan penggemblengan sumber yang ekstensif. (Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 20: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana - Semakan 2012).

Dengan memahami definasi berkenaan apa yang berlaku di Kelantan ini sudah lebih daripada cukup dalil-dalilnya dan pantas untuk diistyharkan darurat. Keadaan di Kelantan kini memerlukan gembelangan tenaga ekstensif. Nah, apa lagi yang ditunggu dan apa lagi yang dinanti-nantikan. Semua jalan utama menerusi darat ke negeri itu sudah terputus. Hanya jalan udara sahaja satu-satu yang dapat digunakan. Pendudik negeri Kelantan kini seperti berada dalam sebuah pulau di keliling lautan kesukaran dan kepedihan.

Klinik dipenuhi air.
Kemudahan lain juga eleterik, air paip dan telefon juga terganggu dan sesetengah kawasan bergelap sejak beberapa malam lalu. Mereka yang dikepong oleh banjir hidup persis dalam gua baru yang tidak mendapat apa-apa akses daripada luar.

Hadapan hospital Raja Perempuan Zainab II
Apabila semua bandar tenggelam banyak rumah hanyut musnah, dan mangsa tidak dapat menyelamatkan harta benda, bukankah itu sudah menjelaskan akan berlaku kehilangan harta benda awam. Keadaan air yang deras, naik mendadak dan melimpahi ke segenap ruang yang tidak disangka-sangka menyebabkan manusia tidak berkupayaan lagi untuk menanganinya dengan kudrat yang ada. 

Dengan kapasiti kemudahan yang dimiliki oleh kerajaan Kelantan tidak mungkin ia dapat menanagni musibah itu yang melanda di semua jajahan. 

Kepentingan apabila darurat diistyharkan, membolehkan semua agensi kerajaan akan tertumpu kepada banjir di Kelantan. Ia memberi sokongan padu daripada semua pihak. Sudah pastilah apabila semua agensi membantu masalah-masalah ketidakcukupan bekalan makanan dan peralatan harian untuk mangsa tidak akan berlaku. Dengan adanya pengistyharan darurat peruntukan khasnya dapat disalurkan ke Kelantan.

Saya benar-benar tidak memahami sikap dua pemimpin politik Kelantan itu, Mustapa Mohamed dan Ahmad Yaakob. Apakah mereka jenis "gong". Masih berdegil untuk mengatakan keadan banjir di Kelantan masih terkawal. Apakah dengan jumlah kematian (setakat 16 Disember 2014) hanya tiga mangsa sahaja maka ia menghalalkan untuk mengatakan banjir masih terkawal?

Ukuran dari segi mangsa (kematian) itu tidak tepat dan relevan pada masa ini. Mungkin musibah kematian berkurangan atau tidak berlaku sama sekali kerana cara berfikir orang ramai kini tidak seperti dahulu. Mereka pantas menyelamat diri dengan mengutamakan nyawa dari segala-galanya. Tetapi kelemahan dan kesusahan lain dihadapi mangsa banjir perlu dilihat sebagai kritikalnya keadaan bencana itu. Kehilangan dan kemusnahan harta benda mereka harus diodit dengan akal waras.

Pandangan Naib Presiden Pas, Husam Musa dalam melihat banijir di kelantan pada masa ini adalah tepat. Menurutnya banjir di Kelantan kritikal. Beliau tidak menyatakan perlunya pengsytiharan darurat tetapi "kritikal" yang disebut itu menuju ke arah itu. Ertinya Ahmad Yaakob tidak perlu berfikir panjang untuk bertindak ke arah itu demi kesenangan rakyat. Bukan bermakna apabila rumah MB itu sendiri tenggelam maka ia boleh dijadikan sandaran memaafkan tindakan lembab pentadbirannya.

Apakah Ahamd Yaakob dan Mustapa Mohamed berkeras kerana hendak menunjukkan keupayaan mereka mampu menangani masalah banjir di Kelantan. Jika darurat diistharykan maka ia memberi pukulan dan maruah mereka sebagai pemimpin utama tercabar kerana tidak dapat menguruskan bencana secara sendirian? 



Kalau itu pandangan dan cara berfikir adalah salah. Dalam situasi sekarang bukan masa untuk bermain politik. Ahmad (Pas) dan Mustapa (Umno) tidak perlu menujukkan kekuatan masing-masing. Kedua pihak perlu pasrah untuk menerima takdir Allah dan biarlah urusan dan usaha mengatasi banjir itu dilakukan secara kolektif dengan bantuan Pusat sepenuhnya. Banjir atau bencana alam mana-mana sekalipun pun tidak wajar diwajahkah dengan warna politik.

Gambar keadaan Kota Bharu
Sekejap tadi saya memantau gambar-gambar yang dipostkan oleh facebooker dalam wall masing-masing mengenai kedudukan dan suasana banjir di bandar Kota Bharu. Melihat kepada gambar-gambar itu memberi gambaran Kota Bharu kini adalah kota tenat dilanda banjir. Semua institusi awam, hispotal, balai polis, klinik, hotel, stadium, sekolah sudah dimasuki air. Tidak ada ruang di Kota Bharu yang tanpa air.

Apa yang berlaku disifatkan ramai sebagai paling teruk dan paling buruk. Dengan lumpuhnya Kota Bharu ini bermakna aktiviti seharian masyarakat, pergerakan ekonomi, sosial dan sebagainya sudah mati. Bukankah suasana ini telah menenuhi syarat untuk diistyharkan darurat seperti didefinasikan dalam pernyataan di atas? 

Berikut saya postkan gambar susana di Kota Bharu yang saya ambil dari facebook sdr Zuridi Mohamed Zain dengan izinnya dan sekeping gambar dari facebook Hashim Omar. Saksi dan tafsirlah sendiri menerusi gambar-gambar ini apakah banjir di Kota Bharu masih terkawal dan darurat tidak perlu diistyharkan kerana hendak menjaga maruah politik yang tidak sepatutnya dijaga. Kita semua jangan jadi "gong" sangat. [wm.kl.1:24 pm 25/12/14]
Sungai Kelantan melimpah ruanh.




No comments:

Post a Comment