اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Thursday, December 25, 2014

Bantuan segera RM50j untuk negeri banjir

25 Dec 2014.

Bantuan segera RM50j untuk negeri banjir
 
Kementerian Kewangan meluluskan peruntukan segera berjumlah RM50 juta untuk negeri dilanda banjir.
    
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata peruntukan itu akan diagih dan disalurkan segera kepada Pejabat Pembangunan Negeri di negeri terjejas berikutan banjir yang semakin meruncing.
    
"Kementerian Kewangan juga akan mempermudah pembelian segera keperluan peralatan bantuan dalam memastikan bantuan dapat disampaikan kepada rakyat di kawasan terjejas," katanya dalam kenyataan hari ini.
    
Ahmad Husni berharap peruntukan segera serta kemudahan pembelian peralatanbantuan itu dapat membantu meringankan beban yang dihadapi rakyat di negeri berkenaan.
    
"Kementerian Kewangan akan terus memantau perkembangan dari semasa ke semasa dan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mempermudah usaha bantuan kepada rakyat," katanya.
    
Keadaan banjir tidak menampakkan tanda-tanda reda sehingga menyaksikan 90,250 penduduk di Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak dan Perlis terpaksaberpindah, jumlah yang amat besar dalam sejarah bencana banjir di negara ini.
    
- Bernama

No comments:

Post a Comment