اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, December 24, 2014

Penduduk terperangkap, panik, bantuan diperlukan segera!!.. err.. Shaidan mana? Shahidan?







Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa merayu Menteri Kabinet segera turun ke Kelantan untuk membantu penduduk yang terperangkap dengan banjir paling buruk di negeri itu.

Beliau meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mengerahkan semua jentera sukarelawan di negeri yang tidak dilanda banjir datang ke Kelantan menghulurkan bantuan dan pertolongan dari segi logistik.

Beliau turut meminta Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) membawa bersama kelengkapan yang ada bagi menyelamatkan ribuan penduduk yang terperangkap banjir.

Katanya, kawasan paling teruk terjejas banjir sejak semalam ialah Kuala Krai, apabila bandar itu lumpuh sama sekali setelah terputus hubungan darat di setiap jalan dan laluan.

"Manakala rumah penduduk dan sekolah juga hampir tenggelam berikutan air naik dengan cepat ke kawasan tinggi," katanya.

Menurutnya, beliau dimaklumkan antara kawasan terjejas teruk di Kuala Krai ialah Kampung Laloh, Manek Urai dan Kampung Karangan.

"Penduduk di situ dalam keadaan panik kerana terperangkap banjir. Kenderaan seperti bot dan trak pasukan keselamatan pula tidak mencukupi untuk memasuki ke kampung dan memindahkan penduduk.

"Malah ada juga mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir dipindah sekali lagi ke kawasan lebih tinggi dan selamat kerana pusat berkenaan turut dinaiki air," katanya.

Sehingga jam 10.50 pagi ini, jumlah penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Kelantan seramai 26,137 orang.

Paling ramai dipindahkan, jajahan Pasir Mas 7,776 orang, Gua Musang (6,947 orang), Kuala Krai (5,036 orang), Tumpat (3,863 orang), Tanah Merah (826 orang), Jeli (669 orang), Pasir Puteh (602 orang), Kota Bharu (276 orang) dan Machang 178 orang.

Paras air pula sehingga jam 12.30 tengah hari menunjukkan semakin naik melepasi paras bahaya.

Sungai Galas di Dabong 45.89 meter (bahaya 38 meter), Sungai Lebir di Tualang surut kepada paras amaran 32.07 meter (bahaya 35 meter), Tangga Krai di Kuala Krai naik 32.65 meter (bahaya 25 meter), Jambatan Guilemmard juga di Kuala Krai naik 20.41 meter (bahaya 16 meter),

Tambatan Diraja Kota Bharu turut naik sehingga 6.01 meter (bahaya 5 meter), Sungai Golok di Jenob makin naik sehingga 24.10 meter (bahaya 23.50 meter) dan Sungai Golok di Rantau Panjang juga air semakin naik sehingga 10.31 meter (bahaya 9 meter).

Kelantan bakal diisytiharkan darurat banjir sekiranya paras air terus naik sehingga malam ini.

Laluan masuk ke negeri ini juga turut terputus apabila laluan Gua Musang ke Kuala Krai di naiki air sehingga ditutup kepada semua lalu lintas dan berlaku runtuhan jalan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa dari Gerik ke Jeli. - MalaysiaGazette


.... Aku tanya Shahidan kat mana tu bukannya pasal apa.. kan dia dah kata Malaysia terbaik urus banjir..

No comments:

Post a Comment