اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, January 28, 2015

Bengang diserang Cyber Trooper UMNO, Kit Siang kata Shabery Cheek MUNAFIK..


Apa dah jadi dengan macai-macai hari ini agaknya.. jika suatu masa dulu sebelum PRU13, selain Anwar Ibrahim dan Guan Eng menjadi sasaran fitnah, Presiden PAS TG Haji Hadi juga menjadi sasaran mereka..

Apa saja yang dilakukan ketiga-tiga individu tersebut pasti mengundang kecaman dan seterusnya fitnah dari mereka..

Tapi lain pulak jadinya hari ini.. TG Haji Hadi yang suatu masa dulu amat dibenci mereka tiba-tiba menjadi kesayangan mereka lebih dari Najib sendiri.





Kenyataaan TG Haji Hadi 'Pilihanraya PBT boleh mencetuskan ketegangan kaum' dijadikan senjata untuk menyerang Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan DAP melalui laman mikroblog Twitter.

Sokongan mereka begitu padu terhadap TG Haji Hadi hinggakan tak cukup dengan akaun sendiri, akaun palsu dan 'Tentera Boat' juga diguna untuk menyerang Kit Siang, Guan Eng dan DAP.

Ini antaranya..


Kalau nak tengok lagi banyak sila taip @limkitsiang #DAPRasis #S14 dalam ruangan 'search' di laman Twitter tu..

Bengang dijadikan sasaran tentera boat macai.. Kit Siang mendakwa, serangan oleh tentera siber UMNO terhadap DAP sepanjang beberapa hari adalah bukti kemunafikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

“Shabery Cheek kononnya akan mengambil tindakan tegas terhadap penyalahgunaan internet di negara ini, terutamanya yang melibatkan penyebaran fitnah di media sosial,” ujarnya.

Laporan berkaitan..


Kit Siang kata Shabery Cheek munafik

 PETALING JAYA: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyatakan beliau telah difitnah sebagai Bapa 13 Mei oleh tentera siber UMNO.

Menurut Kit Siang, kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan akan menyebabkan tragedi 13 Mei berulang telah dieksploitasi tentera siber UMNO.

“Akaun twitter saya telah dijadikan serangan oleh tentera siber UMNO. Ia juga menjadi sasaran beberapa siri serangan dengan menggunakan akaun palsu, menyebarkan penipuan, mesej dan juga grafik fitnah,” dakwanya dalam kenyataan media.

Jelas Ahli Parlimen Gelang Patah itu, salah satu tema serangan yang disasarkan terhadapnya adalah menuduh beliau sebagai punca rusuhan kaum 13 Mei di Kuala Lumpur.

“Seperti tweet berbunyi “TAHUKAH ANDA? @limkitsiang adalah pencetus Rusuhan Kaum 13 Mei.. #DAPRasis #S14,” ujarnya.

Beliau menambah, serangan menggunakan grafik fitnah menampilkan Kit Siang sebagai seseorang berpakaian komunis seperti Mao Zedong, dengan kapsyen berbunyi: “MELAYU KELUAR! APA LAGI DUDUK SINI, KITA HENTAM LU, SEKARANG KITA SUDAH ADA KUASA” LIM KIT SIANG (BAPA 13 MEI)

Memperjelaskan mengenai perkara itu, Kit Siang menyatakan pada peristiwa hitam 13 Mei 1969, beliau tidak berada di Kuala Lumpur.

Dakwa Kit Siang, serangan penipuan oleh tentera siber UMNO terhadap DAP sepanjang beberapa hari adalah bukti kemunafikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

“Shabery Cheek kononnya akan mengambil tindakan tegas terhadap penyalahgunaan internet di negara ini, terutamanya yang melibatkan penyebaran fitnah di media sosial,” ujarnya.

Katanya, Shabery juga perlu memperjelaskan sama ada beliau bertanggungjawab ke atas serangan fitnah oleh tentera siber UMNO.

“Tidak masuk akal bahawa penyalahgunaan internet sebegini boleh berlaku di depan matanya tanpa beliau sedari,” ujarnya.

 ~ Free Malaysia Today

No comments:

Post a Comment