اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, January 28, 2015

Visa naik dari RM15 jadi RM250, Agensi Indonesia Ugut Henti Hantar Pekerja Ke Malaysia


Manalah Agensi Tenaga Kerja Indonesia ni tak bengang tiba-tiba kos pemprosesan Visa untuk pekerja Indonesia dinaikkan dengan begitu tinggi sekali kenaikkannya.

Kalau naik 20 atau 30% mungkin mereka masih boleh menyerap kenaikkan itu tapi kenaikkannya adalah dari RM15 menjadi RM250..



Turut dipertikain ialah mengapa data-data peribadi pekerja perlu dikemukakan kepada Syarikat Swasta bukannya Kedutaan Malaysia?

Kenapa ya?

Risikonya ialah jika kemasukkan pekerja dari Indonesia ini dihentikan, sektor industri masih boleh mendapatkan tenaga kerja dari lain-lain negara..

Tapi yang membayar warga Indonesia sebagai pembantu rumah tu.. terutamanya orang Melayu.. akan menghadapi masaalah..


Laporan berkaitan..

Visa: Agensi Indonesia Berang Caj Naik Mendadak, Ugut Henti Hantar Pekerja 


Bayaran pemprosesan visa untuk pekerja Indonesia telah dinaikkan dari RM15 kepada RM250 sejak bulan lepas dan pengusaha agensi pekerjaan di negara itu yang marah telah mengancam untuk menghentikan penghantaran warga mereka ke sini.

Asosiasi Perusahaan Jasa Tenaga kerja Indonesia (Apjati), yang mewakili lebih 500 agensi, telah menulis kepada Parlimen Indonesia dan Kementerian Luar dan Sumber Manusia di negara itu, meminta supaya penghantaran pekerja ke Malaysia dihentikan serta-merta.

Kenaikan ketara harga yuran pemprosesan visa dikenakan sejak bulan lepas.

"Kami dengan tegas menolak kenaikan yuran. Ia merupakan satu eksploitasi terhadap rakyat kita. Peningkatan seperti itu mesti dilakukan melalui persetujuan di antara kedua-dua kerajaan.

"Malaysia harus berunding dengan kerajaan kita terlebih dahulu. Tetapi tiada rundingan dilakukan," kata Presiden Apjati, Ayub Basalamah, pada Selasa.

Apjati adalah persatuan yang terbesar ditubuhkan oleh agensi pengambilan swasta di Indonesia.

Beliau berkata, kos tambahan bagi memohon Visa Dengan Rujukan (VDR) adalah satu beban yang besar kepada rakyat Indonesia yang mahu bekerja atau belajar di Malaysia.

VDR diperlukan untuk mereka yang ingin mendapatkan permit kerja, permit belajar atau pas profesional di Malaysia.

Bayaran ditanggung oleh pekerja dan bukannya majikan di Malaysia, kecuali dalam kes pembantu rumah di mana ia akan dibayar oleh majikan pembantu rumah.

Dengan kenaikan itu, seorang pekerja Indonesia kini perlu membayar kira-kira RM230 hanya untuk yuran visa bagi memasuki Malaysia.

Kedutaan Malaysia di Indonesia bulan lalu mengeluarkan kenyataan kepada agensi pekerjaan di sana untuk mengumumkan struktur yuran baharu.

Ia berkata ini adalah sejajar dengan penubuhan cawangan Pusat Sehenti di Jakarta, Medan, Pekan Baru dan Pontianak untuk memproses permohonan visa.

Sebuah syarikat swasta dilantik oleh Malaysia bagi menjalankan operasi Pusat Sehenti ini.

"Apa yang lebih buruk, selain membayar yuran pemprosesan RM250 kita perlu memberikan butir-butir pekerja kami kepada sebuah syarikat swasta dan bukannya Kedutaan Malaysia," katanya.

Ketika dihubungi, Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, kedutaan itu telah diarahkan oleh Kementerian Dalam Negeri untuk menggunakan khidmat Pusat Sehenti pemprosesan visa.

Beliau berkata, terdapat bantahan dan aduan mengenai kenaikan yuran secara bertulis sejak ia dilaksanakan pada Disember.

"Aduan bukan sahaja daripada kumpulan pekerja tetapi juga daripada ejen penghantaran pelajar ke Malaysia," katanya.

Walau bagaimanapun, Zahrain berkata beliau merasakan yuran tersebut adalah adil kerana syarikat itu mempunyai kos sendiri untuk ditampung.

"Syarikat itu menjalankan pemeriksaan latar belakang terhadap mereka yang memohon visa dan menghantar maklumat tersebut kepada Jabatan Imigresen yang kemudiannya meluluskan visa.

"Sebelum ini, kita mempunyai masalah dengan dokumen palsu yang dikemukakan, dan syarikat ini kini 'menjaga' masalah ini," katanya.

Beliau menambah negara-negara lain seperti Amerika Syarikat juga telah menaikkan caj visa lapor.

 mStar

No comments:

Post a Comment