اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, January 28, 2015

Isu dakwat kekal: Seorang lagi anggota TUDM dihukum


Seorang sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membuat laporan polis bersama Mejar Zaidi Ahmad berhubung masalah dakwat kekal semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei 2013 diturunkan pangkat kerana melanggar protokol, kata sumber.

Sumber berkata, arahan turun pangkat kepada sarjan itu dikeluarkan beberapa hari lalu terhadap juruteknik Jamil Ibrahim yang berpangkalan di kem TUDM Butterworth, selepas Zaidi dipecat pada 12 Januari kerana didapati bersalah di atas 2 pertuduhan melanggar protokol kerana mendedahkan masalah berhubung dakwat kekal.


Zaidi didapati bersalah oleh Mahkamah Tentera di Kuala Lumpur. Jamal didakwa kerana melanggar arahan agar tidak bercakap kepada media. Sumber memberitahu, hukuman diputuskan selepas Zaidi dipecat.

 “Zaidi didapati bersalah dan secara automatiknya Jamal juga. Dia tidak dibicarakan di mahkamah tetapi tetap dihukum kerana pertuduhan itu,” kata sumber.

Difahamkan, Jamal hanya dibicarakan di hadapan Pegawai Pemerintah di Kem TUDM Butterworth.

Sumber berkata, Jamal diberikan pilihan sama ada membawa kesnya ke Mahkamah Tentera atau dibicarakan Pegawai Pemerintah dan dia memilih pilihan kedua.

Sumber berkata, oleh sebab “tercalar” dengan penurunan pangkatnya, Jamal mungkin kehilangan peluang kenaikan pangkat pada masa akan datang.

Jamal yang berumur 40-an dan sudah berkhidmat bersama TUDM selama 20 tahun dijangka akan bersara pada 2016.

Menurut sumber, gaji Jamal akan diturunkan dan berkemungkinan tidak akan melawan kesnya kerana hanya tinggal setahun sebelum bersara.

Zaidi apabila dihubungi memberitahu sedar tentang hukuman tersebut. Dia mendapat kiriman pesanan ringkas (SMS) daripada Jamal memberitahunya tentang hukuman pada 21 Januari.

Dia didakwa kerana bercakap dengan media. Tetapi satu-satunya perkara yang dia beritahu media adalah dia juruteknik kem TUDM Butterworth,” katanya.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, mereka cuba mendekati Jamal dan bertanya jika dia memerlukan peguam untuk kesnya akan tetapi ditolak.

“Dia beritahu kita dia mahu tunggu hingga kes Mejar Zaidi selesai,” kata Maria.

Percubaan The Malaysian Insider untuk mendapatkan komen TUDM dengan menghubungi pegawai media termasuk Jeneral TUDM Datuk Seri Roslan Saad tidak berjaya. SMS yang dikirim juga tidak dibalas.

Jamal merupakan salah seorang daripada 3 orang yang membuat laporan polis berhubung dakwat kekal selepas PRU13 pada Mei 2013. Dua lagi ialah Zaidi dan isterinya Shafinah Abdul Hamid lapor.

 The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment