Lim Kit Siang hari ini mempersoalkan adakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bakal menjadi mangsa terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Ketua Parlimen DAP itu berkata, susulan serangan Dr Mahathir yang
menyaksikan Najib enggan untuk beralah, adakah Malaysia bakal mengheret
"harimau" atau "buaya" pertamanya ke mahkamah dan ke penjara dalam
kempen anti rasuah negara.
Lim merujuk kepada perang saraf di antara kem Najib dan pemimpin veteren Umno, Dr Mahathir dan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin yang menjadi menjadi isu hangat kini.
Lim berkata, sepanjang 45 tahun lalu, perdana menteri keempat Malaysa
itu didakwa sudah memangsakan lima pemimpin politik utama negara.
Katanya, ia bermula dengan "Bapa Kemerdekaan Malaysia" yang juga perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman, 2 timbalan perdana menteri yang hampir menjadi perdana menteri iaitu Tun Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain itu, katanya, mangsa politik Dr Mahathir termasuk perdana menteri kelima Abdullah, dan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, calon perdana menteri sepanjang zaman.
"Persoalannya sekarang sama ada Dr Mahathir akan menambah perdana menteri keenam, Najib menjadi koleksi mangsa politiknya di Malaysia.
"Najib nampaknya tidak akan berdiam diri, dan timbul persoalan sama ada
‘harimau’ atau ‘buaya’ pertama akan diheret ke mahkamah dan kemudian ke
penjara dalam sejarah hambar pembanterasan rasuah di Malaysia," katanya
dalam satu kenyataan hari ini.
No comments:
Post a Comment