اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Monday, January 19, 2015

Rahim Nor: Zahid tak perlu tulis surat pada FBI


 


Bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Nor berkata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi tidak perlu menulis surat kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) ekoran penahanan individu yang didakwa 'raja judi' Paul Phua, termasuk mengenai statusnya dengan kerajaan.

Menurutnya, anggota keselamatan juga tidak perlu melayan permintaan peguam Paul Phua, yang meminta kerajaan Malaysia menjelaskan kepada Amerika Syarikat (AS), sama ada beliau terlibat dengan kumpulan kongsi gelap 14K Triad, lapor Sinar Harian hari ini.

"Adalah lebih baik jika tidak babitkan menteri. Malah surat itu tidak perlu dijawab oleh mana-mana pegawai kerajaan atau pihak polis.

"Surat itu lebih sesuai dijawab oleh peguam yang tidak semestinya mewakili menteri kerana ia merupakan permintaan peguam yang mewakili Phua sahaja," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Dalam surat bertarikh 18 Disember tahun lalu kepada FBI, Zahid mendakwa Phua bukan anggota kumpulan kongsi gelap itu di Malaysia.

Beliau yang juga MP Bagan Datoh mendedahkan bahawa Phua membantu Malaysia berkaitan "projek keselamatan negara" dan berharap Phua dalam pulang ke Malaysia.

Phua, adalah warga negara Malaysa, kini berdepan dengan pertuduhan perjudian haram di Amerika Syarikat.

Timbul salah sangka

Laporan itu menyebut Rahim sebagai tidak bersetuju dengan tindakan Zahid yang memberitahu tentang kerjasama kerajaan dengan Paul Phua dalam suratnya, sama ada ditanya pihak berkuasa AS atau tidak.

"Isi kandungan surat itu perlu menumpukan kepada permintaan utama, iaitu memberi penjelasan mengenai kewujudan kumpulan kongsi gelap 14k Triad dan sama ada Paul Phua terlibat dalam kongsi gelap itu.

"Namun jika ditanya mengenai kerjasama Paul Phua dalam soal keselamatan, soalan itu tidak perlu dijawab kerana bukan urusan AS. Apatah lagi jika tidak ditanya, tiada keperluan untuk Ahmad Zahid dedahkannya," katanya dipetik.

Rahim berkata tindakan mendedahkan kerjasama Paul Phua dengan kerajaan boleh menimbulkan salah sangka dan pelbagai tanda tanya di kalangan masyarakat.

Bagaimanapun, beliau bersetuju dengan Zahid yang enggan mendedahkan mengenai "projek keselamatan negara" yang melibatkan Phua dengan kerajaan.

"Dalam kes Paul Phua, jika benar kerajaan ada guna khidmatnya, kita perlu tutup mulut kerana ini rahsia besar," katanya.

Sementara itu, Tun Hanif Omar pula menjelaskan bahawa mendapatkan kerjasama penjenayah untuk mengatasi ancaman jenayah yang lebih berat sememangnya wujud dalam prinsip pasukan keselamatan di mana-mana negara.

Bagaimanapun, pihak berkuasa kebiasaannya akan mempertimbangkan pendekatan lain terlebih dahulu, katanya dalam laporan itu.

No comments:

Post a Comment