اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, February 24, 2015

PAS tidak akan bergabung dengan UMNO kata Tuan Ibrahim


PAS menegaskan tidak akan bersama Umno bagi membentuk kerajaan dan tidak percaya parti Melayu itu akan membantu mereka melaksanakan hudud, kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Naib presiden PAS itu berkata, perkara penggabungan bersama Umno ini tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat parti. ‎


"Berdekad-dekad Umno menentang hudud dan memperlekehkan hukum Allah ini, dan tidak menggunakan al-Quran dan hadis sebagai rujukan tertinggi parti, apakah mungkin tiba-tiba Umno betul ingin membantu PAS melaksanakannya?‎" soal Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini. 

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menolak sebarang cadangan berkenaan penggabungan Umno dan PAS kerana ia tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat parti.

Menurut Tuan Ibrahim, jika daripada segi pembahagian kerusi Parlimen juga tidak menunjukkan cadangan itu akan menjadi realiti.

"PAS ada 21 kerusi Parlimen, Umno mempunyai 88 kerusi Parlimen.

"Jika bergabung, Umno nak bagi berapa kerusi kepada PAS? 40? Dari sudut ini sahaja, tuduhan PAS akan bergabung dengan Umno sudah tidak masuk akal," katanya.

Semalam, Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob di Putrajaya bagi membincangan beberapa isu kesejahteraan rakyat Kelantan, sebagaimana dicatat dalam Facebook beliau.

Menurut Tuan Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah menegaskan tidak akan bergabung dengan Umno pada muktamar lalu.

Katanya dasar gabungan antara PAS dan Umno mesti melalui keputusan muktamar‎ dan tidak datang daripada pandangan peribadi ahli parti.

Beliau turut menafikan alasan penggabungan bagi memberi laluan Kelantan melaksanakan Hudud kerana sekiranya ia benar Umno sudah melakukan di semua negeri pentadbiran mereka.

Katanya PAS juga tidak harus melupakan sejarah lama Umno yang menolak parti Islam dan cadangan kerajaan campuran wujud ketika pengaruh parti Melayu itu semakin lemah.

"Sudah sekian lama, Umno menindas Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz dan rakyat Kelantan dengan menafikan royalti minyak, pembangunan, lebuh raya, lapangan terbang dan langsung tidak menghormati sistem federalisme.

"Apakah tindakan parti yang zalim terhadap PAS berdekad-dekad ini boleh dipercayai?" katanya. 

Beliau berkata, PAS lebih rela membentuk sebuah kerajaan baru berteraskan Islam daripada menerima kerjasama Umno yang kononnya bertujuan unt‎uk perpaduan orang Melayu.

"Amalan rasuah, salah guna kuasa, pengurusan ekonomi negara yang pincang dan tindakan menggunakan akta dan tindakan yang zalim untuk mendiamkan rakyat mesti dihentikan.

"Semua ini tidak akan dapat dicapai di atas tapak Umno yang korup," katanya lapor The Malaysian Insider

Sumber :ASD

No comments:

Post a Comment