اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Monday, March 9, 2015

Malaysia masih kaya dengan perundangan rimba


 
Oleh ANIS NAZRI 

AKTA-akta yang dianggap sebagai undang-undang rimba masih digunakan kerajaan biarpun sudah banyak pihak mendesak agar kerajaan menghapuskan akta-akta tersebut.
Sebelum ini, akta paling popular dan kontroversi, iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) begitu mudah digunakan kepada mana-mana pihak yang dianggap mengancam keselamatan negara.


Setelah beberapa tahun berjuang melalui Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), akta drakonian itu akhirnya dimansuhkan. Namun, pemansuhan ISA tidak menjadikan negara ini tidak meneruskan akta rimba lain yang masih berleluasa digunapakai pihak pemerintah.

Kebelakangan ini, Akta Hasutan dilihat menjadi pegangan pihak kerajaan untuk mengenakan manamana pihak yang dilihat menentang arus dan berbeza pandangan dengan kerajaan.
Jika sebelumnya, ISA digunakan, selepas pemansuhan ISA, Akta Hasutan dilihat begitu luas penggunaannya oleh pihak kerajaan.

Selain Akta Hasutan, beberapa akta lain juga sering mendapat kecaman awam apabila ia dilihat menafikan hak para tahanan selain digunakan secara terpilih, termasuk Akta Pencegahan Jenayah dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkahlangkah Khas).

Akta Hasutan 1948 

Akta ini digubal bagi menghalang perbincangan yang dikatakan sebagai menghasut. Ia menjadi pertikaian apabila ucapan yang mempunyai kecenderungan menghasut dikelaskan sebagai kesalahan jenayah, biarpun tanpa pembuktian kukuh bahawa seseorang itu menghasut.
Malah, ada di kalangan mereka yang ditahan di bawah akta ini tidak pun mengeluarkan kenyataan yang boleh dikatakan menghasut, namun tetap dikaitkan hanya dengan dakwaan ‘kecenderungan menghasut’ yang termaktub dalam akta ini.

Akta ini turut menjadi kontroversi apabila ia semakin kerap digunakan akhir-akhir ini, lebihlebih lagi apabila Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak pernah berhasrat untuk memansuhkannya dalam ucapannya pada 11 April 2012.
Bagaimanapun, di sebalik janji itu, Najib kemudiannya mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan terus dikekalkan dengan alasan bagi mengelak konflik dan pertelingkahan antara pelbagai kaum dan kumpulan agama di negara ini.

Sedangkan, sebelum itu kerajaan bertindak menubuhkan Majlis Konsultasi Negara yang merangka Akta Keharmonian Nasional sebagai ganti kepada Akta Hasutan itu.
Beberapa aktivis pelajar seperti Safwan Anang dan Adam Adli diheret ke muka pengadilan, selain ahli akademik seperti pensyarah Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Azmi Sharom dan beberapa pemimpin pembangkang seperti N. Surendran dan juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Abdul Samad.

Lebih malang apabila akta ini dilihat tidak dikenakan ke atas manamana pihak yang dilihat condong menyokong pihak pemerintah yang menyebabkan terdapat tanggapan akta ini hanya digunakan kepada musuh politik kerajaan sematamata.

Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Prevention odf Crime Act, PCA)

Selain Akta Hasutan, Akta Pencegahan Jenayah 1959 juga merupakan satu lagi akta yang dianggap undang-undang rimba dan dikatakan melanggar hak asasi kemanusiaan. Akta ini telah dipinda sebanyak dua kali, iaitu pada 1983 dan terbaru pada 2013. Undang-undang ini boleh dikatakan tidak digunakan ketika kerajaan masih mengekalkan Ordinan Darurat dan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau lebih dikenali sebagai ISA.

Selepas pemansuhan ISA, akta ini digunapakai pada 2011 sebelum dipinda pada 25 September 2013.
Biarpun ISA yang ditentang hebat kerana memasukkan elemen penahanan tanpa bicara, Akta Pencegahan Jenayah ini juga turut memasukkan elemen tersebut yang dilihat tidak mengubah apa-apa dengan pemansuhan ISA itu.

Akta yang dipinda bagi menangani aktiviti jenayah berat ini diluluskan Dewan Rakyat pada 3 Oktober 2013 dengan membolehkan seseorang yang ditangkap ditahan tanpa bicara bagi tempoh tidak melebihi dua tahun.
Malah ia turut memberi kuasa kepada suatu Lembaga Pencegahan Jenayah melanjutkan tempoh tahanan selama dua tahun lagi sekiranya didapati perlu.

Justeru, biarpun kerajaan berhasrat untuk melakukan transformasi dalam pentadbiran, khususnya membabitkan undang-undang yang hebat dikecam, ia seolah-olah tidak menggambarkan kesungguhan kerajaan apabila akta yang ada turut menerapkan elemen yang menafikan hak para tahanan.

Akta Kesalahan Keselamatan (Langkahlangkah Khas) 2012 (SOSMA)

Pemansuhan ISA pada 2011 menyaksikan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA dikuatkuasakan “bagi menyediakan langkahlangkah khas berkaitan dengan kesalahan keselamatan bertujuan mengekalkan keamanan dan keselamatan dan bagi hal-hal berkait”.
Akta ini digubal bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA). Ia telah diluluskan di Parlimen pada 17 April 2012 dan diwartakan pada 22 Jun 2012.
Difahamkan, peruntukan dalam SOSMA lebih memihak kepada negara dari memastikan perbicaraan adil untuk mereka yang dituduh.

Di dalam SOSMA, perbicaraan bagi penjenayah biasa tertakluk oleh Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) dan Akta Keterangan tetapi kesalahan keselamatan akan dibicarakan di bawah SOSMA.
Peruntukan dalam SOSMA tidak sama dengan yang terdapat dalam KPJ. KPJ mempunyai lebih banyak perlindungan dan adil kepada orang kena tuduh manakala peruntukan dalam SOSMA dikatakan lebih memihak kepada negara.

Keadaan ini dilihat SOSMA hanya berupa undang-undang prosedur yang mengikat prosedur perbicaraan bagi kesalahan keselamatan. Ia dengan itu tidak boleh menafikan hak perlembagaan tertuduh untuk diwakili peguam bela pilihan mereka.

Bagaimanapun, bukan hanya tiga akta ini yang dianggap sebagai undangundang rimba dan perlu dihapuskan. Masih begitu banyak undang-undang yang perlu dimansuhkan dan dikaji semula termasuk Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, selain Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Pelbagai pihak mengadakan kempen bagi menekan kerajaan untuk menghapuskan undangundang drakonian ini, sama ada badan bukan kerajaan dan juga parti-parti politik. Namun, kerajaan bergantung penuh kepada akta-akta ini bagi memastikan kelangsungan survival hidup mereka biarpun dikecam hebat rakyat yang inginkan keadilan.

Posted on Monday, March 09 @ 14:00:00 MYT by paktam

No comments:

Post a Comment