اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Monday, March 9, 2015

Najib Sudah Goyang.. Ini Buktinya?


Najib Sudah Goyang. Blogger dan ahli UMNO, Shahbudin Husin mendakwa perjumpaan dengan kesemua 154 Ketua UMNO Bahagian bersama Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menunjukkan Perdana Menteri sudah dalam keadaan goyang.“Kalau dia tidak goyang bermakna Najib tidak perlukan sokongan terbuka. 
Dia (Najib) boleh buat macam biasa. Saya memang berpandangan bila ada usaha buat sokongan terbuka kepada Perdana Menteri, maknanya Najib dalam keadaan goyang.

“Najib sendiri yang membenarkan pertemuan itu, maka Najib sendiri sudah berasa bimbang,” katanya kepada Free Malaysia Today selepas menghadiri program Dialog Politik dan Perpaduan di Restoran Hadramawt Palace.
Turut serta dalam diolog tersebut adalah Presiden Pemikir, Tan Sri Abdul Aziz Yassin dan Timbalan Presiden Permikir, Tan Sri Sabaruddin Chik.

Katanya, pertemuan Ketua UMNO Bahagian dengan Najib itu bukanlah suatu pertemuan yang biasa seperti yang didakwa oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebelum ini yang berkata, “Pertemuan 8 Mac ini yang menghimpunkan semua Ketua Bahagian UMNO merupakan pertemuan biasa dilakukan oleh pengurusan dalaman parti”.

Najib Sudah Goyang
“Saya mendapat maklumat sendiri penganjur yang ingin mengadakan pertemuan tersebut mengatakan Najib memerlukan sokongan daripada semua Ketua Bahagian untuk menyelesaikan isu-isu yang ada buat masa ini,” kata Bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.
Beliau yang sering menulis di blog www.shahbudindotcom.blogspot.com berpandangan sebenarnya Najib selaku Presiden UMNO boleh sahaja berjumpa dengan Ketua Bahagian pada bila-bila masa dan tidak perlu membuat perjumpaan khas.
Shahbudin mendakwa Najib sebenarnya sudah mengetahui bahawa rakyat tidak memihak kepadanya terutama mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).“Saya fikir 1MDB telah menjadi isu yang akan menolak dia (Najib).

Najib Sudah Goyang
Selagi ada perhimpunan untuk menentang Najib, dia akan terus diasak lebih,” ujarnya.Sebelum ini lapor media, Ketua UMNO Bahagian di seluruh negara akan mengadakan pertemuan sebagai solidariti dengan Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac.

Hasrat mengadakan dialog dengan Perdana Menteri dan Presiden UMNO itu juga bertujuaan menyatakan kepada pembangkang dan pihak luar bahawa mereka sentiasa berdiri teguh di belakang Najib.


Sumber

No comments:

Post a Comment